Saturday, December 18, 2010

RUMAH BALIK LIMAH KAK HANTU ko!

YeaY! Akhirnya ada jugak topik baru yg aku nak tulis... tapi bukanlah semata nak mengkomen cerita baru Mamat Khalid tu... tapi lebih kepada offer isteri aku utk tengok wayang, selepas mendapat briefing tentang tugasan paling last minute yang pernah aku terima- dan kene terima. (movie last aku tgk di cinema adalah INCEPTION) YeaY!

OK, sekarang isunya adalah cerita Mamat Khalid itu sendiri - Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Ada 5 bende yang mempengaruhi utk tgk cerita ini...
1) Bila aku dgr cite ini sambungan pada Mamat Khalid's Zombi Kg Pisang.
2) Bila aku sendiri nampak sendiri poster HKLBR kat depan KFC Ampang Park... (terus selera gi KFC tu utk lunch)
3) Bila aku 'ter'tgk trailer Awie tgh menyanyi lagu 'Cinta Kristal' pada Ummi Nazeera di Youtube.
4) Bila aku asyik dengar org kata HKLBR lagi best dari Ngangkung (Ngangkung aku pun tak tgk lg).
5) Bila aku asyik terbaca status FB berbunyi "Cer cherita cer cherita"- mesti penangan HKLBR.

So, ajakan isteriku utk tgk wayang terus disusuli dgn cadangan nonton filem ini... long story cut short-
Yeah! cite ni kalau develop jadi cite hantu betul... aku pun akan tutup mata tengok celah jari. Segala mood seram dlm cerita ini menjadi.... (terbalik pulak dgn mood seram Ponti Sundal Mal yg tak menjadi walau selepas 100x tgk). Rambut mengerbang, berdiri tegak, tak perlu menyergah- dah cukup utk karekter Kak Limah jadi menyeramkan. Dan bila akhirnya aku tau yg Kak Limah hanyalah org gila, aku pulak yang jadi kecewa (jadi inilah org giler yg betul2 menyeramkan). Kelibat2 pelakon lama Zombie Kg Pisang juga dah cukup utk tahu Mat Khalid mahukan impak yang sama seperti ZKP- dan itu berjaya. Tambahan adanya Johan!


Apa yang aku nantikan sama seperti ZKP adalah part Usin menyanyi!- kalau dulu lagu Search 'Kejora', sekarang lagu 'Cinta Kristal'. Suara Awie memang tak bleh dipertikailah.. tapi cara Usin nyanyi dan komposisi musiknya betul2 kena dengan cerita ini...dan kedua2 lagu itu akan menjadi Top Song utk aku berkaraoke kelak. Aku harap ini akan jadi trademark Mat Khalid utk series filem Zombie seterusnya...

Mesej ala2 komuniti servicenya taklah seperti drama Gerak Khas. Tapi diselit2 dicelah2 plot... sama seperti Man Laksa, ZKP dan Di Kala Bulan Mengambang..

Tapi yang tak sedapnya, selang beberapa scene yg ada Che Nin, aku dah mula rasa yang dia tu sebenarnya hanya hantu yg menghantui Usin. Aku tak nampak Mat Khalid cuba sembunyikan watak hantu Che Nin sebagai klimaks di akhir cerita.... Oleh itu, aku dah tak suprise bila Pak Jabit explain pada Usin yang anaknya telah mati....

Akhir komen aku - Kalau dibaca dari Blog Tempurung Pecah itu sendiri: cerita HKLBR ini sebenarnya adalah kisah benar!... Patutlah seramnya menjadi. Tapi bagi aku, sequel ini taklah se'hype' ZKP. Kadang2 terasa seperti nonton filem komedi seram ala Pi Mai Pi Mai Tang Tu aja. Sebagai peminat Zombi Kg Pisang, pasti aku akan terus menunggu sequel seterusnya- Zombi Kilang Biskut utk lengkapkan trilogy Zomba Mamat Khalid dan aku tetap menunggu apakah lagu yang Usin akan nyanyikan pulak nanti.

Tabik tetap tabik pada Mamat Khalid... Karyamu sentiasa akan menjadi cult dikemudian hari!


"Enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas.... enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas..."
sambil menari poco-poco

Oscar El-Capito signing out!




all picturs belong to their respective owner, some are mine!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...