Monday, December 20, 2010
Saturday, December 18, 2010
RUMAH BALIK LIMAH KAK HANTU ko!
YeaY! Akhirnya ada jugak topik baru yg aku nak tulis... tapi bukanlah semata nak mengkomen cerita baru Mamat Khalid tu... tapi lebih kepada offer isteri aku utk tengok wayang, selepas mendapat briefing tentang tugasan paling last minute yang pernah aku terima- dan kene terima. (movie last aku tgk di cinema adalah INCEPTION) YeaY!
OK, sekarang isunya adalah cerita Mamat Khalid itu sendiri - Hantu Kak Limah Balik Rumah.
1) Bila aku dgr cite ini sambungan pada Mamat Khalid's Zombi Kg Pisang.
2) Bila aku sendiri nampak sendiri poster HKLBR kat depan KFC Ampang Park... (terus selera gi KFC tu utk lunch)
3) Bila aku 'ter'tgk trailer Awie tgh menyanyi lagu 'Cinta Kristal' pada Ummi Nazeera di Youtube.
4) Bila aku asyik dengar org kata HKLBR lagi best dari Ngangkung (Ngangkung aku pun tak tgk lg).
5) Bila aku asyik terbaca status FB berbunyi "Cer cherita cer cherita"- mesti penangan HKLBR.
So, ajakan isteriku utk tgk wayang terus disusuli dgn cadangan nonton filem ini... long story cut short-
Yeah! cite ni kalau develop jadi cite hantu betul... aku pun akan tutup mata tengok celah jari. Segala mood seram dlm cerita ini menjadi.... (terbalik pulak dgn mood seram Ponti Sundal Mal yg tak menjadi walau selepas 100x tgk). Rambut mengerbang, berdiri tegak, tak perlu menyergah- dah cukup utk karekter Kak Limah jadi menyeramkan. Dan bila akhirnya aku tau yg Kak Limah hanyalah org gila, aku pulak yang jadi kecewa (jadi inilah org giler yg betul2 menyeramkan). Kelibat2 pelakon lama Zombie Kg Pisang juga dah cukup utk tahu Mat Khalid mahukan impak yang sama seperti ZKP- dan itu berjaya. Tambahan adanya Johan!

Apa yang aku nantikan sama seperti ZKP adalah part Usin menyanyi!- kalau dulu lagu Search 'Kejora', sekarang lagu 'Cinta Kristal'. Suara Awie memang tak bleh dipertikailah.. tapi cara Usin nyanyi dan komposisi musiknya betul2 kena dengan cerita ini...dan kedua2 lagu itu akan menjadi Top Song utk aku berkaraoke kelak. Aku harap ini akan jadi trademark Mat Khalid utk series filem Zombie seterusnya...
Mesej ala2 komuniti servicenya taklah seperti drama Gerak Khas. Tapi diselit2 dicelah2 plot... sama seperti Man Laksa, ZKP dan Di Kala Bulan Mengambang..
Tapi yang tak sedapnya, selang beberapa scene yg ada Che Nin, aku dah mula rasa yang dia tu sebenarnya hanya hantu yg menghantui Usin. Aku tak nampak Mat Khalid cuba sembunyikan watak hantu Che Nin sebagai klimaks di akhir cerita.... Oleh itu, aku dah tak suprise bila Pak Jabit explain pada Usin yang anaknya telah mati....
Akhir komen aku - Kalau dibaca dari Blog Tempurung Pecah itu sendiri: cerita HKLBR ini sebenarnya adalah kisah benar!... Patutlah seramnya menjadi. Tapi bagi aku, sequel ini taklah se'hype' ZKP. Kadang2 terasa seperti nonton filem komedi seram ala Pi Mai Pi Mai Tang Tu aja. Sebagai peminat Zombi Kg Pisang, pasti aku akan terus menunggu sequel seterusnya- Zombi Kilang Biskut utk lengkapkan trilogy Zomba Mamat Khalid dan aku tetap menunggu apakah lagu yang Usin akan nyanyikan pulak nanti.
Tabik tetap tabik pada Mamat Khalid... Karyamu sentiasa akan menjadi cult dikemudian hari!
"Enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas.... enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas..."
sambil menari poco-poco
Oscar El-Capito signing out!
all picturs belong to their respective owner, some are mine!
Monday, December 13, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Ini adalah trial posting dari IPAD iki...
Ok, page blogspot ni masih boleh buka... Boleh log-in tp, malangnya tak boleh nk compose cara biasa... terpaksa edit dari HTML.. Lemah!.. Bila dah preview, widget counter pun tak nampak...
Gambar pun xboleh nk upload, di sebabkan xboleh baca java script.... Huhuhuhu,
terasa pulak yang iPad ni IMBA lah sebenarnya...
Wednesday, December 1, 2010
Selamat Bulan December...
Dah bulan terakhir ni... lagi 31 hari utk 2011
Hujung tahun ni mesti ramai yg bercadang nak habiskan cuti lah.... yg ada anak2 mesti ambik cuti panjang nak bawa mereka jalan2... alang2 cuti sekolah... tapi yang takde anak mcm aku lagi, tepikir nk curi2 cuti utk aku & isteri lah.. (kenapa curi2, sebab apply cuti kalau tgk mcm xde event yg mengejut aje...).
