Monday, January 10, 2011

Nak iPad ke tak nak iPad??

Selalu, inilah delima yg akan terjadi, kalau dah tak tentu arah, teringin sangat nak beli sesuatu barang- iPad! Aku patut juga create satu work flow yang lebih kurang sama seperti dibawah utk senangkan dlm buat keputusan.... (sebenarnya mmg slalu aku buat pun).


So, flow yang aku ikut adalah: Start Here; Are you Rich --> YES --> Buy 2 (END) Hah? Beli kene beli dua plak?. Sekejapnyer dah dapat keputusan??... yg panjang2 bagai tu utk pe?.... buang masa tul....

Oscar El-Capito signing out!

Chart flow source:
http://www.forevergeek.com

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011...

Apa patut dimulakan 2011 ni? Calender pun dpt calender kuda je.... main kuda hujung minggu jelah...

Captain's log, Stardate: 01.01.2011 - 9:00 pagi

Selamat berjanuari semua... antara perkara penting tahun inilah adalah bagaimana mahu BERJIMAT!!. Yes... mcmana nak cite pasal jimat kalau dari tahun lepas aku asyik2 terpikir pasal iPad saje?.... huhu... Mungkin berjimat itu bermula dengan mengurangkan rutin harian aku yang mengalirkan duit dengan pantas, contoh utama- naik kereta ke opis.

Kalau biasanya, aku perlu berhabis dalam RM21.50* sehari hanya untuk berulang alik dari kerja ke rumah... tapi kalau aku mula naik LRT dari Kelana Jaya, aku cuma perlu spend RM10.90** sahaja... WoW!! itulah yang dinamakan jimat. Walaupun aku perlu berjalan kaki ke opis dari LRT Ampang Park setiap hari, itu bolehlah dikira senaman....

Jadi penjimatan barang2 keperluan itu tak mampulah utk aku buat. Kalau hendak diasingkan keperluan asas dgn keinginan.... kadang kala keinginan pun boleh jadi keperluan asas secara tiba-tiba, dan apa cara sekalipun aku perlu dptkannya.... Payah sikit part ni.. hek eh!

Januari ni mesti aku akan busy dengan preparation event HKK2011 yang akan berlangsung di opis aku starting 23hb Feb sampailah 7hb March... & bulan depan pasti akan lagi busy dgn construction segala prop dan set-up bagai.... itulah yang aku dah bayangkan. Sekarang (sepatutnya) aku dah tidak lagi handle event2 yang perlukan khidmat decoration. Unit Hiasan Keceriaan akan mengambil alih tugasan itu... dan unit aku akan lebih kepada kerja2 pure ID. Aku cadang utk tukar namanya kepada Unit Rekabentuk Dalaman.... hek eh! Harap2 tahun ni boleh aku bahagikan masa utk kerja & keluarga dengan baik sekali... tak lupa juga team collaboration paintball aku- Raptor Oscar. MPOC 2011 1st leg akan jadi our debut perfomance.... tak sabar gak nak tau ape result yg kami mampu buat.

2011... mari kita berjimba!!!
Adios Fondos,
Oscar El-Capito signing out!

*RM1.10 (tol bt3) + RM6.40 (tol NPE pegi balik) +RM4 (tol SMART pegi balik) +RM10 (minyak/day) = RM21.50

**RM1.10 (tol bt3) + RM4.20 (LRT KJ-Ampang Park pegi balik) +RM5 (minyak/day) = RM10.90

Thursday, December 30, 2010

Rio Ferdinand... Rio Ferdinand....

Ucapan tahniah Rio Ferdinand utk team Harimau Malaya!!

Oscar El-Capito signing out!

Hadiah berganda2 di hujung tahun!! walau MALAYSIA 1- INDONESIA 2

Apa lagi cerita paling menarik utk di tulis hari ini melainkan.....


MALAYSIA MENANG PIALA AFF SUZUKI 2010!

...dan bila aku nampak para pemain angkat Piala SUZUKI dan dapat hadiah USD100'000.... kita di tanah air dihadiahkan pula CUTI oleh PM kita selang seharinya! (Jumaat 31 dec). Wah!!, sangat berbaloi rasanya keluar dengan Mrs Nashrina utk tengok dan sokong team Malaysia kat Pakli Sek7 semalam....

