Monday, March 5, 2012

Tips Selamatkan Handphone Selepas Tenggelam....

Topik harini:-

Tips Selamatkan Handphone Anda Selepas Tenggelam Dalam Air

1) Segera keluarkan dari air.
2) OFFkan handphone dgn menanggalkan bateri.
3) Keluarkan simcard, dan memori kad.
4) Cuba keringkan bahagian yang masih kelihatan berair.
    (dan yang mudah dilap menggunakan tuala. dsb)
5) Kemudian masukkan hanphone anda tadi ke dalam bekas berisi beras.
6) Biarkan henset tertimbus didalam beras selama 1 hari (lagi lama lagi bagus)
7) Selepas sehari (atau lebih) bolehlah dicuba untuk ON atau pun charge semula.


InsyaAllah kalau tak serius, handphone tadi boleh digunakan semula..... Beras tadi akan menyerap segala kelembapan yang ada didalam handphone anda... ini Tips saja

Selamat Berjaya....



Tapi, Selamat berjaya tu, untuk yang sempatlah. Malangnya handphone Blackberry Curve 9330 aku tak sempat diselamatkan.... Kejadian malang itu terjadi semasa Hari Keluarga Ibu Pejabat di IKN, tempoh hari.... Black March berulang lagi untuk tahun ini.....

Jatuh dari kocek aku, aku nampak lagi screen display masih menyala di dalam longkang.... Aku berat hati pulak nak seluk tangan dalam air longkang yang berminyak-minyak dari kantin sebelah.... Nak saja aku biarkan dia mati lemas di dalam longkang sana.

Tapi terkenangkan aku tiada BB kemudian hari, aku selam jugaklah tangan aku. Keluar saja dari longkang, terus aku basuh di singki (Basuh handphone ke bang??!!). Aku try lap dan biarkan dalam kereta kepanasan.(kononnya biarkan ia keringlah..)

Esoknya aku cuba ON kan, tapi mungkin masih ada air didalam. Trackpad nya terus rosak. Setiap kali aku sentuh Optical Trackpadnya, screen akan freeze dan handphone Curve aku jadi hang!.

Sebabkan aku tak buat research tips menyelamatkan handphone yang dah tenggelam, BB Curve aku tak dapat diselamatkan...  Jadi, selamat tinggallah Curve.... Selamat tinggal BB.... Aku terpaksa awetkan ko seperti handphone aku yang terdahulu....

Oscar El-Capito signing out!




p/s: WELCOME to NEW BB!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...