Monday, December 26, 2011

FIFA ULTIMATE TEAM 12; Aku cuba-cuba dulu....


Sejak dari Fifa 2011 lagi, aku cuba-cuba untuk berjinak dengan salah satu online game dalam PS3 FIFA. tapi sebabkan ada tutorial yang agak panjang untuk dibaca, maka aku malas untuk Sign-up FIFA ULTIMATE TEAM a.k.a FUT12. (selain alasan rumah area PUSKOM sek7 aku yang tak punyai coverage internet yang bagus, buatkan aku tak boleh main game online.)

Tuesday, December 20, 2011

Vespa: Jumpa kembar seiras...

Arini berkesempatan aku untuk berjumpa 'kembar' WVesPa aku... ramai yg slalu kata aku sorok motor kat Karyaneka.... Apakah?!!. Akhirnya terbukti sudah. Ada dua VESPA yang sama warna di opis aku.... milik seorang staff Karyaneka. Harus di ingat, plat ku Wilayah dan plat kembar WVesPa aku adalah Selangor....

Mencari kelab VESPA??.... naaahh... xperlulah.... Aku lebih suka Lone Ranger....

Oscar El-Capito signing out!




Tuesday, November 29, 2011

Milk Booster????

Hari ni,hari pertama ku menghantar si puteri Anastaisha El Medina ker nursery, sedih rasanya berpisah setelah 2 bulan asyik bekepit jer ngan mama die, nangis dan gelak tawaku semua bersama taisha, macamana nak lepaskan pada orang yang aku sendiri tak kenal dan perlu percaya akan bantuannya iaitu kak Rose.

Tapi yang lebih membimbangkan aku sejak awal kelahiran taisha adalah kuantiti susu yang aku berikan pada taisha adakah cukup untuk membuat die kenyang. Semakin hari semakin kerap taisha nak menyusu, lepas menyusu dah tentulah tangki dah kosong nak pam untuk simpan stock pun tak ada, tapi apa yang aku tak tahu selepas 2 jam..rupanya susu akan mula dihasilkan kembali dan memenuhkan tangki yang kosong ni. Jadi bukan milk booster seperti lobak putih, jantung pisang atau lain2 yang selalu kita dengar untuk memperbanyakkan susu tetapi untuk membanyakkan air susu badan, kita cuma perlu kerap kosongkan payudara..

Bila payudara kosong, ia akan sampaikan message kepada otak bahawa susu tidak cukup. Dan otak akan keluarkan arahan supaya lebih banyak susu dihasilkan. Jadi, kalau nak susu lebih banyak, kerap kosongkan payudara. Cuma ada dua cara nak kosongkan payudara:
1. Beri baby menyusu dengan lebih kerap..
2. Perah susu..

Yang pentingnya, kita kena tahu bahawa komposisi susu terdiri daripada air, protein dan lemak.. Untuk menghasilkan susu, kita perlu bekalkan air, protein dan lemak kepada badan. Jadi, ambil air dan protein dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan susu yang berkualiti..

Dan satu lagi tips yang diberikan kepada saya adalah jangan biarkan payudara tidak dikosongkan melebihi 3 jam.. Sebab tu kalau malam baby tidur lama, 3 jam kena kejutkan juga supaya menyusu ataupun kenalah pam..

Inilah pengalaman aku mengenai milk booster aku yang hampir2 dah putus asa...tapi tengokkan muka taisha yang comel aku cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik untuk die sememangnya susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia dengan kandungan zat nya yang lebih 10x lebih baik dari susu formula...

Selamat buat Ibu-ibu baru......




Wednesday, September 28, 2011

Vespa: Posing mcm nak mengurat....

Bila 2 motor skuter yg sama brand (sama bapak- Piaggio lain mak- Series), parking sebelah menyebelah mcm ni.... lebih2 lagi yg satu nampak 'old school' dan yg satu lagi nampak CoMeL.. (motor aku letteww...!), nampak seperti pasangan yang tengah bermesra pulak..... Ewah2...

Selalu aku nmpak VESPA P series ni ada di parking spot yg sama..... Model P150X keluaran awal tahun 80an (agak2 saje.. he he). Aku rasa kepunyaan student UiTM atau pun Unisel... Mungkin pemberian ayahnya yang suka meronda2 satu Malaysia. VESPA P series mmg terkenal dgn keupayaan untuk perjalanan jarak jauh-direka khas untuk mereka yg suka Touring..... tak mcm aku punya yg sesuai untuk 'City Ride' saja...

Boleh ke Motor WVesPa aku tu bertahan sampai 20-30 tahun??.... Wallahualam....

Oscar El-Capito signing out!



Sunday, September 25, 2011

Kek pertama buat 'TanpaNama....'

 
Walaupun officially anak aku masih belum lagi punyai nama... tapi aku sudah nampak antara nama2 yang aku telah bincang bersama Puan Nina- Anast'aisha- lah yang paling kami setuju.... Jadi bila pakcik Jaja dan Joe nak juga letak nama TanpaNama di atas kek (kek yang betul2 untuk menyambut kelahiran TanpaNama....) Nama Anast'aisha El Medina lah yang aku beri....

