Wednesday, October 3, 2012

Showcase T-ara 2012; antara 177 org yang terakhir....

Akhirnya selepas dapat selesaikan masalah Taisha, dapatlah aku Green Light untuk tengok T-ara Showcase di Dewan Wawasan, PGRM malam ni.... Hasil buruan ticket di PAVI tengahari tadi, membawa kepada terbelinya 2 ticket T3 (Poly) Upper View. Refering pada Layout seating TicketCharge, seat kami adalah paling terkebelakang dari ticket-ticket yang lain, tapi ini adalah kedua termurah untuk malam ini... Free-seated lagi..... harap tak bersesak-sesak berebut tempat nanti....


Aku antara 177 orang yang terakhir untuk dapatkan tiket Showcase T-ara malam ni.... disebabkan tiket-tiket di level bawal semuanya dah habis.... so jangan nak berangan untuk tengok show dengan tenanglah tanpa ade bersesak-sesak...

So, sekarang menunggu Cik Puan Neena datang bergaya ala Hyo-min nya....dan terus staright dari opis ke PGRM.. Harus di ingat... ini bukan Konsert T-ara.... tapi cuma Showcase sahaja... Apa bezanya, nanti baru aku tahu...

Oscar El-Capito signing out!



Monday, October 1, 2012

Kedai K-pop di Berjaya Times Square

Kali ni aku ke Berjaya Times Square, dan sempat lalu di Tingkat 5 West Wing. Di sinilah satu-satunya kedai yang aku rasa dedicated untuk peminat K-Pop di Malaysia (specially area KL). Dari CD, T-shirt, Poster, Calender, Beg sampailah ke Stokin.... asalkan K-Pop, semua ada di sini.

Dulu kedai ini hanya ada satu lot.... Mungkin disebabkan business K-pop yang semakin berkembang maju buatkan dia buka lagi satu lot di sebelahnya...

Saturday, September 29, 2012

FIFA 13!!..... ape cerita NAZMI FAIZ

Salah satu penyebab kenapa aku rasa "MALAYSIAN should buy FIFA 13, ASAP !!".... sebab adanya Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor a.k.a Nazmi Faiz dalam S.C Beira-Mar dalam Primeira Liga Portugal.

Nazmi boleh dikatakan individu Malaysia yang pertama punyai profile sendiri dalam game FIFA. Walaupun sebelum ini Malaysian M-League (zaman Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, V Murugan dan seangkatan...) pernah dimasukkan ke dalam FIFA 96 & FIFA 97 sebelum lenyap sehingga sekarang.... itu hanya diwakili nama negeri dan mana pemain tanpa ada profile se-detail Nazmi...

Wednesday, September 26, 2012

FIFA 13!!... Here We Go!!...

Semalam, sempat juga aku dapatkan game FIFA 13 untuk PS3 aku, yang release datenya sama dengan North America, 25 September 2012. Sama juga seperti tahun lepas (masa beli FIFA 12), memang aku bersungguh untuk dapatkan seawal mungkin...... Tapi kali ini aku lebih teruja, sebab aku ada misi tersendiri untuk mula FIFA ULTIMATE TEAM a.k.a FUT13 lebih awal dari tahun lepas (FUT12 aku mula bulan Disember 2011 tapi aktif cuma start March 2012).

Disebabkan itu juga akhir bulan March lepas, aku dah mula gunakan YES 4G. Khas untuk online gaming PS3 sahaja. Lebih-lebih lagi di area PusKom Sek7 yang sememangnya tanah haram untuk mana-mana broadband provider termasuklah UniFi, menyebabkan aku tak ada pilihan lain selain YES 4G. Alhamdulillah, YES tak menghampakan.... Perform at its best di PusKom Sek7 ni....

Monday, September 24, 2012

Semalam.... MPOC 2012 Grand Finale....

