Saturday, July 28, 2012

Malaysia at Olympic London 2012 Opening Ceremony!!!

Semalam Cik Puan Neena mintak balik awal. Katanya Olympic London 2012 Opening Ceremony pukul 10 malam.... Bila aku tengok kat Astro Guide, pukul 10 malam semua masih drama-drama TV biasa....  Jadi aku pun tido awal....


Pagi tadi sedang kami bersahur di Restoran Hakim Sek 7, projector sana tengah pasang Live Opening Ceremony yang sebenar.... 10 malam sana laaaa.....

Friday, July 27, 2012

HFMD atau ROSEOLA INFANTUM??

Salam Ramadan,

Seminggu sekembalinya kami dr Dunia K-Pop, Taisha masih belum pulih sepenuhnya dari demam. Semua bermula sehari sebelum balik ke Malaysia (demam rindukan susu malaysia agaknya). Setiap kali tengahari dan petang, suhu Taisha naik hingga ke 37c-38c. Jadi, hanya ubat dari Darul Ehsan Medical Center (DEMC) aku beri untuk kurangkan panas Taisha.....

Tiga hari lepas, aku mula tengok ada timbul bintik-bintik merah seperti campak pada badan Taisha.

Thursday, July 26, 2012

ARSENAL TOUR 2012 di bulan ramadhan...

Sebulan sudah aku tengok poster ARSENAL TOUR 2012: MALAYSIA XI vs ARSENAL di ROCKSTAR, KLCC..... dan aku tau game ni jatuh dalam bulan puasa di Stadium Bukit Jalil.... Makanya aku pun teragak-agak untuk pergi atau tidak.... Takut2 mengganggu Tarawikh, tapi tengok waktu kick-off nya :- 9:45 PM... Alhamdulillah.

Wednesday, July 25, 2012

Demam Korea: Kenapa Umbrella Stroller??!

Apa yang aku belajar sendiri semasa travel backpacking- adalah kepantasan membuat keputusan. Disebabkan kita hanya berpandukan peta dan landmark semasa 'mengembara'. Tak banyak masa untuk memikirkan hal-hal yang akan buatkan perjalanan semakin lambat. Agak rugi masa disana...


Tuesday, July 24, 2012

Demam Korea: Mencari stroller untuk backpacking

Stroller menjadi sangat penting bila travel dengan anak lebih-lebih lagi yang belum boleh berjalan sendiri... 1st Trip aku ke Singapore bersama Taisha tanpa stroller agak sedikit meletihkan. Walaupun dalam Family-trip itu kami bertukar-tukar task mendukung Taisha, keadaan bertambah rumit bila dia mula tidur terlentok-lentok. Kesian aku tengok... yang mendukungnya  dan yang didukung.


Monday, July 23, 2012

Waktu Sahur dan Imsak RAMADHAN 1433H / 2012 untuk yang sering terlajak..


Aku dan Cik Puan Neena dah kali kedua kempunan nak sahur di Restoran Hakim Seksyen 7 (tempat kami bercinta sahur dulu-dulu....). Sepatutnya 1st Ramadhan aritu (21 Julai) kami beria-ria nak sahur Nasi Campur Hakim Fried Chicken tu, tapi sampai hari ni masih kempunan.... Bangun-bangun tidur dah tinggal lagi 5 minit nak imsak... So sahur air kosong dengan biskut Tiger jelah.

Demam Korea: Apa yang menarik sepanjang naik Train ke Yeosu

Selama 5 Jam perjalanan naik train biasa dari Seoul Station ke Yeosu Expo Station (disebabkan tersalah ambik train!), ada satu scenery yang berjaya menarik perhatian aku.... Oleh sebabkan itu, otak aku mulalah terpikir nama-nama seperti Na Yeon Choi, Inbee Park & Michelle Wie*.

Kalau tak silap aku ini driving range.... (kalau tak silap la)... Dari Seoul ke Yeosu, boleh kata ada kurang dari 10 driving range yang aku jumpa sepanjang perjalanan. Dan di sepanjang perjalanan itu juga, driving range ini bukan berada di dalam bandar. Kebanyakannya terletak di kawasan perkampungan yang kadang kala juga bersebelahan dengan kawasan pertanian.

