Thursday, December 30, 2010

Rio Ferdinand... Rio Ferdinand....

Ucapan tahniah Rio Ferdinand utk team Harimau Malaya!!

Oscar El-Capito signing out!

Hadiah berganda2 di hujung tahun!! walau MALAYSIA 1- INDONESIA 2

Apa lagi cerita paling menarik utk di tulis hari ini melainkan.....


MALAYSIA MENANG PIALA AFF SUZUKI 2010!

...dan bila aku nampak para pemain angkat Piala SUZUKI dan dapat hadiah USD100'000.... kita di tanah air dihadiahkan pula CUTI oleh PM kita selang seharinya! (Jumaat 31 dec). Wah!!, sangat berbaloi rasanya keluar dengan Mrs Nashrina utk tengok dan sokong team Malaysia kat Pakli Sek7 semalam....

Walaupun kalah 2-1 pada Indonesia... Aggregate saja dah cukup utk buat kita menang... Safee Ali & Keeper Khairul Fahmi dah bagi persembahan terbaik walaupun Norshahrul seperti tak berapa diberi peluang utk buat gerakan cantik, counter attack Malaysia masih boleh buat penyokong Indon jd sakit jantung....

Terbaca aku 2-3 artikel masa awal Piala AFF 2010 persoalkan kenapa 'King'gopal hantar team U-23nya dari sepatutnya barisan pemain senior2... membandingkan dgn kegagalan Allan Harris Piala Tiger 2002 sebab gunakan formula yang sama... dan bandingkan dgn kejayaan ke final semasa Piala Tiger 1996 (masih ingat...aku tgk dalam bilik TV blok 'D' Marikh Aspura di SEMESTA dulu..) menggunakan team senior... Tapi, dah terbukti sekarang. "Boys can do a men's job, much better".


Jadi, sekarang peminat bola sepak Malaysia dah boleh tido lena bila standard bola kita dah naik... berbeza pula dgn pemain yang perlu berusaha lebih keras utk terus kekalkan kepercayaan peminat.... Percaya atau tak, kemenangan semalam buatkan rakyat Malaysia makin bersemangat utk dtg kerja esok harinya....


Terima kasih Cuti, Tahniah 'King'gopal, Tahniah Harimau Malaya, Malaysia FIGHTING!

Oscar El-Capito signing out!




picture source : APF photo & http://www.affsuzukicup.com/photos.html

Tuesday, December 28, 2010

Masih Hangat lagi... MALAYSIA 3 - INDONESIA 0

Walaupun write-up ni dah terkemudian 2 hari... tapi cerita kemenangan Team Malaysia pada Indon dalam Piala AFF Suzuki 2010 masih lagi panas!. Gol 3-0 bukan gol yang sikit jika dilihat dari dari pertembungan dgn team Indon yang sebelum ini telah membelasah kita 5-1.

hero-hero muda Harimau Malaya...


Timnas Indonesia yang senior-senior belaka....

Aku yg kali kedua tgk game Team Malaysia (tahun ni) di TV pun agak terpaku dengan kelajuan & kecekapan dalam mengawal bola.... hebat!. Tak sama mcm permainan yang sudah2. Kalau dulu seperti berharap pada seorang dua pemain 'star' utk cipta peluang atau pun mencari jaringan. Tapi team Rajagopal yang asalnya cuma team U-23 ni, dah nampakkan teamwork gameplay & counter attack yang mampu kucar-kacirkan pertahanan lawan- dengan konsisten!.


Cuma otak yg masih skeptikal lagi tentang result... Bolasepak Malaysia selalunya suka bagi harapan dan bila semua org dah mula tumpukan perhatian, persembahan yang hambar dan mengecewakan pasti terjadi.... Diharap team kali ini akan ubah tanggapan aku...!!

World class header....
Tak sangka result bolasepak boleh buatkan kebanyakan rakyat Malaysia tersenyum pergi kerja.... ramai yang lebih bersemangat utk kerja esok harinya. Termasuklah aku. Itulah power of football...

Oscar El-Capito signing out!




picture source:http://www.affsuzukicup.com/photos.html

Friday, December 24, 2010

Dia pakai, Apa yg aku pakai.....