Walaupun kalah 2-1 pada Indonesia... Aggregate saja dah cukup utk buat kita menang... Safee Ali & Keeper Khairul Fahmi dah bagi persembahan terbaik walaupun Norshahrul seperti tak berapa diberi peluang utk buat gerakan cantik, counter attack Malaysia masih boleh buat penyokong Indon jd sakit jantung....

Terbaca aku 2-3 artikel masa awal Piala AFF 2010 persoalkan kenapa 'King'gopal hantar team U-23nya dari sepatutnya barisan pemain senior2... membandingkan dgn kegagalan Allan Harris Piala Tiger 2002 sebab gunakan formula yang sama... dan bandingkan dgn kejayaan ke final semasa Piala Tiger 1996 (masih ingat...aku tgk dalam bilik TV blok 'D' Marikh Aspura di SEMESTA dulu..) menggunakan team senior... Tapi, dah terbukti sekarang. "Boys can do a men's job, much better".


Jadi, sekarang peminat bola sepak Malaysia dah boleh tido lena bila standard bola kita dah naik... berbeza pula dgn pemain yang perlu berusaha lebih keras utk terus kekalkan kepercayaan peminat.... Percaya atau tak, kemenangan semalam buatkan rakyat Malaysia makin bersemangat utk dtg kerja esok harinya....


Terima kasih Cuti, Tahniah 'King'gopal, Tahniah Harimau Malaya, Malaysia FIGHTING!

Oscar El-Capito signing out!




picture source : APF photo & http://www.affsuzukicup.com/photos.html

Tuesday, December 28, 2010

Masih Hangat lagi... MALAYSIA 3 - INDONESIA 0

Walaupun write-up ni dah terkemudian 2 hari... tapi cerita kemenangan Team Malaysia pada Indon dalam Piala AFF Suzuki 2010 masih lagi panas!. Gol 3-0 bukan gol yang sikit jika dilihat dari dari pertembungan dgn team Indon yang sebelum ini telah membelasah kita 5-1.

hero-hero muda Harimau Malaya...


Timnas Indonesia yang senior-senior belaka....

Aku yg kali kedua tgk game Team Malaysia (tahun ni) di TV pun agak terpaku dengan kelajuan & kecekapan dalam mengawal bola.... hebat!. Tak sama mcm permainan yang sudah2. Kalau dulu seperti berharap pada seorang dua pemain 'star' utk cipta peluang atau pun mencari jaringan. Tapi team Rajagopal yang asalnya cuma team U-23 ni, dah nampakkan teamwork gameplay & counter attack yang mampu kucar-kacirkan pertahanan lawan- dengan konsisten!.


Cuma otak yg masih skeptikal lagi tentang result... Bolasepak Malaysia selalunya suka bagi harapan dan bila semua org dah mula tumpukan perhatian, persembahan yang hambar dan mengecewakan pasti terjadi.... Diharap team kali ini akan ubah tanggapan aku...!!

World class header....
Tak sangka result bolasepak boleh buatkan kebanyakan rakyat Malaysia tersenyum pergi kerja.... ramai yang lebih bersemangat utk kerja esok harinya. Termasuklah aku. Itulah power of football...

Oscar El-Capito signing out!




picture source:http://www.affsuzukicup.com/photos.html

Friday, December 24, 2010

Dia pakai, Apa yg aku pakai.....


Semalam aku pegi ke Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) utk melawat site yang perlu unit aku beri cadangan renovation.... Sambil menunggu pegawai BSAS untuk escort aku ke bilik Press Conference, aku luangkan masa melihat painting2 & gambar2 di sepanjang corridor tingkat bawah. Kemudian baru aku teringat tentang satu gambar PM & menteri KPKK aku, Dato' Seri Utama. Gambar candid mereka dalam satu majlis formal di Parlimen...

Apa yang menarik perhatian aku cuma benda yang berada di tangan Dato Seri Najib. Kamera DSLR SONY ke tu?.... "Kamera SONY model apa... itu yang kita tak tau tu...." huhuhuhu.

Aku ada pernah terdengar Dato Seri Utama puji sorg staf Kraf yang masa tu tengah guna kamera Nikon sambil katakan kamera itu bagus..... Ntah2 Dato Seri Najib pula kata pada Dato Seri Utama, kamera SONY lagi bagus... keh keh keh....

So, bila org paling penting & tersohor negara dah pilih DSLR SONY.... hehehe. Rasanya inilah mileage utk pengguna kamera SONY berbanding Nikon atau Canon....

