Tuesday, August 30, 2011

Maaf, tiada 'pagi raya' lagi untuk tahun ini...

Tajuk saja dah menceritakan semua.... Malas aku nak cerita panjang2...


Tahun ini aku masih bertugas di pagi raya, tapi di tempat berlainan dari tahun lepas- 2010 di Putrajaya.. tahun ni di Istana Negara... Sebenarnya, aku sendiri yang volunteer utk kerja di pagi raya... (Bagus bukan...??, bila dah volunteer barulah dtg penyesalannya). Disebabkan aku standby kemungkinan Cik Puan Neena bersalin dua minggu awal... dan kami pun tak cadang utk balik beraya di Labuan, jadi volunteer diri untuk kerja-kerja di hari raya adalah pilihan yang agak tepat...

gelak ketawa konon meredakan hati yang pilu.......
Bukan aku sorang saja, satu Unit ID a.k.a 'Adjustment Bureau'- Aku, Zue dan Zulizwan. Nasib baiklah kampung kami semua ni dekat saja dgn bandar sunyi ni.... Dari hari Sabtu org dah berpusu2 balik kampung, hinggalah ke tghari raya... kami  masih lagi di bandar yang semakin sunyi ni.

* * * * * * * * * * * * * *

...Apalah ertinya 'Raya' kalau kita tak dapat nikmat di 'Pagi Raya' tu sendiri... Raya rasa mcm kosong saja... (selingan sebentar)

* * * * * * * * * * * * * *


Pagi raya tadi aku bangun agak lewat. Dan terus aku tinggalkan Cik Puan untuk bergegas ke Masjid Besar Shah Alam kerna masih belum bayar Zakat Fitrah (mmg aku akan bayar malam selepas takbir raya atau pun sebelum sembahyang raya- kerna itu waktu paling afdal). Tapi tahun ni, disebabkan kami terbangun lambat, terpaksa aku beratur bersama-sama mat bangla, indon, dan pakistan semua...
Seorang dua je orang tempatan yg beratur dgn aku (org Shah Alam dah pulang ke kampung masing-masing, tinggal jelah org luar). Kesian, kelam-kabut juga aku tengok amil tu mengoyakkan resit sebab takbir raya pun dah nak habis, sembayang pun dah nak mula....

Balik saja dari sembahyang sunat raya di masjid, sempat aku singgah di tepi roundabout beli sebatang lemang utk bawak balik ke rumah... Sampai di rumah terus Cik Puan bertanya; "Lemang ni nak makan dengan ape?.. cicah kicap?...". A'ah baru teringat xde rendang untuk lemang ini.... Lah, lemau sungguh aku pagi nih.

So aku potong lemang itu, makan kosong saja depan TV... sampailah Cik Puan kata' "Bang, jomlah kita balik Sabak pagi ni...., tak jadilah balik petang "

Boringlah tu..... Aku pun terus... "Orait..."

Oscar El-Capito signing out!



2 comments:

  1. lemah=lemang??..haha..Apalah ertinya 'LEMANG' kalau kita tak dapat nikmat nya 'RENDANG' tu sendiri... Raya rasa mcm kosong saja... (selingan sebentar)..SELAMAT HARI RAYA..

    ReplyDelete
  2. Alamak... ok ok.. correction, sorry...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...