Dalam masa 2 minggu itu, sempat juga 2-3 event menyelit di tengah2nya... Tenun Pahang Di Raja & Jamuan Negara di Seri Perdana,Putrajaya...
So, 2-3 hari sebelum ade lagi event yang tak dijangka2, eloklah kiranya aku mula berblog semula pasal benda yang aku dah lalui di Shanghai tempoh hari..
Hmmm... mana nak start. aku lebih suka menulis tentang World Expo berbanding survival aku di Shanghai.. Lebih-lebih lagi tentang pavilion negara kita- Pavilion Malaysia. Semenjak aku diminta buat sedikit design utk ruang Craft of Malaysia, aku mula mengikuti secara jauh (kerana KPKK tak terlibat sepanjang construction period) perkembangan pembinaan Pavilion Malaysia di sana. Melihat pada proposal asal dan perbincangan semasa aku di Shanghai tempoh hari, aku yakin hanya 60%-70% sahaja mengikut seperti yang dicadangkan.
Apa yang pasti, rekabentuk rumah minangkabau itu takkan banyak berubah, tapi bagaimana pula dari segi appearance nya??. Apa yang aku maksudkan- architectural appearance yang asalnya menampakkan kombinasi seimbang/harmoni antara bentuk tradisional dan segala latest tech/gadget yang akan digunakan. Tapi pada finish product nya- selalu menghasilkan suatu objek yang boleh dikatakan distort, pelik, aneh dan yang paling tepat - ROJAK... (perkara yang biasa aku hadapi dan aku dah immune dgn perkara mcm ni).
Malas aku nak pertikaikan kenapa dipilih rumah minangkabau? Apa kaitannya tema "1Malaysia: Harmonised City Living" dgn minangkabau?...dan bermacam2 lagi persoalan kerana aku beranggapan semua itu telah dibincang oleh "para bijak pandai" dan keputusan yang diambil pasti atas keputusan "bijak pandai" bersama.
Acara peringkat antarabangsa (bermaksud antara bangsa-bangsa di dunia) sebesar World Expo, apa saja hasilnya pasti akan menunjukkan kita sebenarnya berada di'bangsa' mana. Lebih2 lagi di antara 190 negara yg terlibat dalam expo kali ini. Tetapi, ini cuma anggapan aku sahaja sebelum aku sendiri melihat depan mata apa yang sebenarnya terjadi di sana...
So, setelah tiba masanya, aku pun dihantar kesana dan inilah hasilnya....
Hmmm.... benar apa yang aku jangkakan... cuma bentuk bumbung minangkabau dan 3 main entrance arch saja yang sama seperti dalam proposal asal.
Motif batik chop di atas bumbung minang, ditukar kepada motif batik canting berwarna merah terang. Tulisan 'Malaysia Truly Asia' pula yang sepatutnya berpusing automatik dan seakan terapung, bertukar kepada 'Malaysia' statik di atas satu structure silinder merah!. Structure ini juga penyumbang kehodohan Pavilion Malaysia selain sebuah outdoor stage yg tersembul keluar - tak relate langsung dgn mana2 design Pavilion Malaysia.
Luaran Pavilion Malaysia boleh dikatakan 'gah', jika dibandingkan dgn pavilion standard size seperti Brunei, Philippine & Cambodia. Jika dibandingkan dgn New Zealand, Australia, Singapore (rumors xdpt siap mengikut dateline) dan juga Indonesia (superb!)- Pavilion Malaysia jauh ketinggalan dari segi exhibition approach.
Komen ini cuma pandangan peribadi aku... Komen aku pun dari aspek luaran sahaja, belum pun sentuh lagi apa yang ada di dalamnya.
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment