Tuesday, November 29, 2011

Milk Booster????

Hari ni,hari pertama ku menghantar si puteri Anastaisha El Medina ker nursery, sedih rasanya berpisah setelah 2 bulan asyik bekepit jer ngan mama die, nangis dan gelak tawaku semua bersama taisha, macamana nak lepaskan pada orang yang aku sendiri tak kenal dan perlu percaya akan bantuannya iaitu kak Rose.

Tapi yang lebih membimbangkan aku sejak awal kelahiran taisha adalah kuantiti susu yang aku berikan pada taisha adakah cukup untuk membuat die kenyang. Semakin hari semakin kerap taisha nak menyusu, lepas menyusu dah tentulah tangki dah kosong nak pam untuk simpan stock pun tak ada, tapi apa yang aku tak tahu selepas 2 jam..rupanya susu akan mula dihasilkan kembali dan memenuhkan tangki yang kosong ni. Jadi bukan milk booster seperti lobak putih, jantung pisang atau lain2 yang selalu kita dengar untuk memperbanyakkan susu tetapi untuk membanyakkan air susu badan, kita cuma perlu kerap kosongkan payudara..

Bila payudara kosong, ia akan sampaikan message kepada otak bahawa susu tidak cukup. Dan otak akan keluarkan arahan supaya lebih banyak susu dihasilkan. Jadi, kalau nak susu lebih banyak, kerap kosongkan payudara. Cuma ada dua cara nak kosongkan payudara:
1. Beri baby menyusu dengan lebih kerap..
2. Perah susu..

Yang pentingnya, kita kena tahu bahawa komposisi susu terdiri daripada air, protein dan lemak.. Untuk menghasilkan susu, kita perlu bekalkan air, protein dan lemak kepada badan. Jadi, ambil air dan protein dalam jumlah yang banyak untuk menghasilkan susu yang berkualiti..

Dan satu lagi tips yang diberikan kepada saya adalah jangan biarkan payudara tidak dikosongkan melebihi 3 jam.. Sebab tu kalau malam baby tidur lama, 3 jam kena kejutkan juga supaya menyusu ataupun kenalah pam..

Inilah pengalaman aku mengenai milk booster aku yang hampir2 dah putus asa...tapi tengokkan muka taisha yang comel aku cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik untuk die sememangnya susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia dengan kandungan zat nya yang lebih 10x lebih baik dari susu formula...

Selamat buat Ibu-ibu baru......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...