Semalam aku pegi ke Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) utk melawat site yang perlu unit aku beri cadangan renovation.... Sambil menunggu pegawai BSAS untuk escort aku ke bilik Press Conference, aku luangkan masa melihat painting2 & gambar2 di sepanjang corridor tingkat bawah. Kemudian baru aku teringat tentang satu gambar PM & menteri KPKK aku, Dato' Seri Utama. Gambar candid mereka dalam satu majlis formal di Parlimen...

Apa yang menarik perhatian aku cuma benda yang berada di tangan Dato Seri Najib. Kamera DSLR SONY ke tu?.... "Kamera SONY model apa... itu yang kita tak tau tu...." huhuhuhu.

Aku ada pernah terdengar Dato Seri Utama puji sorg staf Kraf yang masa tu tengah guna kamera Nikon sambil katakan kamera itu bagus..... Ntah2 Dato Seri Najib pula kata pada Dato Seri Utama, kamera SONY lagi bagus... keh keh keh....

So, bila org paling penting & tersohor negara dah pilih DSLR SONY.... hehehe. Rasanya inilah mileage utk pengguna kamera SONY berbanding Nikon atau Canon....

Oscar El-Capito signing out!




Saturday, December 18, 2010

RUMAH BALIK LIMAH KAK HANTU ko!

YeaY! Akhirnya ada jugak topik baru yg aku nak tulis... tapi bukanlah semata nak mengkomen cerita baru Mamat Khalid tu... tapi lebih kepada offer isteri aku utk tengok wayang, selepas mendapat briefing tentang tugasan paling last minute yang pernah aku terima- dan kene terima. (movie last aku tgk di cinema adalah INCEPTION) YeaY!

OK, sekarang isunya adalah cerita Mamat Khalid itu sendiri - Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Ada 5 bende yang mempengaruhi utk tgk cerita ini...
1) Bila aku dgr cite ini sambungan pada Mamat Khalid's Zombi Kg Pisang.
2) Bila aku sendiri nampak sendiri poster HKLBR kat depan KFC Ampang Park... (terus selera gi KFC tu utk lunch)
3) Bila aku 'ter'tgk trailer Awie tgh menyanyi lagu 'Cinta Kristal' pada Ummi Nazeera di Youtube.
4) Bila aku asyik dengar org kata HKLBR lagi best dari Ngangkung (Ngangkung aku pun tak tgk lg).
5) Bila aku asyik terbaca status FB berbunyi "Cer cherita cer cherita"- mesti penangan HKLBR.

So, ajakan isteriku utk tgk wayang terus disusuli dgn cadangan nonton filem ini... long story cut short-
Yeah! cite ni kalau develop jadi cite hantu betul... aku pun akan tutup mata tengok celah jari. Segala mood seram dlm cerita ini menjadi.... (terbalik pulak dgn mood seram Ponti Sundal Mal yg tak menjadi walau selepas 100x tgk). Rambut mengerbang, berdiri tegak, tak perlu menyergah- dah cukup utk karekter Kak Limah jadi menyeramkan. Dan bila akhirnya aku tau yg Kak Limah hanyalah org gila, aku pulak yang jadi kecewa (jadi inilah org giler yg betul2 menyeramkan). Kelibat2 pelakon lama Zombie Kg Pisang juga dah cukup utk tahu Mat Khalid mahukan impak yang sama seperti ZKP- dan itu berjaya. Tambahan adanya Johan!


Apa yang aku nantikan sama seperti ZKP adalah part Usin menyanyi!- kalau dulu lagu Search 'Kejora', sekarang lagu 'Cinta Kristal'. Suara Awie memang tak bleh dipertikailah.. tapi cara Usin nyanyi dan komposisi musiknya betul2 kena dengan cerita ini...dan kedua2 lagu itu akan menjadi Top Song utk aku berkaraoke kelak. Aku harap ini akan jadi trademark Mat Khalid utk series filem Zombie seterusnya...

Mesej ala2 komuniti servicenya taklah seperti drama Gerak Khas. Tapi diselit2 dicelah2 plot... sama seperti Man Laksa, ZKP dan Di Kala Bulan Mengambang..

Tapi yang tak sedapnya, selang beberapa scene yg ada Che Nin, aku dah mula rasa yang dia tu sebenarnya hanya hantu yg menghantui Usin. Aku tak nampak Mat Khalid cuba sembunyikan watak hantu Che Nin sebagai klimaks di akhir cerita.... Oleh itu, aku dah tak suprise bila Pak Jabit explain pada Usin yang anaknya telah mati....

