Friday, June 25, 2010

World Cup 2010 - Italy dah terkeluar.... awal!



HUH! apa lagi nak dikata....

Its Do or Die Match.... Italy choose die.

Malam tadi tamat terus perjuangan team favorite aku- Italy -di tempat tercorot dlm Group F selepas kalah dgn team kental- Slovakia. Italy cuma perlu menang atau sekurg2nya seri utk layak ke 2nd Round berbanding Slovakia yang perlu menang! Nampak sudah Italy hilang barisan defender yg kebal sebelum ini...

Hilangnya player defender star seperti Maldini & Nesta, hanya tinggal Canavarro & Zambrotta yg terpaksa meng'cover' tugas defender2 muda seperti-Maggio & Chellini... Cederanya Buffon -yg cuma main 1st half dlm game pertama Italy, juga menyumbang pada kelemahan defensive stlye Italy yg sentiasa aku dikagumi....


Pirlo yg masuk menggantikan Riccardo Montolivo, cuba utk mengubah nasib Italy. Malangnya, walaupun dah bermain 6 minit extra time- masih belum cukup utk Italy mengejar 3 gol Slovak. Satu bad call dari linesman juga menidakkan gol penyamaan Quagliarella. Lebih2 lagi dengan tactic player Slovak yang tak profesional - melengah2kan masa, simpan bola, pura2 injured....- cukup buat aku bengang!!- tapi itulah bola.

Aku memang kagum dgn
fighting spirit Italy yg main berhabis-habisan sampai wisel ditiup. 2 gol Italy selepas masuknya Pirlo membuktikan player berpengalaman dan masih bertenaga amat diperlukan utk guide player2 Italy yg dah hilang punca bila tertekan.... tidak seperti Cannavaro yang sudah terlalu letih utk handle semua kerja2 defender lain. Akhirnya, core defend Italy yang goyang... Gol minit 80 dan 92 juga menunjukkan Italy antara team yang masih boleh perform walau dalam tekanan...
Fabio Cannavaro vs Marek Hamsik
Buat kali pertamanya selepas 36 tahun, Italy tak layak ke 2nd Round. Utk Cannavaro, Zambrotta, Gattuso, Camoneresi, Grosso dan Iaquinta- inilah World Cup terakhir mereka.... Player2 muda seperti Ranocchia, Bonnuci, Giovinco, Marchisio, Aquafresca dan Rossi pula akan teruskan kehebatan Italy.

Bagi aku, Italy perlu cari penjaring gol sehebat Vieri, Del Piero, Totti dan Baggio.... Barisan
defender mantap Italy akan muncul naturally dari sistem liga Serie A mereka. Cuma perlukan seorang dua player-maker setanding Pirlo dan striker sehebat Vieri - dah boleh kembalikan kegemilangan Italy utk setanding Brazil dlm koleksi World Cupnya.. Itu pun kalau aku berpeluang gantikan Lippi lah.. muakaka..

FORZA AZZURRI!!!see u in Euro 2012



Oscar El-Capito signing out!



*Photo source: kr.blog.yahoo.com , news.search.yahoo.com

Wednesday, June 23, 2010

apaakupikir.blogspot; Aku kata apa yang aku pikir...

Hari ni, aku buat lagi satu blog.... blog ke-3 bawah jagaan aku.... Blog pertama of coz OurLittleBigPlanet Blog, 2nd is my Oscar Valkyrie Paintball Blog.... and my newly 3rd blog--Apa Aku Pikir.


Aku pun tak tau yang blogging ini sebenarnya beranak-ranak. Ingatkan dengan satu blog sudah mencukupi tetapi aku dah mula rasa cacamarba nya. Bila kisah-kisah paintball aku mula aku pindahkan ke Blog Oscar Valkyrie, tinggallah sedikit cerita tentang kerja-kerja aku yang aku rasa agak serius- yang aku rasa tak sesuai dalam blog ini....

Dengan otak aku memang jenis yang suka 'categorize thing' menyebabkan aku perlu specific blog yang ada fokus pada genre yang berlainan.

Oleh sebab itu, blog OurLittleBigPlanet akan hanya fokus pada aktiviti harian aku dan Cik Puan Neena- lebih kurang genre Travelblog kami.... 

