30/03/2010 9:53pm
KUALA LUMPUR 30 Mac — Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, kini dalam keadaan kritikal selepas dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.
Din Beramboi, 43, dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira 3.25 petang semalam, demikian menurut jurucakap hospital itu ketika dihubungi hari ini.
"Doktor mengesahkan keadaannya kini sangat kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi,” menurut jurucakap itu.
Punca beliau dijangkiti penyakit itu masih dalam siasatan, kata jurucakap itu lagi.
Selain menjadi penyampai radio, Din Beramboi juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak baru-baru ini.
— BERNAMA
taken from Utusan Malaysia Online
p/s : ....another black march.... semoga Allah berikan dia kekuatan untuk melawan musibah yang di alaminya... utk Pakcik Din beramboi dan keluarganya... AMIN
Oscar El-Capito signing out!
Wednesday, March 31, 2010
Monday, March 29, 2010
Cenote Angelita
Kali ini aku menulis lain dari ruang lingkup kehidupan aku... sedang secara random aku membaca blog2 yg ntahmana sumbernya... tiba-tiba aku cukup tertarik dgn gambar & nama Cenota Angelita. Sungguh menakjubkan & juga menyeramkan. Hebatnya ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa... Aku yang memang ada sedikit aquaphobia lebih2 lagi pada kawasan berair yang luas, dalam yang tidak ketahuan dan gelap... membuatkan cerita tempat ini menarik perhatian aku.
Cenote Angelita ni terletak di Mexico, adalah sebuah lubang semulajadi yg dipenuhi air, bertebingkan batuan mencecah hampir 200 kaki... Apa yang menambah keunikannya adalah fenomena halocline -terjadi disebabkan perbezaan ketumpatan air tawar & air masin (hydrogen sulphide). Start dari kedalaman 60 kaki, akan kelihatan lapisan hydrogen sulfide yang menyerupai sungai, ketulan batu yang menyerupai pulau kecil, daun2 dan ranting2 mati- menambahkan lagi ciri2 sebuah alam misteri di dalam lubang ini....
Terjun ke dalam sungai!!
Daripada blog2 yang aku baca, hanya divers yang berani & gilakan adventure sahaja yang sanggup turun lebih dari 130 kaki!!, melepasi awan hydrogen sulfide setebal 30 kaki!!... Nampaknya, aktiviti di Cenote ini khas pada pengila Underwater Cave Diving.... tak pada orang yang underwater claustrophobic- .
Aku belum lagi berminat utk join mana2 group diving... tapi kalau aku dah mula terjebak, mungkin Cenote Angelita akan menjadi destinasi impian aku sebelum mati... Utk melawan dan menyelami sendiri phobia aku yang 'takut dalam'... tapi aku rasa mungkin tidak.
p/s: Berenang di Pulau Dayang Bunting pun dah mula buatkan bulu roma aku berdiri... apa saja makhluk yang ada dalam tasik itu.. banyak sgt tgk Discovery & NatGeo.. Inilah masalahnyer.
p/s: Berenang di Pulau Dayang Bunting pun dah mula buatkan bulu roma aku berdiri... apa saja makhluk yang ada dalam tasik itu.. banyak sgt tgk Discovery & NatGeo.. Inilah masalahnyer.
Oscar El-Capito signing out!
*Photo source: Anatoly Beloshchin website, Cenote Angelita Official Website
Friday, March 19, 2010
Suke2 hati je parking merata...
Ape yang menyebabkan parking kat PELITA hari ni haru-biru... Ada mamat parking melintang sesuka hatinya.... siap ambik 3 lot lagi.... hangin aku.. disebabkan ini gak... aku balik opis lambat... klu aku tau sape antara Alonso atau Massa yang parking macam tu... Siap!
P/S: Alonso & Massa datang makan nasik lemak ayam sambil buat roadshow F1 GP kat Pelita Jln Ampang ni.....
Oscar El-Capito signing out!
P/S: Alonso & Massa datang makan nasik lemak ayam sambil buat roadshow F1 GP kat Pelita Jln Ampang ni.....
Oscar El-Capito signing out!
Monday, March 15, 2010
Abangku....
