Di Seoul ni bersepah-sepah dengan selebriti korea.... mana-mana je boleh jumpa, janji kenal muka + nama artis tu.... Artis K-pop lagilah bertimbun-timbun.... Oleh sebab itulah aku terserempak dengan Lee Byung-Hun, pelakon yang menjadi Storm Shadow dalam filem G.I. Joe:The Rise of Cobra & G.I. Joe:Retaliation dan juga drama meletup IRIS semasa jalan-jalan di Gwanghwamun Square.
Walaupun aku tak berapa minat dengan drama IRIS di KBSW, tapi spin-offnya Athena: Goddess of War yang buatkan aku dengan Lee Byung-Hun- kita BRO!!. Lagipun, Athena: Goddess of War baru saja habis ditayangkan di OneHD .











