Yeah!! semalam aku jejakkan kaki ke pejabat Kementerian baru aku.... Dulunya aku bersama dengan KPKK (Kementerian, Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan....) dan selepas kabinet baru dibentuk selepas pilihanraya, Kraftangan Malaysia telah diletakkan di bawah kementerian MOTAC a.k.a Ministry of Tourism & Culture Malaysia. Gabungan sektor pelancongan & kebudayaan....
Inilah pertama kali aku masuk ke lobi bangunan MOTAC di Precinct 5, Putrajaya atau nama bangunan yang lebih spesifiknya- Lot 5G2 dan aku terkejut dengan apa yang ada di ruang lobinya....