Akhir komen aku - Kalau dibaca dari Blog Tempurung Pecah itu sendiri: cerita HKLBR ini sebenarnya adalah kisah benar!... Patutlah seramnya menjadi. Tapi bagi aku, sequel ini taklah se'hype' ZKP. Kadang2 terasa seperti nonton filem komedi seram ala Pi Mai Pi Mai Tang Tu aja. Sebagai peminat Zombi Kg Pisang, pasti aku akan terus menunggu sequel seterusnya- Zombi Kilang Biskut utk lengkapkan trilogy Zomba Mamat Khalid dan aku tetap menunggu apakah lagu yang Usin akan nyanyikan pulak nanti.

Tabik tetap tabik pada Mamat Khalid... Karyamu sentiasa akan menjadi cult dikemudian hari!


"Enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas.... enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas..."
sambil menari poco-poco

Oscar El-Capito signing out!




all picturs belong to their respective owner, some are mine!

Monday, December 13, 2010

Tuesday, December 7, 2010

Ini adalah trial posting dari IPAD iki...

Gambar ni yg aku upload dari PC biasa....

Ok, page blogspot ni masih boleh buka... Boleh log-in tp, malangnya tak boleh nk compose cara biasa... terpaksa edit dari HTML.. Lemah!.. Bila dah preview, widget counter pun tak nampak...

Gambar pun xboleh nk upload, di sebabkan xboleh baca java script.... Huhuhuhu,
terasa pulak yang iPad ni IMBA lah sebenarnya...

Wednesday, December 1, 2010

Selamat Bulan December...

Captain's log, Stardate: 01.12.2010 - 9:00 pagi

Dah bulan terakhir ni... lagi 31 hari utk 2011

Hujung tahun ni mesti ramai yg bercadang nak habiskan cuti lah.... yg ada anak2 mesti ambik cuti panjang nak bawa mereka jalan2... alang2 cuti sekolah... tapi yang takde anak mcm aku lagi, tepikir nk curi2 cuti utk aku & isteri lah.. (kenapa curi2, sebab apply cuti kalau tgk mcm xde event yg mengejut aje...).

Semalam satu masalah baru dah melanda... IPAD! On the way pegi opis, aku dah dgr BFM 89.9 announce Ipad dah officially lunch kat Malaysia & harganya the cheapest in the region(di dunia mungkin?)... Huhuhu.. apa lagi alasan utk aku tak beli?... walaupun rumors Ipad2 (gen2) dgn camera akan keluar tahun depan, itu belum lagi cukup utk racun otak aku utk tidak beli Ipad Gen1 ni... tghhari tu aku terus recce Machine di KLCC - taklah seramai mcm dibayangkan...

Apple Store IFC Mall, Lujiazui dan aku..

Actually, utk melengkapkan koleksi Apple Gen1 aku... Aku mesti juga dapatkan Ipad ini. Sebelum ni aku dah ada Ipod Nano Gen1, Ipod Touch Gen1 & kali ni mungkin Ipad Gen1. Tapi, utk dptkannya... pasti akan effect budget utk benda2 lain (termasuk next year paintball stuff kot...). Ini bemakna aku kene buat mesyuarat kabinet dapur kt meja makan utk bentangkan perbelanjaan tahun depan.

Bulan ni juga xmcm bulan Dec tahun2 lepas- xde cuti2 yg berturut. Tahun lepas, 4 minggu berturut2 cuti jatuh pada hari jumaat.. bermula dgn Besdey Sultan Selangor, Awal Muharram, Krismas & New Year... tapi tahun ni malang sebab semua cuti jatuh hari Sabtu!!! sungguh merugikan!! Cuti sgt bermakna utk org yang mcm aku, yang tak luak2 dgn cuti tahunan yang ada 48 hari lagi....

So December ni lebih kepada review kepada apa yg dah family kecil aku buat 11 bulan lepas & prepare apa yang kami nak buat lagi 12 bulan akan datang....


"Life can only be understood backward. It must be lived forward."
The Curious Case of Benjamin Button
Oscar El-Capito signing out!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...