Assalam,
Bermula dari semalam (11.12.09), sampai esok (13.12.09)- KLIB 09 sedang berlangsung di KLCC Convention Center. Aku, seperti biasa menjadi pegawai yang bertanggungjawab dlm memberi idea & merekabentuk booth Kraftangan Malaysia utk Kuala Lumpur International Batik 2009 (KLIB 09)-tapi sebenarnya akulah juga yg buat dari A-Z utk booth ni.
For record, inilah 2nd special custom booth yang aku design selepas MICCOS 07 di PWTC - masa menjadi lecturer di LimKokWing University dulu. Apa yang buat aku rasa puas kali ini- approach yang dah lama aku cuba kenalkan pada pameran Kraftangan dari awal aku kerja lagi tapi tak kesampaian... kali ni, agak berjaya.
Sampailah hari ni, aku agak berpuas hati dgn apa yang aku cuba sampaikan dalam design booth Kraftangan kali ni... walaupun ada 2-3 bende yang terpaksa aku adjust last minit, 75% dari apa yang aku design dah jadi realiti.
Untuk KLIB 09, tiada segmen bagi Home Furnishing... itu yang dibrief pada aku dari awal lagi..... so, utk cater sejumlah mannequin yang pasti banyak digunakan- aku guna konsep runway catwalk ajelah.... idea ini sepatutnya aku guna untuk Temasya Busana Muslim 09. Tapi oleh kerana program itu dibatalkan, aku gunakan konsep tu untuk KLIB..
Blok batik berkarat yang banyak aku jumpa di Terengganu tempoh hari, aku jadikan tema ambience booth... pada asalnya memang aku mahukan mock-up oversize blok batik untuk jadi partition sekeliling booth. Tapi sebabkan time + cost constraint, terpaksalah aku gunakan mesh-vinyl untuk dapatkan effect cut-out yg ada pada blok batik asal... Warna hitam & putih pulak jadi base color untuk highlightkan lagi kain2 batik datang berwarna warni... Sebenarnya warna hitam adalah warna taboo Kraftangan. Bagi mereka hitam itu mati, tak ceria, muram.... tapi bagi aku hitam tu elegant + sincere...
Akhirnya, dapat juga aku cuba tunjukkan apa yang aku sebenarnya nak buat untuk Kraftangan sejak aku masuk setahun yang lalu... alhamdulillah. Cantik atau tak, itu subjektif pada mata memandang... tapi bagi aku, aku dah cover banyak aspek untuk jadikan booth pameran Kraftangan kali ni boleh dikatakan lain dari yang biasa.... So, KLIB 09 akan jadi benchmark untuk kerja-kerja aku sepanjang tahun 2010.... insyaallah.
p/s: pengarah aku berpuas hati dgn pameran KLIB09... sempat dia mention pameran kali ni lain dari yang biasa kraftangan buat.... alhamdulillah skali lagi...
Oscar El-Capito signing out!
No comments:
Post a Comment