Seminggu lagi.... aku akan meraikan ulang tahun perkahwinanku.... planning sudah ada, hanya menunggu masa tiba. Tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Berita abangku meninggal pada 330am pada 7 march 2010 membuatkan aku membatalkan semua planningku terus pulang ke Labuan. Abangku telah pun kembali ke rahmatuallah setelah 24 tahun kami bersama, kasih sayang, duka, senang, begaduh, ditendang aku dah merasa semuanya. Tapi masih belum puas untuk aku bermanja denganmu kerana aku lebih kenal dengan perangai kita yang sentiasa bergaduh waktu kecik2. Kalau dibandingkan abgku waktu kecik2 ni dengan abg org lain mesti jauh bezanya, sehingga mama terpaksa ikutkan petua zaman bila ntah kalau adik-beradik selalu bergaduh minumkan air pusat masing2..tp tiada kesan langsung.hahaha.. Kalau tak bergaduh bukan abang la namaya. Abang bukan suka membuli aku, tapi aku adik yang suka menyakat abangku hingga dia marah dahla panas baran. Kalau abangku tidur tengahari mulut tebuka sikit..aku pun apa lagi masukkan eno..hehehe...mana la tak dikejarnya aku sampai perumahan cina pastu kami pulak dikejar anjing..berlari mcm org giler blik rumah tapi lega jugak sbb abangku dah lupa nak sepak aku sebab kes eno tadi.
Terlalu banyak kenangan bersama abgku, abgku memang seorang yang suka berkawan dan mudah berkawan dengan aura lawak spontan dan teka-teki menjadi penantian setiap kali aku blik ke labuan ada sahaja cerita kelakar dibuatnya.
Kini aku terpaksa membuat apa saja kerja asal aku tidak duduk termenung, kalau tak jauh lamunanku terkenang abgku..menitis jugakla menahan sebak. Pemergian yang tidak disangka walaupun 40 hari,2 minggu,3 hari tanda2 kematian jelas namun tidak sedetikpun terlintas difikiran kami sekeluarga abangku akan pergi jauh meninggalkan kami. Pernah aku mengajaknya ke bandung pada bulan Ogos ini shopping raya,sbb tiket yg sangat murah tapi abg meminta untuk tgg dalam beberapa hari lg untuk comfirmkan,jadi aku confirmkan tiket aku dan suamiku saja untuk masa terdekat ini. Rupanya dalam seminggu ni lah abangku mengajak semua cousin2 kami untuk pergi bersama2 katanya best kalau ramai sekeluarga yang pergi.Tapi hajat abangku tak kesampaian, abngku pulak yang telah pergi dahulu lebih jauh dari sangkaanku.
Abang,pemergianmu betul2 membuat kami sekeluarga berubah, setiap minit aku akan bersms dengan mama supaya mama sentiasa memikirkan aku sentiasa dekat dengannya. Aku dah jadi yang sulung untuk ajin dan noy, kami menjadi semakin rapat semakin kenal erti kasih sayang.Tapi babah menjadi hari semakin diam, tak lalu nak makan, asyik tidur saja.entah apa yang babah fikirkan kesian babah bang.Mama pula kami terpaksa ikut mama kalau2 mama naik atas ke bilik abangku,dengan bau bilik abangku yng masing kuat, dengan baju overall kerja abangku masih tersidai belum berbasuh membuatkan mamaku balik2 pengsan, masih susah untuk kami menerima pemergianmu. Tapi alhamdullilah mama semakin boleh menerima, tapi bermacam2 cara aku buat.Keluarkan gmbr2 abangku letak d depan tv,di bilik mama aku keluarkan baju2 abangku bagi pada adikku ajin meminta ajin selalu memakai baju abang supaya mama sentiasa rasa abangku hanya pergi bercuti atau berkerja d rantau orang.
Babah, mama,aku, ajin n noy.. kami tinggal berlima saja, meneruskan kehidupan seperti biasa, tapi permergianmu cukup susah bgku untuk menerima sehingga hari ini. Aku rindu abang.....buat pertama kalinya abangku mengatakan "rindu sangat" di facebook padaku..dan rupanya itulah kata rindu yng terakhir jua dari abangku....
Ya Allah, Kau rahmatilah roh kekandaku Fahd Nashriq bin Sunarto dan Kau tempatkanlah ia di tempat org2 yang beriman Ya Allah...
Abang,tunggu kepulangan kami...di sana....
Sunday, March 14, 2010
Selamat Ulang Tahun Sayang...
Selamat Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Kita...