Oscar El-Capito signing out!




Saturday, December 18, 2010

RUMAH BALIK LIMAH KAK HANTU ko!

YeaY! Akhirnya ada jugak topik baru yg aku nak tulis... tapi bukanlah semata nak mengkomen cerita baru Mamat Khalid tu... tapi lebih kepada offer isteri aku utk tengok wayang, selepas mendapat briefing tentang tugasan paling last minute yang pernah aku terima- dan kene terima. (movie last aku tgk di cinema adalah INCEPTION) YeaY!

OK, sekarang isunya adalah cerita Mamat Khalid itu sendiri - Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Ada 5 bende yang mempengaruhi utk tgk cerita ini...
1) Bila aku dgr cite ini sambungan pada Mamat Khalid's Zombi Kg Pisang.
2) Bila aku sendiri nampak sendiri poster HKLBR kat depan KFC Ampang Park... (terus selera gi KFC tu utk lunch)
3) Bila aku 'ter'tgk trailer Awie tgh menyanyi lagu 'Cinta Kristal' pada Ummi Nazeera di Youtube.
4) Bila aku asyik dengar org kata HKLBR lagi best dari Ngangkung (Ngangkung aku pun tak tgk lg).
5) Bila aku asyik terbaca status FB berbunyi "Cer cherita cer cherita"- mesti penangan HKLBR.

So, ajakan isteriku utk tgk wayang terus disusuli dgn cadangan nonton filem ini... long story cut short-
Yeah! cite ni kalau develop jadi cite hantu betul... aku pun akan tutup mata tengok celah jari. Segala mood seram dlm cerita ini menjadi.... (terbalik pulak dgn mood seram Ponti Sundal Mal yg tak menjadi walau selepas 100x tgk). Rambut mengerbang, berdiri tegak, tak perlu menyergah- dah cukup utk karekter Kak Limah jadi menyeramkan. Dan bila akhirnya aku tau yg Kak Limah hanyalah org gila, aku pulak yang jadi kecewa (jadi inilah org giler yg betul2 menyeramkan). Kelibat2 pelakon lama Zombie Kg Pisang juga dah cukup utk tahu Mat Khalid mahukan impak yang sama seperti ZKP- dan itu berjaya. Tambahan adanya Johan!


Apa yang aku nantikan sama seperti ZKP adalah part Usin menyanyi!- kalau dulu lagu Search 'Kejora', sekarang lagu 'Cinta Kristal'. Suara Awie memang tak bleh dipertikailah.. tapi cara Usin nyanyi dan komposisi musiknya betul2 kena dengan cerita ini...dan kedua2 lagu itu akan menjadi Top Song utk aku berkaraoke kelak. Aku harap ini akan jadi trademark Mat Khalid utk series filem Zombie seterusnya...

Mesej ala2 komuniti servicenya taklah seperti drama Gerak Khas. Tapi diselit2 dicelah2 plot... sama seperti Man Laksa, ZKP dan Di Kala Bulan Mengambang..

Tapi yang tak sedapnya, selang beberapa scene yg ada Che Nin, aku dah mula rasa yang dia tu sebenarnya hanya hantu yg menghantui Usin. Aku tak nampak Mat Khalid cuba sembunyikan watak hantu Che Nin sebagai klimaks di akhir cerita.... Oleh itu, aku dah tak suprise bila Pak Jabit explain pada Usin yang anaknya telah mati....

Akhir komen aku - Kalau dibaca dari Blog Tempurung Pecah itu sendiri: cerita HKLBR ini sebenarnya adalah kisah benar!... Patutlah seramnya menjadi. Tapi bagi aku, sequel ini taklah se'hype' ZKP. Kadang2 terasa seperti nonton filem komedi seram ala Pi Mai Pi Mai Tang Tu aja. Sebagai peminat Zombi Kg Pisang, pasti aku akan terus menunggu sequel seterusnya- Zombi Kilang Biskut utk lengkapkan trilogy Zomba Mamat Khalid dan aku tetap menunggu apakah lagu yang Usin akan nyanyikan pulak nanti.

Tabik tetap tabik pada Mamat Khalid... Karyamu sentiasa akan menjadi cult dikemudian hari!


"Enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas.... enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas..."
sambil menari poco-poco

Oscar El-Capito signing out!




all picturs belong to their respective owner, some are mine!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...