Saturday, July 21, 2012

Demam Korea: Berjalan di Cheonggyecheon Stream

Berjalan dari Gwanghwamun Square.... sebelum sampai ke Cheonggyecheon Stream, akan kelihatan dari jauh satu objek tinggi seakan cengkerang, itulah - Daseulgi ‘Spring’ sculpture - landmark Cheonggyecheon Stream yang direka oleh public art sculptor dari US, -Claes Thure Oldenburg.

Di sinilah bermula perjalanan sejauh hampir 1 km kami sepanjang Cheonggyecheon Stream a.k.a Terusan Cheonggyecheon.

Demam Korea: Bertemu Lee Byung-hun

Di Seoul ni bersepah-sepah dengan selebriti korea.... mana-mana je boleh jumpa, janji kenal muka + nama artis tu.... Artis K-pop lagilah bertimbun-timbun.... Oleh sebab itulah aku terserempak dengan Lee Byung-Hun, pelakon yang menjadi Storm Shadow dalam filem G.I. Joe:The Rise of Cobra & G.I. Joe:Retaliation dan juga drama meletup IRIS semasa jalan-jalan di Gwanghwamun Square.

Walaupun aku tak berapa minat dengan drama IRIS di KBSW, tapi spin-offnya Athena: Goddess of War yang buatkan aku dengan Lee Byung-Hun- kita BRO!!. Lagipun, Athena: Goddess of War baru saja habis ditayangkan di OneHD .

Friday, July 20, 2012

Demam Korea: Homestay berbaloi di Yeosu....

Pengalaman di Yeosu, peluang yang datang sekali seumur hidup.... mungkin selepas ini kami pun tak kan datang ke Yeosu lagi. Kalau tak kerana World Expo Yeosu, pasti kami pun tak tahu bila akan ke sini.

Pertama kali kali jejakkan kaki ke Korea Selatan, dan terus menjelajah ke Yeosu tanpa ada official guide, memang perlukan 'Luck' dan berharap pada 'Trial & Error' dalam dapatkan maklumat tambahan. Sukar bagi mereka untuk membaca tulisan Roman dan amatlah sedikit mereka yang dapat berbahasa english, lebih-lebih lagi di luar Seoul.

Thursday, July 19, 2012

Demam Korea dan T-ara datang ke mari...

Demam korea aku masih ada lagi.... sampai saja aku kat Malaysia, CD-EP T-ARA - Day by Day yang aku beli di Myeong-dong tak henti-henti aku pasang dalam kereta.... (selang-seli dgn CD Girl's Generation- The Boys Cik Puan Neena yang dibeli di kedai yang sama....). Walaupun cuma ade 5 lagu yang aku sendiri tak paham liriknya, tapi semuanya boleh di terima gegendang telinga... Aneh sungguh....


Demam Backpacking ke Korea

Kelmarin aku, Cik Puan Neena dan Anastaisha baru saja balik dari Korea... KL - Seoul - Yeosu World EXPO - Seoul - KL.... Korea sekarang tengah musim hujan, oleh sebab tu aku masih dilanda demam Korea.

Kami backpacking ke Korea tanpa ada sebarang perancangan formal.... Cuma dengan niat untuk sampai ke World Expo, Yeosu sahaja... Kami tak book mana2 hotel.... Kami tak reserve mana-mana Tourist Guide... Betul-betul main redah aje ala-ala cerita Road Trip.... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sampai jugak aku ke Malaysia semula...

Tuesday, July 10, 2012

Spiderman Putus Kaki Semasa Memanjat

Hari Ahad lepas, aku pegi menjengok ke TGV Sunway Pyramid.... Ingatkan nak tgk The Amazing Spider-man IMAX 3D... Try book online tapi sentiasa full... So aku try walk-in.

Baru aku tau kenapa susah sgt nak dapat tiket... Sampaikan kaki Spider gimik ni pun putus... Mesti org berebut-rebut nak tengok cerita ni....


Gerenti best kot.... Aku dan Cik Puan Neena mesti tengok sebelum Ramadhan ni.....(Taisha duk umah atok..)  IMAX 3D gak, yang biasa tak mau....

Oscar El-Capito signing out!




Saturday, July 7, 2012

Alpha 550 keluar bengkel.... tak repair.

Lagi 5 hari aku akan ke Korea.... dan aku tak ada option lain untuk dapatkan pengganti DSLR Sony Alpha 550 yang aku dah masuk bengkel Sony Service Center. Sony NEX-3 aku dah boleh diistiharkan lesap begitu saja....

Makanya terpaksalah aku claim semula A550 aku yang tersadai hampir lebih sebulan disana. Sony inform aku, kos untuk repair body & lens A550 sekitar RM1100.... perghhhh!!!. Tempoh masa baik pulih cuma  lebih kurang seminggu, jika aku menanggung kosnya..... Kisah asalnya ada di post SINI

Wednesday, July 4, 2012

Kay Murray: her last for EURO 2012



Ini adalah last appearance Kay Murray sebagai AstroSport Presenter untuk EURO2012.... Appearance terakhir Kay berbaju oren bersama Abbas Saad & Peter Barnes dibuat selepas saje Game Final EURO2012 kelmarin....

Monday, July 2, 2012

Final EURO 2012: Party Hunting....

Bukan party hunting sangat pun.... cuma nak cari screen besar untuk tengok Final EURO 2012. Kalau dulu masa WORLD CUP 2010 aku sanggup menerjah Hartamas Square utk tengok Final antara Holland & Spain. Kali ini Azzurri aku di Final~ rugi kalau aku duduk tengok di rumah.... Taisha pun dah siap dengan jersey Italy Home Euro 2010.

Sebabkan game akan bermula pukul 3 pagi, pukul 10 malam barulah aku keluar dari rumah. Lalu saja depan Restoran Hakim Sek7, dah nampak penuhnya umat kat meja. Aku terus ke Space U8 kat Bukit Jelutong yang dikatakan ade screen besar. Sampainya aku kat sana..... mcm tak ada orang. Sekosong hari-hari hujung minggunya... Mungkin aku sampai awal sangat kot.

 

EURO 2012: Azzurri- 2nd Best is Good Enough


 Juara EURO 2012 -----> SPAIN!!!

Setelah 92 tahun mencuba... sejak 1920 lagi. Akhirnya Spain berjaya mengalahkan Italy dalam 90minit perlawanan kompetatif (EURO 2008 Spain berjaya kalahkan Italy dalam penalti shoot-out) dgn jaringan 4-0. Sebelum ini anak buah Cesare Prandelli berjaya  bertahan sebanyak 15 perlawanan kompetatif tanpa kalah dan Spain telah berjaya memecahkan rekod Italy itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...