Lelaki mempunyai 9 akal,tetapi hanya 1nafsu,manakala wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal.. betul ker?
sebaik-baik kejadian Allah adalah manusia yng mempunyai 4 unsur mutlak iaitu AKAL, NAFSU, ROH,dan JASAD yang menjadikan manusia itu mukallaf tetapi hakikatnya,manusia hanya mempunyai 1 akal, 1 nafsu, 1 roh, dan 1 jasad.cuma setiap unsur ini akan Tuhan berikan kelebihan masing-masing berdasarkan anugerah Tuhan sesuai dengan manusia itu. contohnya Akal,akal satu tetapi kebolehan akal dalam bentuk IQ ada 6 kategori atau peringkat.
(1) Genius atau Abqari kekuatan berfikir yang luar biasa.
(2) Cerdik dalam 10 adalah satu
(3) Cerdik Biasa ramai
(4) IQ Biasa ramai didunia
(5) Bodoh
(6) Dungu
jadi,apa yang didengari selama ini adalah hanya unsur-unsur untuk mendidik manusia semata-mata, mungkin penyampaiannya sahaja yang kita susah nak faham,Samada kaum lelaki atau wanita,kedua-duanya mempunyai akal dan nafsu yang sama.hanya yang membezakan manusia adalah peringkat-peringkat anugerah Tuhan sahaja.
ini bermakna kenyataan tersebut tidak tepat.Kalau ada riwayat pun ianya adalah bersifat mendidik, nak menggambarkan bahawa wanita itu sepatutnya lebih menjaga diri/maruah mereka dari kaum lelaki. Itu maksud tersiratnya.Dan lelaki pula diperintah menggunakan akal mereka yang dikatakan 7 itu untuk menimbang baik dan buruk perbuatan mereka.Wallahu'alam..(petikan perbincangan jumaat)
Maka, bermulalah ceritera dugaan ujian yang Allah telah berikan pada aku, dari awal aku mengandung..Aku telah diuji 4 bulan pertama preggyku dengan simptom2 yang aku panggil...the whole day sickness...sepanjang 4 bulan.Aku redha dan berjaya menerima sakit perit tu.
Kemudian trisemester kedua kali ni aku tidak diuji dengan dugaan tapi diberikan rezeki lebih..dimana aku berjaya membuka kedai aku sendiri bubble tea..hasil usaha aku sendiri dan bantuan kewangan hehehe...babah selepas pujuk rayu muka manis...kat babah..akhirnya aku berjaya membuka kedai bubble tea aku..love u coolblog..
Kini masuk trisemeter ketiga, dugaan aku yang tengah sarat mengandung hanya menunggu lagi sebulan untuk bersalin, Allah telah menguji aku dengan dugaan yang kedua paling besar aku tempuhi, dengan emosi aku yang sangat terganggu dengan keadaan aku dan bentuk badan aku yang jauh telah berubah kini aku diduga pulak dengan 1 lagi ujian dalam adat perkawinan....aku cuba redha dan terima semua dugaan yang perit untuk aku terima,aku percaya yang luka hati aku akan pulih tapi calarnya tetap ada sampai bile-bile, Aku cuba menenangkan hati mohon agar anak dalam kandunganku sihat sepanjang penerimaan dugaan aku..aku mohon cuba untuk menerima kesalahan orang lain dan kesalahan diri aku sendiri dan redha dengan segala2nya seperti aku redha dengan dugaan yang paling dasyat aku terima tahun lepas. Apa yang aku cuba fikirkan, kuasa Allah sangatla besar dan ada hikmahnya..DIA memberikan aku rezeki yang aku boleh mengandung hasil kasih sayang aku dengan suamiku...dan skali lagi aku diberi rezeki lebih hasil dari perniagaanku..aku sangat bersyukur kerana semua masalah kewangan aku telah selesai tapi hikmah disebalik rezeki aku aku telah diuji plak dengan masalah dalam perkawinanku..pendekkan cerita...Allah bagi lebih rezeki die amik pulak rezeki lain plak untuk menguji aku, dan aku boleh menerima dugaan ini..walaupun lukanya akan bercalar sampai bila2..tapi itulah lumrah hidup manusia..tiada manusia yang sempurna sifat zahir dan batinnya...dan sekarang aku cuba memujuk hatiku..untuk menerima semua dugaan ini......dengan kedatangan ahli baru dalam hidupku bulan depan,
masih banyak tanggungjawap perlu aku laksanakan, dan aku mohon permudahkan segala urusan dan waktu bersalinku dengan selamat sekurang2nya sempat aku menjaga anak kandung aku sendiri nanti....Amin...
No comments:
Post a Comment