Baru sahaja dua hari aku kembali dari kursus wajib gomen, utk mulakan rutin harian... Mula sudah hilang kawalan hidup.... Aku tak sedar kemana perginya wallet ku yang besar gedabak tu...
Aku dan Wallet 'Fossil' gedabak ku... |
Aku yang bercadang utk bawa Zakwan ke IKEA dihari dia off-day. Sampai saja di The Curve aku terus tercari-cari di mana perginya wallet fossil gergasi ku... Ah Sudah!!!... Last tempat aku singgah sebelum The Curve--> Shell NKVE... terus aku ke sana semula!!!
Keluar masuk aku dalam station minyak Shell tu, tak ada petanda yang aku akan jumpa wallet tu...
"Cuba abg check kat toilet... Selalunya kalau org dah ambik duit semua... Mesti dia buang kat atas flush je ke....".. Kata attendan Shell.. Ah Sudah!!!
Aku ke toilet tak jumpa.... Aku ke pump yg aku isi tadi pun tak jumpa.... Cuba berjalan-jalan di tepi highway selepas Shell tu pun - tak jumpa! Aku pun hilang mood dah utk pergi IKEA, pulang dan terus ke PakLi Seksyen 7... Tapi dalam hati (instict aku yang aku percaya) katakan wallet itu aku akan aku jumpa kembali!!! Aku tak serisau mana yang sepatutnya. Hp LG Chocolate aku masih ada di dalam wallet tu dan setiap kali aku call, ia masih tetap berbunyi.
Di PakLi, aku terus call bank utk block semua card credit yang aku ada... Dan aku mula terpikir utk buat report IC hilang di balai.... Tapi hati ku masih berat... Rasa seperti aku akan tetap juga jumpa wallet aku... Tapi nak mula dari mana?... Aku terus cuba call Hp LG, masih lagi berdering... Mungkin belum ada sesiapa yang terjumpa wallet aku yg entah jatuh di mana... Harapan masih ada di situ...
Sedang aku berborak dgn Naza a.k.a Bangel ( member SEMESTA aku yang kerja MAXIS dan tgh buat promosi Broadband di PakLi)... Tiba-tiba BB aku berbunyi... No LG aku muncul di screen BB?! Aitt!!
"Hello.... Siapa ni? Saya nampak no ni asyik misscall... Saya Ameer, ni wallet dengan henset encik ke?" "Semuanya selamat ada dengan saya..."
Kan.. Kan... Kan.... Aku dah kata... Alhamdulillah... Harapan utk dapat kembali wallet gergasi aku jadi kenyataan... !!
"Kalau abang nak ambik wallet abang harini juga, abang kene datang Serendah lah... Atas pada Rawang sikit... Boleh?.."
"Boleh...!!!!", tak mau tunggu esok.... Malam tu aku terus drive ke Serendah utk jumpa Ameer...
Ameer cuma tunggu di simpang atas motor... Aku terus ambil wallet ku sambil hulur sedikit 'ang pau' utk ameer atas keilkhlasannya utk pulangkan wallet aku seperti keadaan asal...
Aku pun pulang ke Shah Alam sambil memikirkan semula card2 yang telah aku cancelkan petang tadi.... Ada untung, ada ruginya kan.....
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment