Friday, November 23, 2012

Piala AFF2012; Selamanya Harimau Malaya



2 tahun lepas kita paling hebat!!!... Tahun ini pun sepatutnya kita masih hebat!!

Lagi 2 hari Team MALAYSIA a.k.a Harimau Malaya akan mulakan kempen untuk pertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenanginya 2 tahun lepas.... Memang benar, pertahankan kejuaraan lagi susah dari memburu kejuaraan. Nak menang kita kene ada motivasi yang cukup tinggi, tapi nak kekalkan kemenangan perlu ada tambahan kepada kekuatan mental selain dari movitasi yang sedia ada....---> lebih streeeessss pok!! (pengalaman strees dalam main paintball boleh diguna pakai ke?)


Edisi kali ini Malaysia & Thailand dipilih menjadi penganjur bersama dengan Stadium National Bukit Jalil & Stadium Rajamangala, Bangkok menjadi main venue. Stadium Shah Alam & SCG Stadium, Nonthaburi pula menjadi secondary venue dalam tournament kali ini.

Team Harimau Malaya telah pun diundi di dalam kumpulan B bersama Indonesia, Singapura, dan Laos(tempat kedua dalam sesi kelayakan) dan perlawanan pertama kita, Ahad ini 25th November 2012 menentang team yang singkirkan kita dikelayakkan Piala Dunia tahun lepas- Team Singapura.

Edisi lepas, minat aku pada tourney ini datang agak lewat bila Malaysia berjaya kalahkan Indonesia 3-0 selepas mereka membelasah kita 5-0 dalam pertembungan peringkat kumpulan.... dan seterusnya menjadi Juara buat kali pertamanya.... Tapi kali ini, minat aku datang lebih awal. Alhamdulillah.... Memang gelombang Harimau Malaya di negara kita agak kuat sejak 2 tahun kebelakangan ini. Menang pasti dijulang, kalah habis kene sailang...

In-sya-Allah, Aku masih percaya Harimau Malaya masih punya taringnya...
AFF2012 Probability Theory akan menyusul kemudian.....

Ayoh!!! Kita beli tiket Final awal-awal..... dengan siapa kita jumpa di Final nanti, ituuuuuu kita tak perlu tahu... Tapi yang paling penting- Kami Mahu CUTI PERISTIWA!!!! Hahahaha

So, Let get the ball rolling..... Selamanya Harimau Malaya!!! Selamanya Suzuki Swwwifttt!! (errk!)

#SELAMANYAHARIMAUMALAYA

Oscar El-Capito signing out!




pictures belong to their respective owner

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...