Blog Oscar Valkyrie akan terus menjadi tempat kisah-kisah paintball aku dan semua Oscar Comrade ku....

Dan yang terbaru, Apa Aku Pikir- semua perkara-perkara kritikal yang aku nak katakan.... disinilah the dark side of Faridzul Atras akan terserlah....


Monday, June 21, 2010

Journey................camera

Niat untuk membeli camera sudah lame terpendam, tapi ada saja menjadi halangan nak bayar tiket flight la..bayar hitu la bayar hini la..tapi suamiku kali ini nampak gaya perlu sangat dah membeli camera DSLR dalam masa terdekat selagi ada SALLEE ni katanya..Aku ni ikot jelah..lagi pun memang perlu sangat dah ni..Tapi klu bab2 nak servay ni aku serahkan jelah tugas ni kat suamiku, die lagi arif hal2 ni..aku hanya ikot bayar jer...janji SONGKiii..(kongsi). Tapi kalau ikot suamiku servay camera dari 1 shopping mall ker 1 shopping mall kn kejar belakang dia ni..saper yang pernah couple ngn die ni time bujang2 dulu ah..mesti paham sangat perangai die ni..berjalan window shopping ker shopping ker memang sampai renggang tapak kaki dibuatnya. Dahlah berjalan 5 meter depan aku tertinggal kat belakang letih nak kejar.

Cerita Camera ni pulak, aku dah katakan..servay la puas2..jangan menyesal..aku hanya ikot share jer.....TTTaaapiiii aku lebih suka camera yg leh record HD skali..senang kan nanti nak record game.Apa2pun..walaupun penat kejar2 blkng die ni..aku tahu hasilnya mesti MELETOOPPP!!!!..........kelak....

HONEYMOONN!!!!!......

HONEYY.....im on the MOON......
Angan-anganku untuk honeymoon adalah ker PPPAAARRRIIIIIIISSSS..!!!!




.......tu angan2 jer. Dah setahun lebih dah aku mendirikan rumah bertangga concrete ini bersama suamiku, tapi al-maklum lah..dgn keadaan suamiku dengan prinsip hidup kerjaya nya "Rakyat didahulukan...." aku redha jerlah. Janji bergaji setiap bulan..sehingga umurnya 58 tahun aku akan berhadapan dgn prinsip nya..Berbalik dgn cerita honeymoon..sedia maklum aku masih belum lagi berhoneymoon sehingga ke hari ini. Tapi kalau kemampuan aku menjadi halangan untuk aku ke Paris..nampaknya mimpi jer la merealisasikan angan2ku..ok gak..

Paris adalah "The city of Light for romantics couple" cehh.....romantik ker...tp sbb history dan architecture bandar Paris ni memanggil2 aku untuk berkunjung ke sana. Tapi tak kurangnya tempat kite Melaka.... architecture di Jonker street tu pun apa kurangnya kan..boleh la...kisah cintaku pun asalnya dari Melaka
.
Kalau la rezeki aku untuk ber honeymoon luar negara ni..xkisahla kemana pun syukur alhamdullilah la..kerana berjaya mencuri sedikit masa suamiku dr rakyat untuk bersama aku. (kalah2 PM) Tapi apa2 pun..aku masih mencari destinasi yg menarik dan murah untuk menjadi destinasi xplorace bersama si dia...

sources pictures : FLICKR





Friday, June 11, 2010

World Cup 2010 Fever, Here We GO!!!


Beberapa jam lagi demam World Cup 2010 akan bermula.... Selepas Italy meraikan TV baru Panasonic 29" aku 4 tahun lepas dengan kemenangan di Final, kali ini diharap pengorbanan aku membeli lagi satu TV baru pasti akan dibalas dengan kemenangan berturut2 Italy.... hahah mcm org Mayan plak aku ni...

Klu diikutkan, aku akan buat beberapa ritual World Cup setiap 4 tahun - Pertama, aku akan beli jadual World Cup sebesar2nya utk pastikan yg aku tak miss satu pun game yang ada sehingga final (ataupun senang utk aku pilih game mana yg aku mau tgk...)

