Apa yang lebih cool selain dari ofis yang berada dalam tempat yang kita impikan setiap hujung minggu ??~~ lebih-lebih lagi paintballer tegar macam aku.... Mimpikan ofis dalam padang paintball?... So this is it!!
Yup! Untunglah kalau ada paintballer yang bekerja di Ofis Kraftangan Cawangan Johor. Bangunan pejabat Kraftangan Johor memang berada dalam kawasan Woodballer Johor Paintball Valley yang juga beralamatkan Kompleks Kraftangan Cawangan Johor. Hanya 'safety net' yang dipasang memisahkan antara kawasan bertempur dengan bangunan pejabat.
Kraftangan cawangan di sini memang menjadi salah satu lokasi lawatan dari orang luar selain dari para 'weekend warrior'. Paintball juga sudah jadi sebahagian dari aktiviti dalam lawatan sambil belajar ke Kompleks Kraf.
Aku juga tahu yang staff di sini menjadikan paintball sebagai aktiviti riadah di antara mereka. Bagus rasanya... Take a break from norm....
Ada yang mencari masa yang sesuai untuk berpaintball di hujung minggu, tapi tidak bagi mereka.... (walaupun bukanlah main setiap hari..)
Walaupun woodball bukan lah part of paintball game yang aku gilakan.... tapi aku tau rasa puasnya bila semua orang take part & enjoy every single minute of the game... lebih-lebih lagi casual game antara staff dengan boss yang selalu mereka adakan....
Selain bekerja sebagai operator atau di padang paintball sendiri, inilah tempat kerja yang diimpikan oleh paintballer sekalian.. terutama Woodballer tegar.... hehehe. Bagi Speedballer tegar macam aku, aku rela lagi bekerja di sekitar Kuala Lumpur...
Oscar El-Capito signing out!
Picture source- Kraftangan Caw. Johor Blog
Some are my personal collection
No comments:
Post a Comment