Saturday, May 5, 2012

Berjinak-jinak dengan Team Dart Kraftangan

Semalam, aku jadi wakil Team Dart Kraftangan untuk friendly match dengan jiran sebelah- Lembaga Tabung Angkatan Tentera.... Betul-betul sebelah opis aku ni... Walaupun masih bebal dalam permainan dart ni... Baling tak berapa tepat, mengira pun merangkak-rangkak, tapi bila diminta jadi wakil opis lawan jiran sebelah, aku tak tolak.

Dah selalu sangat sparring dengan otai dart Kraf- si Sandy PU, nak juga tengok skill org luar yang level-level amatur ni.... Sebelum perlawanan bermula, sempatlah wakil LTAT memberi cenderamata pada wakil Kraf- En. Adzman. Maka, bermulalah perlawanan membelasah Team Dart kami...

Sepanjang dari pukul 6 petang sampailah ke 9 malam... 3 jam yang boleh dikatakan sengit... Tapi tak satu pun kami menang... Hahahaha... Memang org luar lagi hebat. Terkejut jugak tengok level amatur jiran sebelah yang dah macam professional...!!. Belum pernah aku tengok org Kraf dapat 180 dlm 3 shot.... tapi di LTAT, itu dah jadi rutin...Cisss.... Rahsianya- turun training setiap hari. Tapi di LTAT memang ada level khas untuk aktiviti riadah staf mereka, termasuklah ruang bermain dart- so tak hairanlah berbanding kami yang hanya berbekalkan sebijik papan dart di tepi pintu...

Tak taulah sama ada ini akan jadi hobi atau kegilaan... tapi aku dah jumpa satu lagi aktiviti baru yang menarik di opis ni.... Kalau aku dah gila bermain dart, boleh tak panggil aku Dart Vader?


Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...