Alhamdulillah, masih ada orang tua yang sudi berkongsikan petua-petua yang bunyinya tak logik... tapi berhasil..... Antaranya, petua bagi anak-anak tak meragam dalam kapal terbang....
Al kisah semasa pulang dari Korea, suhu badan Taisha agak panas. Mungkin disebabkan cuaca hujan sepanjang berada di Seoul. Disebabkan itu juga, Taisha menangis sepanjang perjalanan balik ke Malaysia.
Terima kasih pada pramugari... Kami dipindahkan ke middle row seat dan diberi Baby Bassinet untuk memudahkan Taisha tidur dengan lebih selesa. Suasana mula senyap bila Taisha tidur, tapi bila dia terjaga-Taisha akan sambung menangis semula.... Berlarutanlah sehingga 6 jam perjalanan. Agak meletihkan juga.....