Hampir 2 minggu aku pulang ke Malaysia selepas selesai kerja-kerja World Expo 2010 di Pavilion Malaysia..
Dalam masa 2 minggu itu, sempat juga
2-3 event menyelit di tengah2nya... Tenun Pahang Di Raja & Jamuan Negara di Seri Perdana,Putrajaya...
So, 2-3 hari sebelum ade lagi
event yang tak dijangka2, eloklah kiranya aku mula berblog semula pasal benda yang aku dah lalui di Shanghai tempoh hari..
Discussion di Tourism Malaysia Shanghai
Hmmm... mana nak
start. aku lebih suka menulis tentang World Expo berbanding
survival aku di Shanghai.. Lebih-lebih lagi tentang pavilion negara kita- Pavilion Malaysia. Semenjak aku diminta buat sedikit
design utk ruang
Craft of Malaysia, aku mula mengikuti secara jauh (kerana KPKK tak terlibat sepanjang
construction period) perkembangan pembinaan Pavilion Malaysia di sana. Melihat pada
proposal asal dan perbincangan semasa aku di Shanghai tempoh hari, aku yakin hanya 60%-70% sahaja mengikut seperti yang dicadangkan.
Cadangan asal Pavilion Malaysia
Apa yang pasti, rekabentuk rumah minangkabau itu takkan banyak berubah, tapi bagaimana pula dari segi
appearance nya??. Apa yang aku maksudkan-
architectural appearance yang asalnya menampakkan kombinasi seimbang/harmoni antara bentuk tradisional dan segala
latest tech/gadget yang akan digunakan
. Tapi pada
finish product nya- selalu menghasilkan suatu objek yang boleh dikatakan
distort, pelik, aneh dan yang paling tepat -
ROJAK... (perkara yang biasa aku hadapi dan aku dah
immune dgn perkara mcm ni).
Malas aku nak pertikaikan kenapa dipilih rumah minangkabau? Apa kaitannya tema "1
Malaysia: Harmonised City Living" dgn minangkabau?...dan bermacam2 lagi persoalan kerana aku beranggapan semua itu telah dibincang oleh "para bijak pandai" dan keputusan yang diambil pasti atas keputusan "bijak pandai" bersama.
Acara peringkat antarabangsa (bermaksud antara bangsa-bangsa di dunia) sebesar
World Expo, apa saja hasilnya pasti akan menunjukkan kita sebenarnya berada di'bangsa' mana. Lebih2 lagi di antara 190 negara yg terlibat dalam
expo kali ini. Tetapi, ini cuma anggapan aku sahaja sebelum aku sendiri melihat depan mata apa yang sebenarnya terjadi di sana...
So, setelah tiba masanya, aku pun dihantar kesana dan inilah hasilnya....
Pavilion Malaysia pada hari perasmian World Expo 2010
Hmmm.... benar apa yang aku jangkakan... cuma bentuk bumbung minangkabau dan 3
main entrance arch saja yang sama seperti dalam
proposal asal.
Motif batik chop di atas bumbung minang, ditukar kepada motif batik canting berwarna merah terang. Tulisan 'Malaysia Truly Asia' pula yang sepatutnya berpusing automatik dan seakan terapung, bertukar kepada 'Malaysia' statik di atas satu
structure silinder merah!.
Structure ini juga penyumbang kehodohan Pavilion Malaysia selain sebuah
outdoor stage yg tersembul keluar - tak
relate langsung dgn mana2
design Pavilion Malaysia.

Luaran Pavilion Malaysia boleh dikatakan 'gah', jika dibandingkan dgn pavilion
standard size seperti Brunei, Philippine & Cambodia. Jika dibandingkan dgn New Zealand, Australia, Singapore (
rumors xdpt siap mengikut
dateline) dan juga Indonesia (
superb!)- Pavilion Malaysia jauh ketinggalan dari segi
exhibition approach.
Komen ini cuma pandangan peribadi aku... Komen aku pun dari aspek luaran sahaja, belum pun sentuh lagi apa yang ada di dalamnya.

Aku sedang mencari masa utk aku menulis komen tentang
interior nya pula...
Oscar El-Capito signing out!