Wednesday, March 30, 2011

Tentang aku...dan c kecilku...

Setelah sekian lama aku tidak menjenguk blog kami, terdetik hari ini untuk aku mula menulis kembali..Alhamdullilah, aku sudah beransur pulih tapi tak la 100% mana..tapi dah boleh bercakap banyak..dah boleh berfacebook..bersyukur aku rasanya walaupun aku tak la sihat 100% tapi aku dah tak pening setiap kali tengok suami..hehe..yang penting, makan kene cukup..bekalan zat untuk badan aku dan anak aku.

Kalau dulu, sebelum preggy ni ...pantang betul aku dengar suami aku panggil aku "gemuk"..yelah mana tak nya baju aku sentiasa saiz XS...pakai baju apa pun semua longgar2 mcm xcukup zat..skali skali suami aku ajuk aku gemuk,mulalah aku amik hati..malas aku layan lepas tu.Tapi memandangkan dah berbadan dua ni,aku dah malas dah nak layan suamiku panggil aku si Gemuk..aku lagi rela gemuk berbadan dua dr pening2 sakit badan sepanjang hari sebab gastrik.

Seminggu selepas aku tahu aku pregnant....maka bermulalah hari2 gastrik, loya2 dan bermacam plak alahan pregnant aku, termasuklah loya setiap kali terbau kehadiran suamiku apatah lagi tengok muka dia. Apa saja aku makan atau minum semuanya aku muntah balik, sehinggalah aku kena tahan kat wad PPUM 3 hari. Seriknya bermalam kat hospital ingat kan boleh tidur lagi lena, setiap jam jururawat datang periksa aku sekejap amik darah, sekejap cucuk jari check gula dalam darah, kejap lagi tambah drip air..pengalaman yang tak akan aku lupa sampai bila2, kalau aku preggy lg...

Pada mulanya, alahan pregnant ni aku buat biasa jer layankan jerlah pening2 ni, tapi semakin lama semakin teruk plak.Ingatkan selepas keluar dari wad aku boleh baik seperti biasa, rupanya semakin teruk lagi alahan aku. Keluar jer dari wad mummy plak yang jaga aku seminggu kt rumah mummy, tapi keadaan aku yang tak menunjukkan alahan aku akan reda membuatkan aku memberitahu mama aku kt Labuan. Apa lagi, ayah aku terus membeli tiket MAS untuk aku balik ker Labuan katanya biarlah mak aku yang jaga plak setidak2nya mak aku mempunyai pengalaman alahan yang sama dengan aku ketika mengandung ni.2 minggu aku kat Labuan , aku semakin sihat walaupun muntah tak berhenti tapi badan aku sudah mula rasa bertenaga untuk berjalan berbual2 dgn adik aku noy dengan perangai adikku yang xberhenti makan aku pun join skali apa die makan aku pun makan maka bermulalah ketembaman aku sehingga aku balik ker Shah Alam semula kerana salah satu ubat untuk aku kurangkan rasa pening adalah makan sentiasaaaaa.Kadang kala, aku hampir putus asa ,hilang sabar dengan alahan ni, dengan suami aku panggil aku 'c gemuk' ..aku menjadi semakin cepat terasa, sehinggalah aku buat check-up kali ke2 kt Pusrawi, salah seorg dari jururawat berbual2 dengan aku katanya banyakkan bersabar dengan apa pun dugaan kecil atau besar sesungguhnya semua dugaan tu memberi hikmah, insyaallah anak yang aku kandung 9 bulan akan menjadi seorang yang menyabar. Terkedu aku dibuatnya, mulai dari hari tu aku ikutkan sahaja pening aku nie tanpa merunggut sepatah pun, aku juga mula membaca buku doa2 harian ketika mengandung.alhamdullilah semuanya aku terima dengan reda.

Sehingga kini, alhamdullilah aku sudah semakin sihat dengan badan aku semakin tembam berisi xtra sana sini yang penting aku dan baby aku sihat, aku juga mengambil ubat2 suppliment yang mengandungi zink, asid folic untuk bantuan tenaga badan aku bekerja seharian dengan selera makan aku yang semakin bertambah, bak kata aku..tolak kayu, batu jer aku xmakan skng ni yang lain semua aku telan. Suami aku juga boleh menerima perangai2 baru aku yang bangun lambat, berjalan slow sgt,xsuka kemas rumah, kesian plak aku tgk die jer mengemas rumah..sabar la en.vladimir..nnt dah ada baby abg jaga baby, nina kemas rumah pulak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...