Wednesday, April 13, 2011

bercampur-baur.... bila planning menjadi kenyataan...

Yeah!!... bercampur-baur adalah perasaan terpaling sesuai buat masa ni....

Lega aku bila dah habis exam GO tadi.... Lulus dengan cemerlang atau kene ambik semula- itu belakang cerita.... Tapi hari ini, aku dah dapat surat panggilan Kursus Induksi Umum. Dan aku bertambah lega.... Lega bila planning utk habiskan semua exam dan kursus wajib ni sepanjang bulan April sahaja, dah tercapai. Alhamdulillah.... Insyallah, takkan ada lagi kursus-kursus terkejut yang akan mengganggu aktiviti hidup aku- terutama tourney paintball yang selalu clash dengan event di ofis.

Dalam lega itu rasa boring mula membuak2... 12 hari aku perlu berkursus.... Punyalah lama. Walaupun sebelum ini aku pernah tinggalkan Nina, untuk ke Shanghai dan Dubai dalam tempoh masa yang lebih kurang sama. Tapi kali ini perasaan berlainan sikit kerana Nina sudah pun preggy. Rasa kesian nak tinggalkan dia kesorangan sudah mula ada. Selain itu aku memang tak gemar berkursus selain dari bidang aku.... so, disebabkan ini compulsory. Aku turutkan sajelah....

Mencari info a.k.a recce lokasi secara online memang menjadi habit aku.... Setiap tempat  yang aku akan jejak ,aku perlu tahu asal usulnya.... Mana tahu ada Do & Don't yang aku kene patuhi...... Hehe. Tapi tak banyak info aku dapat pasal Pusat Latihan FELDA Trolak Sungkai ni melainkan aku sentiasa di divert ke site Felda Resident Trolak.... Kalau itu lokasi yang sama... Kira oklah. Dalam Blog JARDNESS juga mengatakan tempat yang sama, kerana dia pun telah berkursus umum di tempat yang sama, tahun lepas....

Selamat berkhusus wajib terakhir ku..!!!
Huuuraahh!!

Oscar El-Capito signing out!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...