Hartamas Square, kalau teringin nak makan kerang masak cili yang sedap ,aku bersama suamiku memang akan ker hartamas square saja lah.So far, kerang kat sini boleh dikatakan memuaskan hati pelanggan disebabkan kerang yang besar dan cara masak yang aku memang tak boleh nak tiru walaupun dah berkali-kali aku cuba masak sendiri masih kurang perisanya untuk disamakan dengan stall kat hartamas square ni.
Tapi malangnya, Hartamas Square sekarang dah dirobohkan.Seperti mana aku baca kat blog2 orang lain yang memang "HANTU" gak makan kerang ni sampai sekarang masih xboleh nak crik pemilik stall ni pindah kemana. Sebelum kawasan ini dirobohkan, pemilik2 kedai telahpun diberi notis 2 bulan untuk berpindah kerana tapak yang mereka duduki akan dibina bangunan baru Balai polis...mmm.....balai sebelah Club.
Apa-apa pun aku memang nak makan kerang pemilik stall ni jugak, dan masih mencari kemanakah pemilik ni berpindah.
No comments:
Post a Comment