14032009 - 14032010
Setahun juga kita akhirnya... setahun pertama untuk bertahun lagi lamanya... untuk tahu apa rasanya punyai kebahagiaan hidup bersuami isteri, kahwinilah isterimu seikhlasnya... insyaallah, tuhan akan redhai segala usaha membahagiakan perkahwinan ini.....
Nampak mudah, nampak senang... tapi dugaannya penuh mencabar... Namun, 1000 tahun lagi aku masih sanggup untuk rasakan indahnya perkahwinan ini...
Terima kasih tuhan kerana kau kirimkan aku kekasih yang baik hati... yang mencintai aku.. seadanya.... Terima kasih munajat cintaku Nashrina kerana menjaga aku sepenuh hati...
Oscar El-Capito signing out!
Thursday, March 11, 2010
Tamat sudah CL2010 utk Milan.....
Manchester United 4- 0 AC Milan
Wuuuuhhaaaiiii!!!!
Wuuuuhhaaaiiii!!!!
Aku sanggup bangun utk melihat match ni LIVE di ESPN HD, tapi malangnya tewas juga Milan pada MU buat julung kalinyer.... kalau sebelum ni, Milan pasti berjaya membuat comeback walau dah dikalahkan pada perlawanan pertama... Tapi bukan pagi ni. Milan betul2 longlai tanpa NESTA, PATO, GATTUSO & ZAMBROTA yang rata2 ada dibangku simpanan. Apa sebenarnya strategi LEONARDO pun aku tak paham... akibatnya- Kalah 4-0. Kemasukan Beckham buat kali pertama selepas 7 tahun betul2 menukar corak permainan Milan yang tak bermaya pada sedikit menarik.... Dia masih ada auranya lagi....
Pagi ni aku ditemankan oleh SMS Sa'e Shukur dari rumahnya.... sempat aku mengupdate padanya setiap kali gol, buatkan dia pelik mcmana aku boleh inform dia sedangkan masih belum gol lagi... inilah uniknya Asto Byond- baru aku sedar yg user Astro lain yang tgk Live dari signal biasa akan delay lebih kurang 45 saat... agak lama jugak gap Byond & Astro SD....
Apa2 pun... AC Milan dah tewas... Bye-bye CL 2010...
p/s: Alasan LEONARDO utk tak mahu bazirkan tenaga pemain utk terus tumpukan pada SerieA nampak tak logik... tapi bila tengok pada ranking, Milan boleh saja kejar top-spot utk juarai SerieA yang hanya beza 2 point dari pendahulu- Inter Milan.... Forza Rosenari

Wednesday, March 10, 2010
Sesungguhnya Mati itu benar...
Semasa ini aku sudah berada di semenanjung... sendiri. Isteriku masih lagi di Labuan bersama keluarga mertua ku..
Ayat yang inilah antara ayat2 paling dahsyat impaknya dalam hidup aku... sepanjang 29 tahun aku hidup, telah 3 kali ayat ini betul2 menusuk ke tepat kehati aku.... sedih di ikuti dengan insaf dan seterusnya kerelaan untuk terus hidup tanpa mereka2 yang aku kenal... Pertama; Allahyarham Sali Ezwan Mahali- rakan sekolah rendah & menengah yg lemas ketika menyelamatkan rakannya. Kedua; Allahyarham Haji Utoh Bin Ghani- Datuk ku yg menjagaku dari aku kecil sampailah tinggal 100 hari lagi sebelum aku bernikah- sakit tua. Ketiga; Allahyarham Fahd Nashrique- Abg iparku yang tiba2 meninggalkan seluruh keluarganya dalam kemalangan....
Oscar El-Capito signing out!
"Sesungguhnya Mati itu benar....."

Sunday, March 7, 2010
Black March
10:00 mlm
".........................................Bang!"
Teriakan isteriku bila ternampak kereta ku meluru kearah kereta kancil didepan ku.. PRaGHH!!!. Nampaknyer perlanggaran kali ni buatkan plat keretaku patah... hanya tinggal BJM jer lagi, 5011 patah terbaring di jalan raya. Kereta kancil tu cuma senget bumper belakang shj.... Perbincangan dengan pemandu kancil itu hanya seketika setelah kedua2 rasakan keremehan masalah ini tak perlulah dibesar2kan....