Semalam satu masalah baru dah melanda... IPAD! On the way pegi opis, aku dah dgr BFM 89.9 announce Ipad dah officially lunch kat Malaysia & harganya the cheapest in the region(di dunia mungkin?)... Huhuhu.. apa lagi alasan utk aku tak beli?... walaupun rumors Ipad2 (gen2) dgn camera akan keluar tahun depan, itu belum lagi cukup utk racun otak aku utk tidak beli Ipad Gen1 ni... tghhari tu aku terus recce Machine di KLCC - taklah seramai mcm dibayangkan...
Actually, utk melengkapkan koleksi Apple Gen1 aku... Aku mesti juga dapatkan Ipad ini. Sebelum ni aku dah ada Ipod Nano Gen1, Ipod Touch Gen1 & kali ni mungkin Ipad Gen1. Tapi, utk dptkannya... pasti akan effect budget utk benda2 lain (termasuk next year paintball stuff kot...). Ini bemakna aku kene buat mesyuarat kabinet dapur kt meja makan utk bentangkan perbelanjaan tahun depan.
Bulan ni juga xmcm bulan Dec tahun2 lepas- xde cuti2 yg berturut. Tahun lepas, 4 minggu berturut2 cuti jatuh pada hari jumaat.. bermula dgn Besdey Sultan Selangor, Awal Muharram, Krismas & New Year... tapi tahun ni malang sebab semua cuti jatuh hari Sabtu!!! sungguh merugikan!! Cuti sgt bermakna utk org yang mcm aku, yang tak luak2 dgn cuti tahunan yang ada 48 hari lagi....
So December ni lebih kepada review kepada apa yg dah family kecil aku buat 11 bulan lepas & prepare apa yang kami nak buat lagi 12 bulan akan datang....
"Life can only be understood backward. It must be lived forward."
The Curious Case of Benjamin Button
Monday, November 8, 2010
Shah Rukh Khan di KL: Kejutan secara sopan-santun...
Kerja-kerja di unit 'Adjustment Bureau' ni memang tak menentu. Kadang-kadang mood yang bengang disebabkan kene kerja di hujung minggu, boleh menjadi cool tiba-tiba bila ada surprise yang tak sangka...
Semalam, unit aku bertugas di Main Ballroom, Mandarin Oriental Hotel, berhampiran KLCC untuk satu acara dinner yang dihadiri oleh VVIP. Tun Dr. Mahathir & Tun Dr. Siti Hasmah antara VVIP yang juga hadir dalam majlis makan malam tersebut. Set-up 2 hari dihujung minggu, sebenarnya akan efek mood berkerja minggu hadapan......
Monday, November 1, 2010
Selamat Bulan November...
Manalah post bini aku (nina) ni..... mungkin dia lagi busy dari aku sampai tak sempat nak post apa2 lagi kat blog ni... Dalam himpunan kesibukan kerja bulan oktober lepas, aku rasakan banyak juga perkara2 menarik terjadi.... Set-up team paintball last minute (tp tak main), Shanghai trip, World Expo 2012 closing, Handle cousin wedding, jumpa Michelle Wie... etc etc....
Pack sungguh masa aku..... huh
Oscar El-Capito signing out!
Monday, October 25, 2010
Kami backpacking ke Shanghai !!
Aku dan Cik Puan Neena baru saja pulang dari Backpacking ke Shanghai... Yeah! Cukup puas hati... 7 hari kami ada di sana, tapi pergi ke World Expo 2012 adalah tujuan utama.
Koleksi gambar dulu....
Cerita sambung kemudian....
Oscar El-Capito signing out!
Koleksi gambar dulu....
Oscar El-Capito signing out!
Friday, October 1, 2010
Oktober: Bulan aku paling sibuk...
Selamat datang bulan aku paling sibuk di dalam kalender kelahiran aku di Kraftangan... Si Oktober! Walau pada asalnya aku cuma ada 1 event dlm bulan ini~~ sehinggakan aku dah bercadang utk honeymoon ke Shanghai dari 12hb sampailah ke18hb~~ tapi tiba-tiba datang event bergolek2 tanpa henti... waaaaaa...
Ini lah perkara yg aku paling aku risau.... nak tinggalkan kerja2
berlonggok2 kat staff2 aku sedangkan aku terpaksa berhoneymoon ke
Shanghai... Tiba-tiba saja, Gala Dinner & Fashionshow First
Lady Summit.. Titian Budaya Brunei... Promosi Kraf Tekstil... Promosi
Kraf 1 Malaysia Genting, Malaysia Travel Fair @ Singapore terus menerjah
ke dalam calender unit aku... hadoyaaiii, dah tugas... Boleh pula semua
event2 ni selang sehari dua antara satu sama lain.
So, aku mulakan kerja2 men'carta gant' kan semua event2 ini supaya tak berkecamuk (biasanya perancangan nampak cool tapi bila nak implement mesti kelam kabut) semasa planning... plus, aku dpt tau timeline setiap event... Teringat aku pada Mr William MDIC masa aku di LimKokWing dulu. Dia ada cara yang unik utk list down requirement mengikut kategori setiap projek... caranya mudah & praktikal. Tak ada satu pun requirement yang tertinggal....
Akan aku ceritakan pada Bos utk dia paham macamana pengagihan kerja yang aku rancangkan... walaupun bos sudah tau trip aku ke Shanghai, aku perlu yakinkan lagi yg semuanya ditinggalkan dalam keadaan terkawal.... (hahaha, tapi mesti ada masalah punyerlah)
Akhirnya, kedua2 belah kakiku akan selamat tiba di Shanghai!!! Yahooo.. alhamdulillah. Harap apa yg dirancang disana pula akan berjalan lancar... insyaallah...
Oscar El-Capito signing out!
Subscribe to:
Posts (Atom)






