Monday, December 26, 2011

FIFA ULTIMATE TEAM 12; Aku cuba-cuba dulu....


Sejak dari Fifa 2011 lagi, aku cuba-cuba untuk berjinak dengan salah satu online game dalam PS3 FIFA. tapi sebabkan ada tutorial yang agak panjang untuk dibaca, maka aku malas untuk Sign-up FIFA ULTIMATE TEAM a.k.a FUT12. (selain alasan rumah area PUSKOM sek7 aku yang tak punyai coverage internet yang bagus, buatkan aku tak boleh main game online.)

Hujung minggu aku di rumah ayahku sek10, alang-alang aku bawa PS3 untuk bermain online game. Aku cuba-cuba untuk sign-up dan baca segala tutorial yang diberi untuk game online ini. Nampak game ini agak complicated berbanding direct online multiplayer game seperti head-to-head season atau ranked match

Untuk permulaan, aku diberi satu pek kad yang punya 24 keping kad Bronze Class..... baru aku paham FUT ini adalah Online Trading Card Manager.... Aku perlu berlawan dengan mana-mana team online untuk mendapatkan coin. Coin ini aku perlukan untuk membeli pemain-pemain yang lebih baik dan item-item lain yang akan menguatkan lagi team aku..... Team Oscar Walkure!! Hahaha...

Rasa-rasanya aku akan ketagih dengan game ini.... Nasib baik aku tak boleh online di rumah.... Jadi ketagihan masih boleh dikawal.....


Oscar El-Capito signing out!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...