Mungkin agak terlewat untuk memberi
review atau komen kerana pasti ribuan
review lain telah pun di tulis tentang
marker ini. Tetapi aku telah berjanji untuk menulis
review aku sendiri tentang marker yang menjadi kontroversi (di dalam
team OLX sendiri) setiap kali aku meminjamnya untuk dibawa ke
tournament (baru 2 kali je pun).... akhirnya, ada juga sedikit masa sebelum NPL 09 4th leg di Melaka nanti untuk aku beri sedikit komen tentang
marker hebat ini
- DLX LUXE
Pertama kalinya pasti aku tujukan ribuan terima kasih kepada tuan punya marker - Mr Jon dari Team Nightmare. Dia telah dengan rela hatinya meng'offer' isteri aku untuk gunakan LUXEnya semasa ISSC'09 di Petaling Jaya tempoh hari. Tetapi akhir sekali, hanya aku yang menggunakan marker itu sehingga Project Legio-X Wonderpet berjaya mendapat tempat ke-4.
NPL 09 3rd Leg, sekali lagi marker ini beraksi bersama OLX dan sekali lagi OLX hanya berjaya mendapat tempat ke-4 (bukan salah marker ini kerna keputusan podium yg sama).
sebelum aku memberi review aku sendiri tentang marker ini, aku perlu jelaskan sedikit sebanyak tentang marker LUXE yg aku gunakan untuk review ini.
DLX Technology LUXE
Marker : DLX LUXE Limited Edition Purple Splash (hanya ada 2 di Malaysia)
Pemilik : Mr Tan Jon Yeong dari Team Nightmare
Tahun milik : awal 2009
Digunakan dlm OLX : 2 kali (ISSC '09 & NPL 3rd Leg Kuantan)
Pengenalan aku pada LUXE :
Berani aku katakan yang aku sangat cerewet dalam memilih apa saja lebih-lebih lagi untuk kegunaan aku. Awal-awal aku sudah terpengaruh dengan rekabentuk dan ciri-ciri unik yang ada pada marker LUXE. Kev-O dari Team Nightmare pernah mempertunjukkan kehebatan marker ini ketika menjadi pemian jemputan OLX pada Malaysian Super 7 '08 (juga mendapat tepat ke-4 keseluruhan?!!...).
Oleh sebab itu, setiap kali ada orang cuba memberi komen tentang marker-marker lain, aku akan pasti membandingkannya dengan LUXE. Aku sendiri sentiasa membaca review-review tentang LUXE supaya setiap kali mereka-mereka membandingkan marker-marker ini, aku tahu LUXE sentiasa lebih advance.
Sampai satu ketika di mana pengaruh ANGEL sudah mulai masuk ke dalam kem Legio-X, aku antara yang masih mengatakan LUXE masih bagus dari marker ANGEL (hampir semua team-mate OLX menyokong ANGEL). Harapan yang aku letakkan pada LUXE sangat tinggi walaupun aku belum pernah menggunakan marker itu walau sekali.
Sehinggalah ada yang katakan pada aku "kenapa kau menangkan marker yang kau sendiri tak pernah tembak??". Bermula dari situ aku cuba cari peluang untuk buktikan apa yang aku tegakkan selama ini benar. Takut juga jadi sebaliknya. Akhirnya, ISSC'09 telah memakbulkan permintaan aku selama ini.
..to be continue....
Photo source:-
Desmond Foo Collection
http://www.residentevilchef.com
XtionPaintball Forum
http://www.xtionpaintball.com/forum