Apelah nasib adik aku Muhammad Heza a.k.a Jaja dan motor Kawasaki KLX 150 baru nya petang semalam..... Terkejut aku bila dapat tau dari Joe yang dia accident di Ampang... Dilanggar orang di depan simpang Hospital Ampang (nasib baik depan hospital....). Aku yang masa itu masih lagi di opis, cuba juga untuk sampai ke sana secepat mungkin kerna pasti mummy dan daddy akan tersangkut dijalan- lebih-lebih lagi di hari Jumaat....
Aku yang ingat-ingat lupa Hospital Ampang Jaya dimana... sempat juga sampai beberapa minit sebelum parent aku sampai bersama Cik Puan Nashrina yang preggy. Sampai di sana, Sara, Maira & Mak Lang dah pun ada menemankan sang Jaja yang terbongkang di atas kerusi, di luar lobby.. - ini barulah namanya Pesakit Luar yang tegar
Pesakit Luar yang tegar.... di temani Maira, Sara & Mak Lang... |
Update status secepat mungkin sentiasa dapat menyelamatkan keadaan |
Buat muka begini pasti akan mendapat simpati Pegawai Kerusi Roda.... |
Betulkan jangkaan aku.... |
Bila parent aku datang apa lagi.... habis di peluknya si Jaja.... Sambil-sambil2 tu sesi 'membasuh' si Jaja juga tidak terlepas... Orang yang melanggar Jaja- seorang akak juga ada di sekitar lobby tu, tapi aku tak mau masuk campur. Biar daddy aku sendiri yang datang utk menyelesaikan dengan cara baik....
Satu-satunya bahagian yang patah pada anggota badan Jaja... yg lain cuma calar balar... |
Aku sempat juga menjengok apa jadi pada moto KLX Jaja yang agak senior dari WVesPa aku.... WVN tu.... Xde major kerosakan, cuma bodykit calar balar dan handle bengkok saja.... So far, motor masih boleh start dgn baik utk dihantar ke rumah dan seterusnya ke bengkel panel insuran... Nasib si KLX tak seseberapa baik, belum pun sebulan Jaja menunggangnya... dia dan Jaja sekali kemalangan....
Lepas buat check-up, x-ray, dan scan bagai. Jaja pun dibolehkan balik ke rumah malam tu juga... Aksi-aksi cool Jaja selepas eksiden bolehlah dipuji... taklah menunjukkan trauma selepas eksiden (maybe klu aku dah menggelupur walaupun luka sikit...). Tapi cool sang Jaja tak bertahan lama bila dia dah mula nak pitam di meja makan Tom Yam sejam lepas tu....
Pesan abg pada adiknya sang Jaja :- Lain kali baca doa naik kenderaan... insyallah selamat...
"Haaisshh... Penatlah mcm ni. Keta sorong ni kalau bukan Hak Milik Kerajaan, dah lame awok lampor je ke sungai tadi..."
Usop Wee-cha
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment