Sunday, October 28, 2012

Flea Market Amcorp Mall; Home to Malaysian Ironman & Captain America

Satu tempat saja yang kita boleh tengok- Michael Jackson berjalan-jalan tegur orang ramai sambil buat 'Moonwalk'.... Captain America datang membelek mainan di stall.... Anggota SWAT meronda dengan MP5 di kedai-kedai antik. Dan yang terbaru, IronMan Mark 6 berkeliaran di kedai-kedai makan..... 

Tuesday, October 23, 2012

Kami main untuk Menang....!!!

Pok!! Menang Pok!! Menanggg!!!! Hahahahahh!!!

Asalnya, aku tak pun termasuk dalam line-up WAXERs dalam 4th Round NPL 2012 di Padang MAPAAC, PJ.... 'kocek' tak menyebelahi aku kali ini.... So, awal-awal lagi aku tarik diri.

Friday, October 19, 2012

Reminder from RunningMan: Seoul Folk Flea Market

Malam kelmarin, Channel 393-OneHD ulang balik Running Man Episod #39. Apa yang specialnya, ulangan kali ini  remindkan aku semasa ada di Seoul Folk Flea Market, Dongdaemun-gu.

Bila tengok Sunny & Yoona SNSD berlari-lari mengejar semua peserta Running Man di celah-celah stall-stall yang penuh barang-barang 2nd hand, terasa macam ada di sana... Kamera yang berpusing-pusing mengekori Sunny & Yoona dah nak dekat sama macam mata aku yang melilau melihat barang-barang di sana.....

Kempunankan LPGA & CIMB Classic tahun ni.....

3 hari aku terpaksa berkampung di Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan gara-gara Craft Designer's Meeting yang berlangsung selama 3 hari di sini.....

Boleh pulak aku bermesyuarat berhampiran tempat yang mungkin aku kempunan untuk tengok 'live' tahun ini-->The Mines Resort & Golf Club. Minggu depan, CIMB Classic 2012 akan berlangsung di sini. Minggu lepas, Sime Darby LPGA 2012 di venue biasanya di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) juga buat aku kempunan....

Rickie 'Atras' Fowler datang recce tempat seminggu awal dari Tiger Wood, tapi tak main..... Hahaha

Wednesday, October 17, 2012

Pegi Korea Balik Hari??... KOREA DAY 2012

Aku anggap hadiah besdey Cik Puan Neena (14th Oct setiap tahun.....) dah settle lepas aku bawa dia pegi tgk Showcase T-ara tempoh hari.... rupanya ada lagi suprise yang aku sendiri tak plan....

Kali ni pegi Korea balik hari.... Kacau-kacau!!
Seoul Station.....

Friday, October 12, 2012

Coolblog-ger: 1st Newsletter......

Inilah bende terbaru yang kami dapat dari franchiser Coolblog.... Tri-monthly Newsletter pertama Coolblog. Dan Duta Coolblog terbaru, Heliza Helmi jadi cover untuk keluaran sulung kali ni...

COOL BLOGGER Volume .1

Publish untuk 3 bulan sekali dengan content-content yang berkaitan promotion, advertisement coolblog & cerita-cerita belakang tabir yang patut kami tau... Simple & nice graphic... Thumb-up team Coolblog!
 
Oscar El-Capito signing out!
 



Saturday, October 6, 2012

Showcase T-ara 2012; The Show....

Harus di ingat... ini adalah Showcase... bukan Concert... lebih kepada introduction of T-ara kepada peminatnya di Malaysia.... dan aku terpaksa share gambar dari orang lain. (hanya disebabkan aku ada camera phone sepanjang show...)


Thursday, October 4, 2012

Showcase T-ara 2012; The Arrival of Kami

Bergerak dari opis pukul 6:30 petang sambil lalu di area nostalgic Jalan Cochrane, (siap singgah Jusco Maluri lagi) kami sampai di Menara PGRM tepat pukul 7:45 malam.... Aku anggarkan yang mungkin T-ara akan lewat 1/2 jam dari timing asal mereka. Tapi, itu cuma andaian aku je....

Wednesday, October 3, 2012

Showcase T-ara 2012; antara 177 org yang terakhir....

Akhirnya selepas dapat selesaikan masalah Taisha, dapatlah aku Green Light untuk tengok T-ara Showcase di Dewan Wawasan, PGRM malam ni.... Hasil buruan ticket di PAVI tengahari tadi, membawa kepada terbelinya 2 ticket T3 (Poly) Upper View. Refering pada Layout seating TicketCharge, seat kami adalah paling terkebelakang dari ticket-ticket yang lain, tapi ini adalah kedua termurah untuk malam ini... Free-seated lagi..... harap tak bersesak-sesak berebut tempat nanti....


Aku antara 177 orang yang terakhir untuk dapatkan tiket Showcase T-ara malam ni.... disebabkan tiket-tiket di level bawal semuanya dah habis.... so jangan nak berangan untuk tengok show dengan tenanglah tanpa ade bersesak-sesak...

So, sekarang menunggu Cik Puan Neena datang bergaya ala Hyo-min nya....dan terus staright dari opis ke PGRM.. Harus di ingat... ini bukan Konsert T-ara.... tapi cuma Showcase sahaja... Apa bezanya, nanti baru aku tahu...

Oscar El-Capito signing out!



Monday, October 1, 2012

Kedai K-pop di Berjaya Times Square

Kali ni aku ke Berjaya Times Square, dan sempat lalu di Tingkat 5 West Wing. Di sinilah satu-satunya kedai yang aku rasa dedicated untuk peminat K-Pop di Malaysia (specially area KL). Dari CD, T-shirt, Poster, Calender, Beg sampailah ke Stokin.... asalkan K-Pop, semua ada di sini.

Dulu kedai ini hanya ada satu lot.... Mungkin disebabkan business K-pop yang semakin berkembang maju buatkan dia buka lagi satu lot di sebelahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...