Friday, May 29, 2009

Posting pertama..... Apekah itu Designer.

(Tatkala aku sedang menaip nih... aku sedang memasang telinga pada perbalahan jiran sebelah yang berbincang bagaimana nak tambah 'sumthing' pada satu produk ni...)

Otak aku yg bergelora nih, memanglah akan bertalu-talu menyoal diri sendiri.... "apa gunanyer designer bila design kita boleh diubah sesuka hati mengikut selera org lain....", sedangkan yang design yang diminta ubah bukannya proto-type... tp finish product. bg aku Finish product disini bermakna sesuatu yg dikeluarkan utk tujuan mass production.

Dan kerap kali pereka2 ini akan mengikut saja apa yang diminta... apa yang diubah. mereka ikut saja....

Situasi ini dah menjadi habit di tempat aku...

Pelik klu difikirkan yang pereka2 ini bukan calang-calang org... jika dilihat zahirnya mereka yg terbaik dalam bidang masing2.... sepatut mereka pertahankan apa yg mereka lahirkan...

Tapi bila tengok mereka menurut sahaja apa yg diminta; mulalah aku bertanya2 lagi "adakah mereka designer atau mereka supplier? supply saja apa yg diminta..., lupakan saja tentang tidak tidur 3 hari utk mencari idea, tapi yg penting penuhi kehendak mereka...." "relakan org lain mengarahkan ideanya diserap masuk kedalam hasil kerja mereka, sesuka hati...??" "atau pun memang sebenarnya mereka xtau apa yg mereka design...??"

bagaimana yang dikatakan designer bermaruah??... maruah pada ideakah? or maruah pada hasil kerjanya?.... jika aku bertanya siapakah dia designer... nampak seperti seseorg yang asyik mencari salah org lain, tanpa menyedari aku pun tergolong dlm entiti yang sama.... baik aku mula persoalkan apekah itu designer....


wassalam....

"Everyone designs who devises courses of action aimed at changing existing situations into preferred ones....."
Herbert Alexander Simon



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...