Wednesday, January 9, 2013

Bukti semangat blogging utk 2013..!!!

Untuk membuktikan semangat blogging yang semakin membara untuk tahun 2013 ni.... Aku mulakan dengan perkara yang sepatutnya dah lama aku buat bertahun-tahun yang lepas. Hal kecik aje pun.

.....tukarkan backdrop template blogspot ni...!!!

Aku pun dah tak ingat macam mana layout asal OurLittleBigPlanet seawal tahun 2009 dulu. Bila aku mula gunakan default template, banner header menjadi menegak di atas ruang blogpost. Sebelum ini, dah macam menjadi trademark blog ni pulak, bila user akan mengadap backdrop default jalan raya blur ini dahulu sebelum boleh scroll down untuk baca blogpost kami.

So.... aku rasa, aku perlu kekalkan trademark itu... dan ini lah hasilnya.....

Backdrop OurLittleBigPlanet untuk tahun 2013!

Backdrop gambar aku & Cik Puan Neena di The Bund berlatar belakangkan night skyline 'New Shanghai'. Gambar ini diambil semasa kami backpacking ke Shanghai sempena World Expo 2010, tiga tahun lepas.... Antara favorite gambar dalam jutaan collection yang aku simpan.... sebenarnya, banner header yang menegak dulu tu masih ada, cuma tak nampak saje.

Sekarang, terpaksalah korang mengadap kita orang dulu sebelum baca apa yang kami mengarutkan dalam blog ini.... Hihihi Hahaha... Enjoy!

Oscar El-Capito signing out!




1 comment:

  1. nice backdrop... can share the tutorial? puas cari cmne nak buat backdrop cmni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...