Saturday, July 21, 2012

Demam Korea: Quickly Korea ~~ bubble tea korea

Masa kami backpacking ke Shanghai tahun lepas.... Bubble Tea antara penyegar tekak paling best sepanjang berjalan-jalan mencari tempat-tempat menarik sekitar Shanghai (selain Minute Maid Puply Orange).... Lebih-lebih lagi memang banyak kiosk bubble tea sekitar Shanghai..... Senang!

Demam Korea: Kedai K-POP....

Demam K-POP di Malaysia yang semakin menjadi-jadi adalah antara penyebab kami datang ke Korea.... Lebih-lebih lagi bila tarikh Girl Generation perform di World Expo, dan kami pun ada di sana.... kuat penangan Hallyu kat Malaysia ni.

Kali pertama backpacking ke Korea, Skill K-Pop Hunting kami masih lagi lemah. Tak sempat aku nak google. Tambah lagi dengan cuaca hujan yang berterusan. Makanya, hunting banyak berkisar sekitar area-area yang berbumbung.... Memang banyak stall-stall & kedai menjual souvenir K-pop sekitar Myeong-dong Shopping District. Tapi harga mereka agak mahal, mungkin disebabkan lokasi mereka di tempat yang agak popular.

Demam Korea: Kedai Military yang misteri..

Setelah habis 2 jam meronda-ronda dalam Seoul Folk Flea Market, kami keluar dalam hujan menuju ke Cheonggyecheon Stream. Aku cadang nak berjalan kaki saja sepanjang sungai Cheonggyecheon menuju ke Dongdaemun..... Di sana baru aku bercadang ambik METRO Line 4 untuk ke Myeong-dong.

Dalam perjalanan, tak jauh dari Seoul Folk Flea Market tadi aku terjumpa satu kedai misteri...!!. Kedai military surplus.... !!. Walaupun kat dalam market tadi, barang 2nd hand military ada merata-rata... tapi yang ini lagi dahsyat. Signboard nya hanya tertulis U.S Military dan sign CLOSE yang tergantung.

Demam Korea: Berjalan di Cheonggyecheon Stream

Berjalan dari Gwanghwamun Square.... sebelum sampai ke Cheonggyecheon Stream, akan kelihatan dari jauh satu objek tinggi seakan cengkerang, itulah - Daseulgi ‘Spring’ sculpture - landmark Cheonggyecheon Stream yang direka oleh public art sculptor dari US, -Claes Thure Oldenburg.

Di sinilah bermula perjalanan sejauh hampir 1 km kami sepanjang Cheonggyecheon Stream a.k.a Terusan Cheonggyecheon.

Demam Korea: Bertemu Lee Byung-hun

Di Seoul ni bersepah-sepah dengan selebriti korea.... mana-mana je boleh jumpa, janji kenal muka + nama artis tu.... Artis K-pop lagilah bertimbun-timbun.... Oleh sebab itulah aku terserempak dengan Lee Byung-Hun, pelakon yang menjadi Storm Shadow dalam filem G.I. Joe:The Rise of Cobra & G.I. Joe:Retaliation dan juga drama meletup IRIS semasa jalan-jalan di Gwanghwamun Square.

Walaupun aku tak berapa minat dengan drama IRIS di KBSW, tapi spin-offnya Athena: Goddess of War yang buatkan aku dengan Lee Byung-Hun- kita BRO!!. Lagipun, Athena: Goddess of War baru saja habis ditayangkan di OneHD .

Friday, July 20, 2012

Demam Korea: Homestay berbaloi di Yeosu....

Pengalaman di Yeosu, peluang yang datang sekali seumur hidup.... mungkin selepas ini kami pun tak kan datang ke Yeosu lagi. Kalau tak kerana World Expo Yeosu, pasti kami pun tak tahu bila akan ke sini.

Pertama kali kali jejakkan kaki ke Korea Selatan, dan terus menjelajah ke Yeosu tanpa ada official guide, memang perlukan 'Luck' dan berharap pada 'Trial & Error' dalam dapatkan maklumat tambahan. Sukar bagi mereka untuk membaca tulisan Roman dan amatlah sedikit mereka yang dapat berbahasa english, lebih-lebih lagi di luar Seoul.

Thursday, July 19, 2012

Demam Korea dan T-ara datang ke mari...

