Selamat Bulan March....
Captain's log, Stardate: 01.03.2011 - 5:20 ptg
Kalau tahun lepas, bulan March ni banyak perkara-perkara kurang menyenangkan hati terjadi.... sampaikan aku pun dah ade term Black March dlm blog ni... Memang dedicated untuk hal-hal yang tak seronok terjadi di bulan March ni.
Bulan lepas dan bulan ni kerja2 aku pasti tertumpu pada event tahunan opis ku, Hari Kraf Kebangsaan 2011-HKK2011. Bulan lepas adalah bulan bertungkus lumus, dan bulan ni adalah utk restkan otak sekejap... Ada lagi 7 hari sebelum HKK2011 tamat... dan mungkin aku kembali busy untuk kerja-kerja pulling down & mengemas.
Lain daripada itu, Nina si Preggy pun belum habis recover dari pembawakan baby dalam perut tu.. morning sickness a.k.a muntah-muntah masih ada lagi... harap dia semakin sihat dipenghujung 1st Trimester dia,
Bulan March ni, selain Anniversary Aku & Nina yang masuk tahun kedua.... Ade sorang lagi yang hampir-hampir berkongsi tarikh anniversary yang sama dgn kami... Adik aku sendiri- Iki dgn bakal isterinya, Ayu Baizura. Diaorang akan bernikah di Pulau Pinang pada 05hb March dan reception perempuan selang sehari kemudian. Reception belah lelaki pula di Sabak Bernam pada 13hb March.
Disebabkan adanya kenduri Arwah Acik di Labuan, isteri preggy ku tak dapatlah nak join wedding iki di Penang....Dan aku tak dapatlah join dia di Labuan. Lama juga aku tak balik Kampung Lubuk Temiang berbanding isteriku....
Penghujung bulan pula kami semua akan sekali lagi terbang ke Shanghai utk menemankan Iki berhoneymoon dan aku akan pergi dengan isteriku yang sedang membuyung... harap semuanya akan berjalan dengan lancar... Yes!! ini yang dikatakan Bulan Retreat!!
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment