Saturday, May 4, 2013

Semangat PRU 13....!!!

Semalam aku hantar Cik Puan Neena & Taisha ke LCCT... Kali ini, Neena akan mengundi di Labuan sama macam PRU yang lepas (dia belum mahu tukar alamat untuk mengundi di semenanjung...) dan aku pula akan mengundi di kampung aku- Tebuk Pulai Sabak Bernam. So, Kali ini Taisha akan follow nina.... Kami terpaksalah berpisah sementara untuk 2 hari semata-mata untuk PRU ke-13.

Ini kali... (ini kali?... lain kali!) Aku tak ikut Lebuhraya Elite untuk ke KLIA/LCCT seperti biasa, kerna ada satu lokasi yang aku perlu singgah.... lebih-lebih lagi sebelum pilihanraya hujung minggu ini...

Lokasi 'Wajib Singgah' aku kali ini adalah di bawah fly-over terbengkalai di Lintasan Dengkil By-Pass...

Tu dia!!!.... Tada.... Satu lagi artwork graffiti Malaya Heroes by MINISTRY of ///ABSTRAX ™. Aku rasa graffiti yang mereka buat kali ini, lebih besar dari artwork mereka berhampiran Sungai Kelang & Stesen LRT Pasar Seni. Graffiti yang boleh dilihat dari dalam LRT..... seperti di bawah!

MALAYA HEROES PROJEKT at KLAN RIVERBANK, CM taken from www.mediumtouch.com

Minggu lepas, aku dah lalu di bawah fly-over ini dan artworknya masih belum disiapkan lagi. Kelibat artis grafitti- Medea (kalau tak silap akulah, sebab aku pernah tengok Medea siapkan artwork grafitti di kedai bawah rumah aku...) masih lagi memanjat tangga untuk menyiapkan mural TGNA. Mural Tun pula adalah hasil kerja Yumz- nama dari signature yang ada di bawah mural Tun.

Maybe memang sudah datelinenya sebelum PRU-13, maka bila aku lalu di bawah fly-over ini semalam, semuanya dah settle!. So, sesuai dengan persinggahan aku, kami sempatlah berposing sesuai dengan kehangatan PRU beberapa hari lagi....


~ ~ ~ ~ ~

Dan sebagai anak kelahiran zaman Tun, mural Pop-Art Tun Mahathir ini menjadi favorite aku!!... dan Taisha...!!

Inilah bukti semangat kami untuk turun mengundi esok....!! Tak sabar aku.... So, buatlah pilihan yang bijak semasa mengundi!!! Haha. Kudos to Medea, Yumz & Ministry of Abstrax. You all had done a great job... as always...
Selamat mengundi semua!

#PRU13 #BetterNation

Oscar El-Capito signing out!




2 comments:

  1. Replies
    1. Wooh!!.. serius?.... sapa yang padam?... (bro, u ni ke yang buat mural CheDet tu??)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...