Monday, June 10, 2013

Flea Market Amcorp Mall; Jumpa orang kampung Kanoha!!

Semalam, sedang kami meronda-ronda seperti minggu-minggu biasa di Flea Market Amcorp Mall. Tibalah kami di tingkat 3- tingkat paling atas (selain level parking) dalam Amcorp Mall ini. Cuma kali ini kami terserempak dengan orang kampung! Tapi bukannya orang kampung dari Sabak Bernam ataupun Lubuk Temiang... tapi orang kampung Konohagakure yang cukup femes tu...

Jarang-jarang ada orang Kanoha kampung turun ke Armcorp Mall.... lalu Cik Puan Neena tak lepaskan peluang yang ada di depan mata, lalu menegur orang kampung ini.....

Saturday, June 1, 2013

Man of Steel- Belakang payung ade Clark Kent.... Percaya tak?

Clark Kent pakai selipar je belakang payung ni..... Gagahnya kami malam tadi untuk dapatkan Payung Man Of Steel ini. Orang yang follow saja tahu macamana berusahanya aku... hahaha.!!.

Saturday, May 18, 2013

Ke mana perginya Chopper 1Malaysia....?!!

Yeah!! semalam aku jejakkan kaki ke pejabat Kementerian baru aku.... Dulunya aku bersama dengan KPKK (Kementerian, Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan....) dan selepas kabinet baru dibentuk selepas pilihanraya, Kraftangan Malaysia telah diletakkan di bawah kementerian MOTAC a.k.a Ministry of Tourism & Culture Malaysia. Gabungan sektor pelancongan & kebudayaan....

Inilah pertama kali aku masuk ke lobi bangunan MOTAC di Precinct 5, Putrajaya atau nama bangunan yang lebih spesifiknya- Lot 5G2 dan aku terkejut dengan apa yang ada di ruang lobinya....

Tuesday, May 14, 2013

Aku pulak terkantoi.... Dgn tuan punye kedai KPOP.

Tempoh hari.... ada org terkantoi dengan aku;---> Baca sini kalau nak tahu la... Tapi kali ini aku pulak terkantoi dengan orang lain....

Alamak.. Kantoi la pulak...!!!. Tapi bangga pun adalah sikit....

Saturday, May 4, 2013

Semangat PRU 13....!!!

Semalam aku hantar Cik Puan Neena & Taisha ke LCCT... Kali ini, Neena akan mengundi di Labuan sama macam PRU yang lepas (dia belum mahu tukar alamat untuk mengundi di semenanjung...) dan aku pula akan mengundi di kampung aku- Tebuk Pulai Sabak Bernam. So, Kali ini Taisha akan follow nina.... Kami terpaksalah berpisah sementara untuk 2 hari semata-mata untuk PRU ke-13.

Ini kali... (ini kali?... lain kali!) Aku tak ikut Lebuhraya Elite untuk ke KLIA/LCCT seperti biasa, kerna ada satu lokasi yang aku perlu singgah.... lebih-lebih lagi sebelum pilihanraya hujung minggu ini...

Lokasi 'Wajib Singgah' aku kali ini adalah di bawah fly-over terbengkalai di Lintasan Dengkil By-Pass...

Sunday, April 28, 2013

Iron Man 3- Sejam dua selepas.... Komen boleh?

Yup.... ini sejam selepas tengok Iron Man 3 IMAX 3D kat TGV OneUtama....

Aku masih lagi berdiri kat sini.... berposing bagai depan billboard Iron man 3 dengan penaja tiket- Cik Puan Neena. Sambil-sambil posing pun, mulut kami dah mula bercakap-cakap pasal rating apa yang patut bagi untuk cerita Iron Man 3 ini.

Friday, April 26, 2013

Iron Man 3- Sejam dua sebelum

Officially Iron Man 3 start esok... tapi kami last minute berjaya juga dapatkan tiket IMAX 3D pukul 11:45 malam ni di TGV One Utama. Venue biasa di IMAX Sunway Pyramid tapi kali ini mau cuba outlet TGV yang baru saja habis renovate di One Utama....

Posting aku yang lepas---> IRON MAN 3 : Sehari dua sebelum....., aku cadang nak pakai jacket replika Belstaff Iron Man Jacket aku tu.... dan semalam aku dah tahu kondisinya macamana..... MENGECEWAKAN!!!...

Wednesday, April 24, 2013

Iron Man 3- Sehari sebelum.....

Haha ha... Countdown sehari sebelum filem Iron Man 3 masuk Malaysia.... Hampir semua benda nak aku 'Tony Stark'kan. Semangat sungguh sebelum tengok Iron Man 3 ni...... 

Ingat tak scene dari Iron Man 2---> Tony Stark sedang minum air 'sprulina' dari bekas air space-age yang nampak supercool tu?

Sebenarnya aku pun tak tau air apa.... tapi Tony Stark perlu minum 80 ounce sehari untuk melawan toxic di dalam darahnya kesan dari palladium core dalam arc reactor di dadanya. Ini adalah scene sebelum Tony membuka arch reactornya untuk menggantikan core palladium nya yang dah kering....

Tuesday, April 23, 2013

Iron Man 3- Sehari dua sebelum.....

Sebenarnya, posting ini adalah dua hari sebelum filem Iron Man 3 keluar di wayang-wayang seluruh Malaysia.... Semalam aku baru balik dari Designer Meeting di Langkawi.... Walaupun kat Langkawi, otak tepikir pasal Iron Man 3 hujung minggu ni.....

Aku dan Cik Puan Neena dah berkobar-kobar nak beli tiket IMAX 3D (walaupun aku yang terlebih kobar dari Neena). Cuma tinggal seorang lagi Hantu Anthony Stark belum konfirm - adik aku Syuhada - sama ada dia mahu join sekali atau tak...

Iron Man 3 dah termasuk dalam Filem Wajib IMAX aku, so diharap tiket tak sold-out bila time nak beli nanti....

Wednesday, April 3, 2013

Makan angin pusing-pusing KL, naik Jet....!!!

Sedang aku berbincang di Craft Business Center, terdengar bunyi deruman enjin jet terbang terbang rendah di atas bumbung opis.... bunyi yang aku cukup familiar, semasa berada di LIMA 2013, Langkawi 6 hari yang lepas.

Aku tahu tak ada apa-apa sambutan di Dataran Merdeka untuk jet-jet ini datang buat sebarang reheasel.... Bunyi jet yang sentiasa kuat, seperti sedang berpusing-pusing mengelilingi opis aku... buatkan aku menjenguk ke luar tingkap.... Dan di sana aku nampak dari celah-celah Bangunan Yayasan Tun RazakPavilion- 2 buah jet dalam formation

Sekali imbas dari bentuk sayap Delta, Canard-wing, dan Single Tail-Finnya, agak sukar untuk membezakan antara Dassault Rafale ataupun Eurofighter Typhoon yang sedang mengelilingi Kuala Lumpur. Andaian aku memang hanya pada dua jet ini saja kerana mereka sedang dalam proses untuk melobi kerajaan Malaysia untuk dapatkan kontrak MRCA.

Kedua-dua jet ini telah pun berada di Pameran LIMA di Langkawi seminggu yang lepas....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...