Sunday, September 2, 2012

Anak meragam dalam kapal terbang...?? ini ada petua

Alhamdulillah, masih ada orang tua yang sudi berkongsikan petua-petua yang bunyinya tak logik... tapi berhasil..... Antaranya, petua bagi anak-anak tak meragam dalam kapal terbang....

Al kisah semasa pulang dari Korea, suhu badan Taisha agak panas. Mungkin disebabkan cuaca hujan sepanjang berada di Seoul. Disebabkan itu juga, Taisha menangis sepanjang perjalanan balik ke Malaysia. 

Terima kasih pada pramugari... Kami dipindahkan ke middle row seat dan diberi Baby Bassinet untuk memudahkan Taisha tidur dengan lebih selesa. Suasana mula senyap bila Taisha tidur, tapi bila dia terjaga-Taisha akan sambung menangis semula.... Berlarutanlah sehingga 6 jam perjalanan. Agak meletihkan juga.....

Sebelum itu, aku sebenarnya telah pun menggunakan petua 'tapus muha'.... Petua yang mana aku perlu sapukan telapak tangan ke dinding pesawat dan aku sapukan ke muka Taisha... tapi tidak menjadi.... Bila sampai di Malaysia, baru aku sedar aku tersilap cara.


Kali ini, bila aku dan cik Puan Neena pulang ke Labuan untuk balik beraya bersama Taisha.... Aku cuba cara yang sebetul-betulnya... Inilah petua yang aneh tapi Alhamdulillah menjadi.....

"Sapukan tangan ke dinding luar pesawat (jangan sampai hitam berhabuk....) dan sapukan ke muka anak semasa masa masuk....."

Alhamdulillah.... Taisha tak pun meragam sepanjang 3 jam perjalanan, pergi dan balik dari Labuan.... Kesian pada ibu bapa yang terpaksa melayan kerenah anak meragam dalam flight. Lebih-lebih lagi perjalanan yang jauh... InSha-Allah, walaupun bunyinya tak logik, tapi tak salah kita mencuba. 

Oscar El-Capito signing out!  




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...