8 April 2011, Kandunganku sudah berusia 4 bulan. Seperti biasa aku perlu membuat checkup di PUSRAWI, setelah 2 kali aku tangguhkan tarikhnya. Kali ni aku datang dengan harapan boleh tgk gender baby seperti mana yang aku baca setelah membuat research kat google, gender baby boleh dikesan seawal 12minggu dengan kaedah ultrasound so aku lebih yakin sebab kini kandunganku sudah 16 minggu.
Selalunya aku akan pergi ke KL dengan menaiki Komuter dari Shah Alam, tapi kali ni alhamdullilah aku jauh lebih sihat dari dlu jadi kali ini suami aku meminjamkan keretanya.
No.5908, no giliran aku dah dipanggil aku bersama suamiku dengan excited masuk jmp doktor tu, time doktor tu scan perut aku takde pulak die nak cakap gender baby aku, bila aku tanya boleh nampak dah ker gender baby ni, katanya kecil lagi. Jadi, aku pun duduk semula mendengar nama2 ubat yang doktor tu nak bagi.
Tiba-tiba aku terdengar
Obimin, tekejut aku dengar nama ubat obimin.Setahu aku Obimin ni, boleh buat baby kita lebih besar aku diyakinkan lagi sebelum ni salah sorang ofismate aku pun penah cakap Obimin boleh buat baby besar nanti susah nak beranak. So, aku pun call mak aku dengar pulak pendapat die...Mak aku lagi tekejut, katanya die sepanjang pregnant xpernah makan Obimin, katanya boleh membuatkan baby kita besar, mak aku pulak kata makan Obimin tu selang sehari jer,jgn makan hari2.
Banyak sangat cerita2 andaian mengenai Obimin, klu awal2 aku pregnant ketika waktu2 trismester aku yang pertama aku hanya dibekalkan
Asid Folic sahaja. Aku masih xpuas hati dengan pengalaman orang yang menggangap Obimin adalah punca baby besar atau hanya mitos orang sahaja.Bg aku klu baby tu dah rezeki badan die nak besar xmakan aper pun boleh besar jugak, so aku buatlah research kat google. Yelah baby pertama rajin la buat research.
Apa yang aku paham Asid Folic diberi seawal kandungan mencecah 1- 3 bulan , kandungan Asid Folic pulak pil tambah darah / pil untuk zat besi. Asid folik
(Folic Acid) merupakan ahli kumpulan Vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia. Asid folik ini penting untuk pembentukan saraf2 bayi. Setelah melangkah ke usia kandungan 4 bulan maka doktor akan membekalkan Obimin. Kandungan dah besar maka zat yang diperlukan untuk baby juga bertambah jadi Asid Folic sahaja tidak mencukupi untuk tumbesaran kandungan. Manakala gabungan Asid Folik, Iron, Vitamin C semuanya terdapat dalam 1 kapsul yang dinamakan Obimin.
Aku tanya balik mengenai Obimin kat ofismate aku ni, katanya doktor tak penah bg Obimin,apa yang diberi ketika die mengandung adalah Vitamin, Iron, Iodin.....Selepas tu baru aku paham, sesetengah hospital kerajaan tak bagi Obimin tapi di ganti dengan pil-pil yang sama kandungannya dalam 1 kapsul Obimin.
Apa yang menjadi tanda tanya aku lagi....samada kandungan dalam Obimin dengan pil-pil yang dibekalkan oleh sesetengah hospital kerajaan adakah sama kuantitinya..??. Tapi yang penting hal mengenai tumbesaran baby lebih besar apabila memakan Obimin, aku anggap ianya mitos sahaja - "mitos preggy".
Sekarang aku makan Obimin setiap hari, dan suppliment yang aku ambil di awal pregnant pun aku dah tak makan lagi sbb kandungan Obimin sudah memaidai. Sebenarnya apa yang boleh membuatkan baby itu lebih besar adalah pengambilan kandungan gula yang berlebihan. Memandangkan, kandungan aku yang semakin nak besar ni, aku lebih berjaga2 ketika makan yang penting rendah gula, dan bersih.
---------------------------------------------------