 
Perancangan asal untuk bawa Puan Nina dan baby TanpaNama ke rumah Daddy di Sek10 utk tiup lilin tak kesampaian. Puan Nina masih lagi lemah nak turun naik tangga.... Jadi terpaksalah keknya yg pergi ke rumah kami....
 
 Anast'aisha asyik tidur dari siang... apa lagi baby tau buat kan.... Tidur sajalah.... 1 lilin cukup untuk aku padamkan dengan hembusan dr hidung....

TQ pakcik Jaja dan pakcik Joe sebab sponsor Kek 1st TanpaNama.....

Unofficially official.... Insyallah namanya, Anast'aisha El Medina....


Oscar El-Capito signing out! 

Friday, September 23, 2011

Selamat Datang 'TanpaNama' ke dunia...

Selamat datang kedunia anak ku.... TanpaNama ver.1

Gambar pertama TanpaNama sebelum jururawat datang menghalau kami

Dia 'TanpaNama', kerna masih belum aku namakan lagi... telah selamat lahir ke dunia nyata pada hari ini, Jumaat 23 Sept 2012, pukul 3:49 ptg di PPUM, KL (selepas 11 jam menunggu, selepas 4 hari tersasar....) Alhamdulillah....Syukur TanpaNama lahir dengan cukup sifat... sempurna.... 2.89kg.... Alhamdulillah....

Menggelatar ketika aku mengazan & iqamatkan zuriat aku sendiri..... Aku sekarang adalah Bapa pada TanpaNama..

Puan Nina sempat buat 'peace'!!! Easy katanya.... Alhamdulillah.... Syukur.. Kedua-duanya selamat.....



.......Bermulalah chapter baru dalam hidup aku...... 
Mendapatkannya Nama...


Oscar El-Capito signing out!

Monday, September 19, 2011

Dateline Suddeeeyyy...

Hari ni 19hb Sept!... Due date utk Cik Puan Neena deliver baby.... Ngeeee.. Aku cuak2 gak ni. Nak masuk ke fasa lain dalam kehidupan aku sebagai manusia.... Nak jadi bapa pada seorang insan lain... Nak kena jadi pembimbing pada seorang lagi yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan- selain Isteri ku. 

Tapi kalau ikut pada Cik Puan Neena, dia masih boleh tahan untuk sehari dua lagi.... Hehehe, mintak2lah datangnya waktu malam... senang sikit perjalanan ke PPUM.... Kalau siang... Terpaksalah officemate dia yang hantarkan. Alamak... nama pun aku belum finalize lagik... Aduh aduh!! Tahan.. tahan... jangan keluar lagi....

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)...

 Oscar El-Capito signing out! 

Tuesday, August 30, 2011

Maaf, tiada 'pagi raya' lagi untuk tahun ini...

Tajuk saja dah menceritakan semua.... Malas aku nak cerita panjang2...


Tahun ini aku masih bertugas di pagi raya, tapi di tempat berlainan dari tahun lepas- 2010 di Putrajaya.. tahun ni di Istana Negara... Sebenarnya, aku sendiri yang volunteer utk kerja di pagi raya... (Bagus bukan...??, bila dah volunteer barulah dtg penyesalannya). Disebabkan aku standby kemungkinan Cik Puan Neena bersalin dua minggu awal... dan kami pun tak cadang utk balik beraya di Labuan, jadi volunteer diri untuk kerja-kerja di hari raya adalah pilihan yang agak tepat...

Monday, August 29, 2011

Vespa: Sebulan suddeyyy.....

Cukup sebulan sudah, aku gunakan WVesPa 'Red Devil' aku ni... Odometer pun dah sampai 1985km.... Terbuktilah dalam sebulan, aku travel ulang-alik ke opis hampir 2000km... (sebab itu lah Swift BenJaMin aku akan kene service 10k setiap 4 bulan).

Thursday, August 25, 2011

Menghitung Hari....

Sorang-sorang kawan batch isteri aku dah mula deliver baby mereka.... (seperti dijangka- 1st baby akan keluar 2 minggu awal dari tarikh due). Malam tadi adik staff aku - Ayu Manap, yang sepatutnya 3 hari awal dari due date Cik Puan Neena dah pun selamat deliver baby girlnya secara normal di PPUM.... Aku cuma dpt BBM dari Ida yang dia kene rush ke PPUM disebabkan Ayu punya air 'Ketuban Perahu' dah leaking.... tup-tup dah pun besalin...

Maka minggu depan cukuplah 2 minggu sebelum due date Cik Puan Neena... Aku pulak yang mula terasa STRESSnya... Mcm banyak lagi benda dan keperluan yang tak cukup utk sambut puteri aku.... Sampaikan nama pun aku belum dapat yang berkenan dihati. Kalau lah Cik Puan Neena akan bersalin minggu depan, bermakna bertambah lagi satu tugasan aku- selain dari supervise dekor Istana Negara utk Rumah Terbuka Aidilfitri, Raya itu sendiri, preparation utk baby dan kepada kehadiran baby itu nanti... Minggu yang cukup padat!!
Tapi aku berjanji, saat aku mula iqamat di telinga puteri ku... Aku akan menjadi seorg SuperDad yang tak pernah di duga oleh Cik Puan Neena.... Insyaallah... Dengan izin Allah...

"Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku, Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit, Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat, Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh. Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W"
Amin


 Oscar El-Capito signing out! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...