Monday, December 31, 2012

Nak tunggu Fakri Saarani?? Nazmi Faiz pun belum ade lagi... FUT13

Sebelum masuk tahun 2013, nak aku rekodkan kejayaan team fantasy aku dalam FUT FIFA13. Siapa yang biasa dengan Online Game PS3 dan gilakan FIFA Ultimate Team macam aku, pasti berusaha untuk maintain team dalam keadaan terbaik lebih-lebih lagi nak cuba dapatkan Juara Division 1 Online Season. Team Malayan El-Tigre masih lagi berusaha untuk mendapatkan kejuaraan sulung....

Team Malayan El-Tigre telah pun berada di Division 1 Online Season (turun naik Div1 & Div2 la jugak...) dari semenjak 25 September lepas, sudah pun bermain sebanyak 249 perlawanan- Menang 102, Seri 23, dan Kalah 124... masih ada 9 bulan lagi untuk bermain sebelum keluarnya edisi FIFA14

Sunday, December 30, 2012

Jadual Cuti 2013?....

Tahun ini aku ada baki cuti 35 hari lagi.... dan tahun depan bertambah lagi 30 hari.... (belum masuk dalam GCR lagi tu...).Dah memang aku jarang bercuti, kalau ada pun mungkin sebulan sekali. Kalau ingin cuti panjang sikit cuma untuk balik ke Labuan atau pun backpacking ke luar negara.... ini pun dah jadi aktiviti tahunan, tapi masih banyak lagi baki cuti. Workaholic kah??.... Teeett!

So, tahun 2013, masih ada planning-planning untuk hilang dari Malaysia dan muncul di mana-mana negara yang aku sendiri tak tau lagi. Oleh itu jadual cuti untuk tahun depan antara benda yang perlu di observe sebelum masuk tahun 2013. Aku dapatkan Jadual cuti persekutuan & negeri ini dari kabinet.gov.my lagi.... it's official!
 

Tuesday, December 25, 2012

Lofa: Beberapa inci saje lagi..... Pleasure Delayer

Apa akan jadi kalau kita terserempak dengan orang yang ingin sangat kita jumpa face-to-face....??!!. Of course excited!!.... Apa lagi kalau, orang itu duduk sebelah dengan kita!!! Of course jadi double excited!!.... Itulah yang sepatutnya jadi, tapi tidak bila aku sendiri terserempak dengan......TEEET!!

Kisah bermula bila aku singgah ke Food Court Ikea, Ikano Mutiara Damansara..... untuk merasa sikit karipap & meatball lagenda Ikea....


Tuesday, December 18, 2012

Shah Rukh Khan datang Malaysia balik hari...??!

Aku ade terbaca dalam blog yang Dato' Shah Rukh Khan datang Malaysia balik hari..... mcm balik kampung tetinggal henset je bunyinyer..... Naik private jet lagi. Yup.. memang SRK datang Malaysia minggu lepas...

tweet... tweet.... tweet SRK
Datang untuk apa?... Datang atas jemputan untuk raikan private function- Besdey Tun Mahathir ke-87 di Hotel Le Meridien. Sanggup dia turun ke Malaysia untuk beberapa jam sahaja sebelum terbang semula untuk sambung shooting.Sambil-sambil tu ada penyampaian Anugerah Brand Laureate kepada SRK oleh Tun sendiri.

Saturday, December 15, 2012

Next hunting item.... iPad Mini...

Semalam, berjalan-jalan di Suria KLCC selepas solat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC, pasti aku akan 'ter'masuk ke kedai MACHINE di 3rd Floor.... seperti ada magnet yang tetap menarik aku masuk walaupun setiap minggu aku tahu aku akan buat perkara yang sama.... Tapi kali ini masuk sebabkan iPad Mini... nak tengok se-Mini mana iPad baru ini....

 Our Little Big Planet nampak comel aje dalam screen iPad Mini.....

Wednesday, December 12, 2012

AVENTADOR dah bertukar warna....

AVENTADOR DSS yang aku lihat time sahur di porte cochère Pavilion, tempoh hari....


Dah pun bertukar warna.....

Tuesday, December 11, 2012

Piala AFF2012; Harimau Malaya kalah di Semi-Final.... Kempunan lagi

Lambat sikit untuk posting tentang kekalahan Harimau Malaya kepada Thailand tempoh hari.... Kerna gambar-gambar official dari web AFF Suzuki Cup baru saja release... 

Barisan Harimau Malaya yang berjuang habis-habisan untuk ke-Final....
Sedia maklum sajalah... Kita tewas dengan aggregate 3-1 kepada Thailand... Seri di tempat sendiri, memang membawa bencanalah untuk bermain 'ala-ala kadar' di gelanggang lawan....

Friday, December 7, 2012

27th Golden Disk Award is coming to Kuala Lumpur....


Semalam, mencuri sedikit masa dari tugasan 'Adjustment Bureau' di MITC, Ayer Keroh Melaka.... Aku pergi ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai untuk dinner tapi cukup mengecewakan. Masakan disini agak kurang menyelerakan.... tapi yang menyelerakan adalah berita yang aku dengar dari Buletin Utama tatkala sedang makan.....

"Malaysia telah dipilih untuk penganjuran acara Anugerah Muzik terkemuka Korea.... 27th Golden Disk Award yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Jan 2013 di Litar Antarabangsa Sepang"

Woh!!.... Tsunami K-pop tak abis-abis lagi melanda... Awal tahun depan sudah ada tsunami K-pop paling besar akan melanda Malaysia. Apa yang aku boleh katakan pada Cik Puan Neena... "Kali ni Girl's Generation confirm datang.....campur dengan grup lain lagi...". Tapi apa yang dia balas..., "Oh!! " (itu je.....)

Monday, December 3, 2012

Piala AFF2012; Harimau Malaya mara dan terus mara!!

Tahniah Harimau Malaya....!!!

Barisan Harimau Malaya berterima kasih pada penyokong mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin
.... Bila penyokong makin yakin, dan keyakinan dibalas dengan keputusan yang bagus, elok juga pemain mula berterima kasih pada penyokong semula.... aku rasa inilah ekologi yang bagus dalam bola sepak Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...