Tuesday, July 13, 2010

World Cup 2010 - Its really a sPain in the asses....

Selepas 2 hari Netherland dikalahkan oleh Spain di Final world cup yg paling banyak kad kuning dalam sejarah... barulah aku mau menulis semula tentang game terakhir itu.

Bagi aku, ITU SAJA PENAMAT WORLDCUP TAHUN Ni?? aku rasakan WorldCup kali ni amat 'anti klimaks'.... Spain memang ada kelebihan dgn byk kerenah pengadil terarah kepada Netherland, bermacam2 reload DiGi yang mereka dapat...

Apa yang aku katakan 'Anti klimaks'- perlawanan yang hanya perlukan salah satu team utk jadi juara...- tiada isu lain lagi yang mengiringi perlawanan itu... Game yang sepatutnya berlangsung semasa akhir WorldCup, bagi aku adalah seperti:- German vs Argentina.... Netherland vs Brazil.... German vs England... Uruguay vs German... walaupun dgn keputusan sama... Barulah akan terasa Winner deserve the best!!... Mungkin aku tak menyokong Spain, maka aku tidak rasa apa2 bila Spain menang... Ok stop di sini komen aku utk WorldCup 2010...


Akhir Worldcup 2010 aku tonton di Hartamas bersama isteri dan adik2ku (Heza & Anas).

Aku, anas dan Isteriku.... kamu semua pakai jersey yang tak berkaitan (menandakan kami dlm golongan Negara-Negara Berkecuali).Aku pakai jersey Italy edisi Worldcup 2010 & isteriku Italy edisi away Euro 2008... adikku Anas pulak baru je nak sokong Germany, dah tak layak.... so dia pakai jelah jersey tu...


tak sangka kami boleh dapat grand stand view walau dalam kesesakan Hartamas Square mlm tu...

dan sebaik saja Eniesta score gol kemenangan utk Spain, aku terus beredar.... Penyokong Spain dah melompat2 depan screen... Penyokong Netherland terus terkaku... baik aku beredar (dalam hati aku tension juga tgk gol last minute Spain!!)...

Selepas itu, penuhlah jalan raya bila penyokong Spain dah mula celebrate kemenangan mereka... Traffic jam jadinya... Malas nak layan, kami pun berjalan kaki ke parking kereta yang terletak jauh dari hingar bingar penyokong Spain & Netherlands utk terus balik selepas menyaksikan Worldcup yang paling anti klimak sepanjang zaman... Jumpa lagi di tempat sesak ini 4 tahun lagi bersiaran langsung terus dari Rio, Brazil..... Olla!!

Oscar El-Capito signing out!



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...