Innalillahiwa ina ilaihirojiun.....
KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan
Ini bukan rentetan april fool..... Sememangnya aku tidak ada hubungkaitnya dgn arwah.... nak dikata aku pernah bergambar dengannya pun tidak... nak kata aku fan clubnya pun bukan... aku cuma peminat dari jauh yg mengikuti setiap perkembangannya... malahan mungkin menemaninya sepanjang insomania pagi-pagi buta... aku pelik, kenapa segmen yang begitu kosong boleh memenuhi setiap saat aku didepan TV sehinggalah kredit muncul... selepas itu malam aku kembali sunyi...
tapi seikhlasnya aku sentiasa kagum dengan ikhlasnya lawak arwah.... bukan mudah nak mencari keikhlasan dalam berlawak... tapi tidak pada arwah pakcik din... setiap apa yang keluar dari mulutnya umpama seorg cendekiawan yang cuba memberi ilmu kepada setiap pelajarnya, ilmu itu diharap dapat membantu hidup mereka di masa depan... dia tak memaksa org utk terima lawaknya, tapi dgn hanya memilih apa yang boleh buatkan org terdetik.. sudah cukup.
bagi aku lawak arwah pakcik din 'hidup'... tak perlukan sebarang prop, cuma perlukan otak yg terbuka utk memahami apa yang dia maksudkan... sampai bila utk aku jumpa penggantinya, pun aku tak tahu...
Walaupun aku cuma salah seorg dari ribuan peminatnya.. pemergian arwah pakcik din pasti mengurangkan ceria pada mereka yg slalu dengar 'drama sebabak' & 'sawancara'nya... Semoga allah letakkan rohnya dikalangan insan yang beriman....
Al-fatihah
سْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين الرَّحْمـنِ الرَّحِيم مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Amin
"Cat Steven will always cross the road.. Abg din"
Oscar El-Capito signing out!
*Photo source: Aznil Hj Nawawi Blogspot, mStar Online