Sunday, January 31, 2010

Aku & WORLD EXPO 2010

Assalam,


Sebelum aku mulakan apa2 cerita pasal trip aku ke Shanghai kali ni... baik aku mulakan dengan tujuan sebenar aku ke sana...

Sebenarnya aku terpilih menjadi wakil Kraftangan Malaysia untuk lawatan teknikal ke tapak WORLD EXPO 2010.... semuanya bermula bila aku diminta untuk print-out plan Pavilion Malaysia. Walaupun tugas asal hanya untuk print-out plan pavilion, tapi aku dapat menghidu yang tugas membuat layout akan jadi beban baru aku.... akhirnya menjadi kenyataan. Tapi alhamdulillah, tugas ni telah membawa aku sendiri ke Shanghai... Syukur...

WORLD EXPO... aku mula mendengar perkataan ini sejak dari tahun 2005 lagi... masa aku degree IA di UiTM Shah Alam lagi. Junior aku antara group student UiTM pertama yg berjaya dapatkan sponsor utk pegi World Expo 2005 di Aichi, Jepun. Lebih kurang seminggu mereka di Jepun utk lawatan World Expo sekitar Aichi....

Awal aku masuk Kraftangan, World Expo 2008 sedang berlangsung di Zaragoza, Sepanyol. Disebabkan unit aku baru diwujudkan, jadi design & setting-up di World Expo dibuat oleh Unit Hasil Rimba... Tapi, masa ni aku dah tau apa itu World Expo... berapa besarnya scale event ni... apa impak dia...

Tak ramai berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam World Expo ini.... Skalanya cukup besar kerana melibatkan imej sesebuah negara di tempat org... Bermula dari tahun 1851 di Crystal Palace, UK... edisi ke 55 kali ni di adakan sepanjang tebing Sungai Huangpu, Shanghai. Bukan calang2 org yang terlibat. Nama2 arkitek hebat- Kisho Kurokawa, Le Corbusier, Mies Van Der Rohe, Zaha Hadid, Tadao Ando- semuanya menggunakan peluang ini utk berkarya... kenapa aku tidak?.


Walaupun contribution aku taklah sebesar mana, tapi langkah pertama utk aku mengukiti idola2 aku ni.... aku pun cuba memberi idea & design terbaik dalam masa singkat yg aku ada...

sekian.

*Photo source: Personal collection & wikipedia


Oscar El-Capito signing out!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...