Monday, May 14, 2012

Drama... Drama 2 minit terakhir EPL 2011/12

Refer balik pada Teori Juara EPL 

1)Man City menang lawan QPR - MU kalah lawan Sunderland = Man City Juara EPL!
2)Man City menang lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = pun Man City Juara EPL!
3)Man City seri lawan QPR - MU seri lawan Sunderland = pun Man City masih Juara EPL!
4)Man City seri lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = barulah MU jadi Juara EPL!
5)Man City kalah lawan QPR - MU seri lawan Sunderland =  MU masih boleh jadi Juara EPL!
6)Man City kalah lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = konfirm MU Juara EPL!

Senario sebenar selepas tamat game MU lawan Sunderland:


MU dah pun menang dgn Sunderland, 1-0. Pemain2 MU dah berpeluk2 sebab mereka dah tau Man City ketinggalan 2-1 pada QPR.... dan masa tambahan hanya tinggal 4 minit.... QPR pula cuma perlu bertahan dgn 10 orang pemain di dalam kotak penalti... Itu saja Teori 6 jadi kenyataan!! MU Juara EPL!!. Andaian Man City akan dapat easy win dgn QPR, nampaknya tak menjadi.... Tapi drama tak berenti di situ....

~ ~ ~

.... Masa tambahan 90+2 minit, Edin Dzeko menanduk bola hantaran corner David Silva... GOL!! Seri 2-2!... Teori 4 mengatakan MU masih boleh jadi Juara kalau QPR masih boleh bertahan lagi lagi 2 minit....

Masa tambahan 90+4minit (20 saat sebelum wisel!!!), Sergio Aguero merembat melepasi Patrick Kenny... dan GOL!!!! Man City menang 3-2...!!! dalam masa tambahan!!.... Teori 2 - Man City Juara EPL!... Menang dengan kelebihan gol berbanding MU.... (pertama dlm sejarah EPL)

Belum pernah aku rasa debaran hebat dlm masa 2 minit.... 3 Teori bertukar dlm masa yang cukup singkat... Game Man City vs QPR yang penuh dgn drama.... 95 minute of drama... Jari2 aku sibuk menukar antara 2 channel - 833 & 831... Tak tahu nak tengok ending game yg mana... Player MU sempat meraikan kejayaan mereka hanya 3 minit, tersentak dengan gol Aguero dan terus masuk ke dalam bilik persalinan. Penyokong Man City yang awalnya menghempas2 bendera ke lantai, ada yg menangis- terus meluru masuk ke padang sebaik saja wisel Full-Time di tiup... Penuh dalam padang dgn penyokong mereka.... T_T

Harapan yang diakhiri dgn kekecewaan.... Dramatic twist in 2 minute!!.... nak gelak + nangis pun ade..... Best EPL ending ever!! Period.... (tak kiralah siapa menang....)


"This what i called.... the beauty of football...."

NEXT---> EURO 2012!!

#GGMU

Trivia:
* Jarak antara Old Trafford (Man Utd) ke Etihad Stadium (Man City)- 9.33km
* Jarak antara Etihad Stadium (Man City) ke Stadium of Light (Sunderland)- 222km
* Mcmana dlm masa 10 minit Trophy EPL boleh berada di Etihad Stadium sedangkan MU pada mulanya akan diistiharkan juara di Stadium of Light....?? hehehee

Oscar El-Capito signing out! 




Maaflah, diharap tidak terpedaya dgn gambar.... gambar hanya sekadar hiasan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...