Siangnya ada paintball.... Malamnya ade Birtday Party Taisha.... Esok paginya sambung paintballing balik...~~ Weekend yang sama sibuk macam weekdays.
Beez Waxers ~~ MPOC Leg5 Division 1 - 2nd Runner-Up
Aku memang tak bercadang untuk skip tourney paintball kali ini  (seperti yang termaktub dalam kontrak WAXERs yang aku dah sign)... walaupun clash dengan event sendiri di malam harinya, dan ini adalah MPOC Finale untuk tahun ni....

Friday, September 21, 2012

Tangan Bertuah Si Azran.....

Belum abis lagi..... gambar tangan bertuah Azran baru saja dijumpai..... setelah aku  miss place folder gambar Kate & William Tour minggu lepas.....

Tangan bertuah yang dapat salam Kate & William di pagi jumaat lepas.... Dengar kata Azran mandi angkat tangan sebelah kanan ni untuk mengelak dari kene air....


Oscar El-Capito signing out!



Saturday, September 15, 2012

Bila Taisha Order Air Coolblognya Sendiri....


Taisha order ice blended chocolate siap bubble double scoop, dgn puting masih ada di mulutnya..... mcmana tu...?... Perangai budak nak masuk setahun, hujung minggu depan....


Dah nak setahun dah dia.... makin bijak... Alhamdulillah......



Oscar El-Capito signing out!



Duke & Duchess of Cambridge in KLCC Park; Part 2


Sambungan dari  Duke & Duchness of Cambridge in KLCC; Part 1

Bermula lah saat yang ditunggu-tunggu... Sebaik saja terdengar riuh rendah orang bersorak di drop-off area.... aku terus berlari ke sana utk dapatkan beberapa snap terawal.... Memang bukan aku sorang saja yang beria-ria. Beratus-ratus lagi orang yang punya kamera hanya mampu menghulurkan tangan untuk mendapatkan shot mereka.....

Dalam kelam-kabut itu.... Aku hanya mampu untuk dapatkan lebih kurang 150 shot William & Kate, dan total hasil tangkapan hari itu cuma 200++. Ini antara yang shot-shot pilihan aku....

Friday, September 14, 2012

Duke & Duchess of Cambridge in KLCC Park; Part 1

" ..Hallo Farid, jgn lupa datang bawak kamera.... kami tunggu kat Taman KLCC kul 8;30..."

"Baiklah"

"....Jangan lambat, nanti jalan banyak kene tutup..."

Panggilan yang aku tunggu-tunggu.... maka secara rasminya aku akan menjadi official photographer untuk Kraftangan. Yang penting aku dapat jumpa Kate Middleton, live......!!. Berdesup aku ke KLCC selepas terima panggilan tadi....
Sampai di Taman KLCC, aku tengok En Azran- Ketua Unit Tekstil Bahagian Rekaan dah bersiap sedia dengan baju melayu nya....(aku datang berjacket pulak...). Hanya sebahagian taman digunakan untuk acara ini- Padang berumput berkontur di tepi taman permainan....

Thursday, September 13, 2012

Duke & Duchess of Cambridge; The Malaysian Tour 2012


Rasanya seminggu yang lepas aku ada terbaca headline- "Rakyat berpeluang berjumpa pasangan di-Raja Britain di Taman KLCC". Terpampang di depanya gambar Duke and Duchess of Cambridge: Prince William & Kate Middleton. Aku pun teruja, lebih-lebih lagi KLCC dekat dengan ofis aku.... Mungkin aku perlu mencari masa sesuai untuk keluar mencuri-curi peluang....


Long story cut short..... Luck on my side, kelmarin ofis aku secara rasminya terlibat dalam peragaan Fashion di Taman KLCC sempena lawatan Duke and Duchess of Cambridge ke Taman KLCC- esok!!. Sekarang, aku cuma menunggu Green Light dari unit terlibat...~ ~ sama ada aku boleh berada di kawasan peragaan..... atau jauh sebagai penonton... 

Aku tahu kawalan sangat ketat.... peserta & krew perlu serahkan semua detail peribadi pada JPM..... tapi manatau ada rezeki aku... Aku menunggu panggilan pagi esok. Bateri Alpha 550 dah siap sedia di charge.... Harap-harap boleh... Insyallah....


Oscar El-Capito signing out!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...