Walaupun debaran hati selepas accident tadi masih ada.... aku terus saja pulang ke rumah tanpa pikirkan macam mana nak repair plat keesokkan harinya... inilah sebahagian black march semakin menjadi2 bulan ni....
3:30 pagi
"Kenapa Noi, kenapa Noi... Ha?.... Meninggal..."
Tidurku disergah dengan suara perbualan isteriku di hensetnya.... bunyinya mcm cemas, aku yang sedang blur2 nampak kabur2 seperti isteriku menangis terhesak2... sempat aku tepuk belakangnya untuk apa pun aku tak tau... lepas itu, aku kembali tidur....
"bang, bangun! jom g KLIA.... acik meninggal...."
Kali ni aku rasa aku terus sedar bila dengar ayat yg keluar dari mulut isteriku.... dalam hati ku ucapkan innalillah... masih blur aku pun kata "JOM!"m... Menjengah ke bilik, aku terus nampak beg siap dengan baju seperti utk bercuti panjang... Aku ikutkan saja. Rasa cemas + berdebar semakin membuak dihati, sama seperti accident tadi.... Tak tahu aku apa akan aku hadapi di Labuan nanti. Terus aku start kereta & pecut ke KLIA.... (Airasia tiada flight ke Labuan hari ni)
5:30 pagi
Sampai saja di KLIA, terus isteriku mendapatkan tiket ke Labuan pagi itu- 9 pagi. Aku yang masih mengantuk menyambung tidur di kerusi menunggu airport dan isteri ku masih lagi berbalas SMS.
.....................

Thursday, March 4, 2010
COD:MW2 completed in 5 Hours
Selepas ApocalyPS3 yang menyerang PS3 hilang. aku terus menghilangkan kerinduan pada MW2..
Mungkin kerinduan ini membuatkan aku terus menghabiskan game ini dalam masa 5 jam saje.... sekejap pulak rasanya... So, hari2 mendatang aku cuma perlu habiskan Spec Ops Co-op game... Akan ku ajar isteriku untuk main skali... tak lama lagi terrerlah dia.. wakakaka.....

Tuesday, March 2, 2010
1 March & ApocalyPS3
Baru saya 1 hari melepasi bulan yg penuh panca roba.... 1 march saja dah mula dengan mcm2 peristiwa terjadi.
“Registration of the trophy information could not be completed. The game will now quit (8001050F)"
mesej ni memang menyakitkan hati bila aku cuba main COD;MW2 kat PS3 aku... lebih-lebih lagi bila niat aku cuba mengajar isteri ku untuk main Co-op game... Malam sebelum tu memang aku ada main FIFA10 sepanjang malam (walhal sambil terlelap2...), lebih kurang 5 pagi baru aku berhenti. Tak mungkin disebabkan itu boleh datangkan error sedangkan aku pernah main 24jam non-stop tanpa ada masalah...
Aku mula menggodek system setting, mana tau ada tertukar setting secara tak sengaja... lepas tu 2-3 kali aku try main MW2, masih lagi keluar msg yg sama.... termasuk FIFA10.
Aku mula syak ada yang tak kena.... dan bila aku online utk cari solutionnya, baru aku tahu berjuta lagi gamers PS3 serata dunia mencari solution yg sama... 8001050F dah jadi masalah global utk PS3... Tiba2 aku rasakan mcm ada satu komuniti antara games seluruh dunia cuba untuk berkongsi maklumat & pengalaman utk cari solution masalah ni. Youtube, Twitter, Forum penuh dengan gamers berkongsi cerita isu yang sama... Aku hanya mampu baca & cari kalau2 ada sesiapa yang berjaya cari solution, tapi malangnya belum ada.
Setakat ni, Sony masih belum dapat solve masalah ni lagi.... Tapi bug yg di panggil ApocalyPS3 ni cuma serang PS3 lama mcm aku saja... siapa yg guna PS3-Slim masih selamat... Adoyaii!!! Aku tunggu jelah solution dari Sony nanti... harap2 tak lama. Tangan aku dah gatal dah nak main MW2....
*malam ni juga duit aku tersangkut dlm CDM Maybank kat Shell Sek9... Duit utk AEON credit card aku tu... Aduh!!. Malang-malang... permulaan bulan yang penuh mencabar...Oscar El-Capito signing out!

Subscribe to:
Posts (Atom)