Kedua, aku pastikan aku dapat tgk game itu sebaik mungkin.... 4 tahun lepas aku terpaksa beli TV Panasonic 29" dan Astro utk dptkan coverage terbaik (sebelum tu pakai TV 19" je..). Thanks to STADIUM Astro... Dan tahun ni aku dah bersedia dgn LCD 32" + 42" + Astro BEYOND... hahahah "everything in HD", kata Messi.

Ketiga, aku akan berhenti kerja dan bercuti khas utk World Cup - seperti yg aku buat 4 tahun lepas - World Cup 2002, aku masih di UiTM.. jadi masa ku byk.. World Cup 2006 aku quit Aliran Cipta sebelum aku sambung mengajar LimKokWing. Tapi kali ni tak boleh buat dah, sebab dah kerja gomen.... hehehe. So ritual ketiga ni aku abaikanlah...

Keempat, sebelum menunggu bermulanya World Cup, akan panaskan otak dgn game or apa saja seperti jersey, magazine, etc etc.... kehangatan World Cup aku bermula awal dari tarikhnya. So, tahun ini game FIFA World Cup 2010; South Africa dah boleh buatkan aku ber'World Cup' awal sikit dari org lain

Kelima,.... jersey!. Tapi aku cuma carik jersey Italy saja... Kalau ikutkan, aku lebih kurang ber'nazar' kalau Italy masuk final, aku akan beli jersey Italy original dan letak nama pemain favorite aku- Gattuso '8'. Tapi cari punya cari, jersey Italy dah habis bila Italy confirm dapat masuk final... so, di Dubai, sempat aku beli jersey away Italy original dgn harga yg agak murah...

tapi kali ini isteri aku pun dah mula join, join klu aku beli dia pun nak satu.... hahaha tapi dia bukan suka Italy pun... ikut2 aku saja tu...


So.... 9:30pm ni, world cup debut game will start.... punch card aku pagi2 pun akan start - MERAH.... utk tahun ni, Italy masih lagi favorite aku tuk menang World Cup sekali lagi... Buffon masih ada..., Cannavaro masih ada..., Gilardino masih ada... dan yang paling penting - Gennaro Gattuso a.k.a Mr Dark Gattuso pun masih ada.... so, kita tengok dan lihat....

FORZA AZZURRI....

Oscar El-Capito signing out!



Wednesday, June 9, 2010

Honey, i broke the LG phone...

"tell ur honey....nx time.... buy a small handbag for ur LG....then u dont have to hold it all the time.."

..Aip!... Aiip!!.... sape yg tulis kata atas ni aku pun tak ingt.... tapi inilah yg telah berlaku.. HP LG Chocolate aku telah menerima padahnya... Touch Screen pecah kerana dek terkeluar dari sarungnya yang aku sedang pegang dan terus terhempas 'baik' di atas jalanraya... Bila dah jatuh aku pun terus mencapai dan tgk screennya... HUH!! pecah!! Isteri aku di sebelah hanya gelang kepala....

Tapi aku steady saja.... nasib baik HP masih boleh guna (memang screennya saja pecah, screen dlm masih ok) tapi klu nak jawab call, rapatkan ke pipi, jawabnya calar balar terkena cebisan2 kaca... Sampai kerumah, terus aku cover screen itu dgn clear tape dan HP aku kembali seperti biasa, cuma anggap sajalah retak cermin itu design wallpaper baru!!

Steady steady juga... tapi aku kene terus cari solution... Aku tau warranty takkan cover apa2 miss handling by customer, so aku pun terus call LG Customer Service... dan aku terus disambungkan pada Spare Part Executive - Azhar....

Pendek cerita, si Azhar ni dh tolong repair HP ni kepada keadaan asalnya... Aku andaikan yang aku akan terima HP ni semula dalam seminggu dua, rupa2nya hanya sehari. Damn fast! Aku kagum.... mungkin kerosakan aku hanya cuma perlu menukar keseluruhan glass screen yg pecah.

HP aku datang semula siap berkotak dan dimasukkan dalam bubble bag.... Bagus punyer service. Overall aku berpuas hatilah dengan service dari LG dalam menyelamatkan kondisi HP aku- agak berbaloi dgn harga service yang aku kene bayar.

Choco aku pun sudah kembali dalam keadaan asal dan aku pun dapat sorang lagi member baru- si Azhar LG ni.

Oscar El-Capito signing out!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...