Thursday, September 9, 2010

Tragedi 2 hari sebelum RAYA...

Captain's log, Stardate: 08.09.2010 - 4:00 petang

Aduh...... aduh... aduh duh duh duh duh....

Bila dah terpusing 180 degree dalam hujan masa nak masuk highway ELITE dari Cyberjaya (baru balik dari Seri Perdana, Putrajaya), aku dah rasa mcm tak beraya tahun ni.... lagi2 bila terdengar bende meletup dari sebelah tayar kiri. Tak terfikir masa tu klu ada kereta dari belakang, mau2 kereta aku dihentam dari belakang pulak.... Kereta aku pun stop berpusing lepas menghentam divider.


"abg ok ke bang??", tanya sorang yg melalu sebelah kereta BenJaMin 5011 aku. "Belum tau lagi... belum tau lagi...", aku jawab sebab aku tak tau yg dia tanya tu pasal keta BenJaMin aku atau pasal aku.... terus aku keluar utk pastikan kereta aku masih boleh jalan lagi atau tak.... Alhamdulillah, tayar depan dua-dua masih OK... Sambil2 aku bawa A550, aku pun snaplah gambar2 kenang-kenangan sebagai peringatan di hari kemudian...

So far, kereta masih boleh jalan... tapi break dah tak berapa grip. Tayar pun dah kurang bunga... Fender pulak dah bergesel dgn tayar, terpaksa aku kopek sikit... Aku dah rasa berat nak terus balik kampung (Sabak)... tapi bila dpt msg dari mama- "dah sampai mana?", Gagahkan jugalah... Takde hal lah, seorang mat rempit kereta sejati takkan patah semangat klu setakat kemek kecil... Colin McRea, dgn rim pun dia boleh habiskan race sampai finish line... hahaha


BenJaMin, BenJaMin... kenapalah ko yang mintak duit raya kat aku tahun ni... aku pun tak beli baju raya lagi... tapi ko dah mintak body baru plak... BenJi BenJi...

Oscar El-Capito signing out!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...