Bila Taisha jumpa pensel, dia akan capai dengan tangan kanannya... dan terus menconteng kertas....
Disebabkan aku dan Cik Puan Neena bukanlah pasangan kidal, jadi hanya 2% sahaja untuk Taisha berkemungkinan jadi seorang kidal.... Kalau tengok pada pusar rambut (mengikut arah jam) juga tak menunjukkan Taisha akan jadi seorang kidal.
Bila aku tengok Taisha dah mula petah mengomel sorang-sorang, juga buatkan aku tak risau yang dia akan jadi seorang yang kidal. Budak yang petah bercakap akan banyak mengaktifkan otak kirinya dan menjadikan ia dominan kanan- otak kanan lebih kepada logikal dan verbal
Gambarajah Peranan Otak Kiri & Kanan |
sedikit info menarik yang aku nak kongsikan pasal kidal yang aku ambik dari DailyInfoGraphic
Samada kiri atau kanan, asalkan Taisha jadi seorang yang bijak & solehah... kami tak kisah.. In-sya-Allah
Oscar El-Capito signing out!
pictures belong to their respective owner and some are mines....
No comments:
Post a Comment