Monday, March 15, 2010

Abangku....

Seminggu lagi.... aku akan meraikan ulang tahun perkahwinanku.... planning sudah ada, hanya menunggu masa tiba. Tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Berita abangku meninggal pada 330am pada 7 march 2010 membuatkan aku membatalkan semua planningku terus pulang ke Labuan. Abangku telah pun kembali ke rahmatuallah setelah 24 tahun kami bersama, kasih sayang, duka, senang, begaduh, ditendang aku dah merasa semuanya. Tapi masih belum puas untuk aku bermanja denganmu kerana aku lebih kenal dengan perangai kita yang sentiasa bergaduh waktu kecik2. Kalau dibandingkan abgku waktu kecik2 ni dengan abg org lain mesti jauh bezanya, sehingga mama terpaksa ikutkan petua zaman bila ntah kalau adik-beradik selalu bergaduh minumkan air pusat masing2..tp tiada kesan langsung.hahaha.. Kalau tak bergaduh bukan abang la namaya. Abang bukan suka membuli aku, tapi aku adik yang suka menyakat abangku hingga dia marah dahla panas baran. Kalau abangku tidur tengahari mulut tebuka sikit..aku pun apa lagi masukkan eno..hehehe...mana la tak dikejarnya aku sampai perumahan cina pastu kami pulak dikejar anjing..berlari mcm org giler blik rumah tapi lega jugak sbb abangku dah lupa nak sepak aku sebab kes eno tadi.

Terlalu banyak kenangan bersama abgku, abgku memang seorang yang suka berkawan dan mudah berkawan dengan aura lawak spontan dan teka-teki menjadi penantian setiap kali aku blik ke labuan ada sahaja cerita kelakar dibuatnya.

Kini aku terpaksa membuat apa saja kerja asal aku tidak duduk termenung, kalau tak jauh lamunanku terkenang abgku..menitis jugakla menahan sebak. Pemergian yang tidak disangka walaupun 40 hari,2 minggu,3 hari tanda2 kematian jelas namun tidak sedetikpun terlintas difikiran kami sekeluarga abangku akan pergi jauh meninggalkan kami. Pernah aku mengajaknya ke bandung pada bulan Ogos ini shopping raya,sbb tiket yg sangat murah tapi abg meminta untuk tgg dalam beberapa hari lg untuk comfirmkan,jadi aku confirmkan tiket aku dan suamiku saja untuk masa terdekat ini. Rupanya dalam seminggu ni lah abangku mengajak semua cousin2 kami untuk pergi bersama2 katanya best kalau ramai sekeluarga yang pergi.Tapi hajat abangku tak kesampaian, abngku pulak yang telah pergi dahulu lebih jauh dari sangkaanku.

Abang,pemergianmu betul2 membuat kami sekeluarga berubah, setiap minit aku akan bersms dengan mama supaya mama sentiasa memikirkan aku sentiasa dekat dengannya. Aku dah jadi yang sulung untuk ajin dan noy, kami menjadi semakin rapat semakin kenal erti kasih sayang.Tapi babah menjadi hari semakin diam, tak lalu nak makan, asyik tidur saja.entah apa yang babah fikirkan kesian babah bang.Mama pula kami terpaksa ikut mama kalau2 mama naik atas ke bilik abangku,dengan bau bilik abangku yng masing kuat, dengan baju overall kerja abangku masih tersidai belum berbasuh membuatkan mamaku balik2 pengsan, masih susah untuk kami menerima pemergianmu. Tapi alhamdullilah mama semakin boleh menerima, tapi bermacam2 cara aku buat.Keluarkan gmbr2 abangku letak d depan tv,di bilik mama aku keluarkan baju2 abangku bagi pada adikku ajin meminta ajin selalu memakai baju abang supaya mama sentiasa rasa abangku hanya pergi bercuti atau berkerja d rantau orang.

Babah, mama,aku, ajin n noy.. kami tinggal berlima saja, meneruskan kehidupan seperti biasa, tapi permergianmu cukup susah bgku untuk menerima sehingga hari ini. Aku rindu abang.....buat pertama kalinya abangku mengatakan "rindu sangat" di facebook padaku..dan rupanya itulah kata rindu yng terakhir jua dari abangku....

Ya Allah, Kau rahmatilah roh kekandaku Fahd Nashriq bin Sunarto dan Kau tempatkanlah ia di tempat org2 yang beriman Ya Allah...


Abang,tunggu kepulangan kami...di sana....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...