Selamat Bulan April semua....
Captain's log, Stardate: 01.04.2011 - 5:35 ptg
Bang! (ngang) Bunyi yang paling pemandu kereta fobia dengan ketika memandu... dan aku pun dengar seawal pagi April ni- dan aku yang menyebabkannya...Dah la aku nak kene kejar LRT KJ seawal 7 pagi. Ada pulak insiden yang perlukan sedikit argument di tepi jalan raya, di depan pintu belakang UiTM Shah Alam
"Apasal adik (panggil aku adik?) langgar belakang akak??!!.." ,tanya akak Misteri.
"Yang akak berenti tiba2 tu kenapa?!!....", Aku counter balik dgn nada yang lebih tinggi...
"Dah mamat KANCIL tu tiba2 buat U-turn, akak brek lah...", balas akak tu pelahan sikit sambil tersenyum...
Sudah menjadi kebiasaan sekarang untuk buat U-turn double (dua kereta buat U-turn serentak). Jadi utk mengelakkan kesesakan masa U-turn... aku akan pastikan kereta yang akan jadi partner U-turn- sama ada aku atau dia dulu yang lepas-dan sambil-sambil hanya menjeling kereta dihadapan. Tapi dlm insiden APRIL FOOL ini, jelingan aku tu tak cukup utk selamatkan bumper depan ku yang pernah ranap 7 bulan lepas... Akak Misteri yang membrek tiba2 memberi laluan kepada kereta lain u-turn, menyebabkan bumper aku mencium bumper belakangnya dengan kelajuan yang cukup perlahan- luncuran kereta tanpa tekanan minyak.
Bagi aku, akak mesteri ini tak sepatutnya brek.. dia sepatutnya paham yang dia adalah U-turner Premier (boleh guna ke ayat ni?).. sedangkan KANCIL itu cuma U-turner Seconder. Jadi dia tak perlu mengalah pada kereta KANCIL tu..... Huh!! Kan aku dah mula cakap mcm pengawai penyiasat trafik pulak...
Ini yang aku katakan orang lain punyer 'FOOL' aku pulak yang kene. Kalau nak cerita kat orang pun mesti derang kata aku buat 'April Fool'...
Beberapa hari lepas, aku & isteri baru saja pulang dari Shanghai bersama honeymooners- Iki dan isterinya, Ayu. Puashati kami meredah hampir semua shopping complex dan bargain store dengan hanya bantuan dari iPad Maps dan sedikit Shanghai Map yang aku dapat semasa World Expo lepas. Inilah trip ke-4 aku ke Shanghai, dan trip kali ni cukup relaxing...... Inilah retreat yang betul-betul aku cari selepas bertungkus lumus dalam HKK2011 yang lepas. Sedang aku ke Shanghai, Daddy dan Mummy juga pergi umrah pada hari yang sama....
April ni, tak ada aktiviti besar yang akan berlangsung. Cuma sedikit kerja-kerja planning utk pameran Unit Promosi Antarabangsa dan brainstorming untuk Promosi Kerja Kawin yang akan berlangsung pada 26 Mei - 5 Jun depan. Tapi, personally aku ada perhitungan yang masih belum selesai- Exam Undang-Undang Am. Ini salah satu selain Kursus Umum yang aku perlu lepas untuk sahkan jawatan di Kraftangan. Asyik2 tertangguh, so aku setkan azam utk settlekan kedua-dua hal ini dlm bulan April ni.... So bulan lain dah boleh concentrate balik pada kerja.... Timing dah ok. Harap-harap resultnya pun ok... Insyaallah..
Mr & Mrs Farid...! Fighting!!
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment