Saturday, September 15, 2012

Duke & Duchess of Cambridge in KLCC Park; Part 2


Sambungan dari  Duke & Duchness of Cambridge in KLCC; Part 1

Bermula lah saat yang ditunggu-tunggu... Sebaik saja terdengar riuh rendah orang bersorak di drop-off area.... aku terus berlari ke sana utk dapatkan beberapa snap terawal.... Memang bukan aku sorang saja yang beria-ria. Beratus-ratus lagi orang yang punya kamera hanya mampu menghulurkan tangan untuk mendapatkan shot mereka.....

Dalam kelam-kabut itu.... Aku hanya mampu untuk dapatkan lebih kurang 150 shot William & Kate, dan total hasil tangkapan hari itu cuma 200++. Ini antara yang shot-shot pilihan aku....


Ketibaan Prince William & Kate di drop-off area menaiki buggy khas.....

Sepanjang acara berlangsung.... Duke dan Duchess of Cambridge dapat kawalan ketat dari PDRM, UTK dan Royal Proctection Group SO14 (maybe). Nasib baik mereka masih bertolak ansur dengan orang ramai sepanjang acara berlangsung.....

Bila Prince William & Kate mula merapati orang ramai.... riuh-rendah jadinya

 Ada yang berpeluang untuk bersalam..... Ada yang berpeluang untuk bersembang....

Duchess of Cambridge yang sentiasa tersenyum.... Cantik seperti dalam gambar..

Duke & Duchess of Cambridge masuk ke kawasan bulatan taman.....

"Farid.... bersedia ko untuk jadi lebih jelesssss....", kata Azran

'The Royal Couple' semakin menghampiri Azran sambil tak putus-putus melayan orang ramai....

Azran's Moment of Truth.... Kate dulu datang ke arahnya

...Kate memang tertarik dengan apa yang diperagakan...

Kate cuba membawa William lari dari orang ramai seketika.... Dan tibalah masanya Azran untuk menerangkan pada mereka dengan lebih terperinci...

Dalam riuh rendah itu, Duke & Duchess cuba memberi tumpuan pada Azran....

Shot terbaik Azran & Kate yang aku sendiri jeles.... bertuah sungguh ko Azran...

Tak lama kemudian, 'The Royal Couple' meluangkan sedikit masa bersama model-model... sambil Azran ikut di belakang Kate


Tiba-tiba Azran pandang aku..... "Ko ado??....", (sakit hati!!! sambil hentak kaki kanan ala Ropi...). Aku cuma terpikir kalau dia kata macam tu aje... tapi aku rasa, Azran sendiri tengah kelu lidah ada di sebelah Kate & William....

Kelibat Kak Rozi ada dalam gambar ini.... sebenarnya aku pun tak tau yang dia ada dihujung barisan model-model.... Dia pun antara yang bertuah dapat bersalam dengan William & Kate...

Orang ramai yang sedang menunggu di laluan.... mengambil peluang terakhir untuk merakamkan perjalanan pulang William & Kate ke drop-off area......

Antara shot fave aku.... Bila Kate sempat paling ke belakang....

Antara beberapa shot terakhir hari itu.... Mereka menaiki semula buggy untuk ke kereta. Sempat lagi dapat 3-4 shot Kate paling ke belakang tapi William masih terus melambai kepada orang ramai....

.....Aku dan orang ramai bersurai selepas mereka hilang dari pandangan.......

Tamatlah kisah Fairy Tale aku hari ini..... Walaupun aku tak lah bernasib baik macam Azran.... tapi aku tetap ada di sini bila Kate datang melawat Malaysia...... Boleh cerita pada Taisha bila dia besar nanti...

~ F I N ~


Oscar El-Capito signing out!




2 comments:

  1. wah.....aku pulak yang teruja..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulak... hari jumaat je, ko memang teruja-ruja...kan linda?.. hih

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...