Demam korea aku masih ada lagi.... sampai saja aku kat Malaysia, CD-EP T-ARA - Day by Day yang aku beli di Myeong-dong tak henti-henti aku pasang dalam kereta.... (selang-seli dgn CD Girl's Generation- The Boys Cik Puan Neena yang dibeli di kedai yang sama....). Walaupun cuma ade 5 lagu yang aku sendiri tak paham liriknya, tapi semuanya boleh di terima gegendang telinga... Aneh sungguh....


Demam Backpacking ke Korea

Kelmarin aku, Cik Puan Neena dan Anastaisha baru saja balik dari Korea... KL - Seoul - Yeosu World EXPO - Seoul - KL.... Korea sekarang tengah musim hujan, oleh sebab tu aku masih dilanda demam Korea.

Kami backpacking ke Korea tanpa ada sebarang perancangan formal.... Cuma dengan niat untuk sampai ke World Expo, Yeosu sahaja... Kami tak book mana2 hotel.... Kami tak reserve mana-mana Tourist Guide... Betul-betul main redah aje ala-ala cerita Road Trip.... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sampai jugak aku ke Malaysia semula...

Tuesday, July 10, 2012

Spiderman Putus Kaki Semasa Memanjat

Hari Ahad lepas, aku pegi menjengok ke TGV Sunway Pyramid.... Ingatkan nak tgk The Amazing Spider-man IMAX 3D... Try book online tapi sentiasa full... So aku try walk-in.

Baru aku tau kenapa susah sgt nak dapat tiket... Sampaikan kaki Spider gimik ni pun putus... Mesti org berebut-rebut nak tengok cerita ni....


Gerenti best kot.... Aku dan Cik Puan Neena mesti tengok sebelum Ramadhan ni.....(Taisha duk umah atok..)  IMAX 3D gak, yang biasa tak mau....

Oscar El-Capito signing out!




Saturday, July 7, 2012

Alpha 550 keluar bengkel.... tak repair.

Lagi 5 hari aku akan ke Korea.... dan aku tak ada option lain untuk dapatkan pengganti DSLR Sony Alpha 550 yang aku dah masuk bengkel Sony Service Center. Sony NEX-3 aku dah boleh diistiharkan lesap begitu saja....

Makanya terpaksalah aku claim semula A550 aku yang tersadai hampir lebih sebulan disana. Sony inform aku, kos untuk repair body & lens A550 sekitar RM1100.... perghhhh!!!. Tempoh masa baik pulih cuma  lebih kurang seminggu, jika aku menanggung kosnya..... Kisah asalnya ada di post SINI

Wednesday, July 4, 2012

Kay Murray: her last for EURO 2012



Ini adalah last appearance Kay Murray sebagai AstroSport Presenter untuk EURO2012.... Appearance terakhir Kay berbaju oren bersama Abbas Saad & Peter Barnes dibuat selepas saje Game Final EURO2012 kelmarin....

Monday, July 2, 2012

Final EURO 2012: Party Hunting....

Bukan party hunting sangat pun.... cuma nak cari screen besar untuk tengok Final EURO 2012. Kalau dulu masa WORLD CUP 2010 aku sanggup menerjah Hartamas Square utk tengok Final antara Holland & Spain. Kali ini Azzurri aku di Final~ rugi kalau aku duduk tengok di rumah.... Taisha pun dah siap dengan jersey Italy Home Euro 2010.

Sebabkan game akan bermula pukul 3 pagi, pukul 10 malam barulah aku keluar dari rumah. Lalu saja depan Restoran Hakim Sek7, dah nampak penuhnya umat kat meja. Aku terus ke Space U8 kat Bukit Jelutong yang dikatakan ade screen besar. Sampainya aku kat sana..... mcm tak ada orang. Sekosong hari-hari hujung minggunya... Mungkin aku sampai awal sangat kot.

 

EURO 2012: Azzurri- 2nd Best is Good Enough


 Juara EURO 2012 -----> SPAIN!!!

Setelah 92 tahun mencuba... sejak 1920 lagi. Akhirnya Spain berjaya mengalahkan Italy dalam 90minit perlawanan kompetatif (EURO 2008 Spain berjaya kalahkan Italy dalam penalti shoot-out) dgn jaringan 4-0. Sebelum ini anak buah Cesare Prandelli berjaya  bertahan sebanyak 15 perlawanan kompetatif tanpa kalah dan Spain telah berjaya memecahkan rekod Italy itu...

Sunday, July 1, 2012

Taisha sah jadi Azzurri Fan!!

Dah janji utk belikan Taisha jersey Italy EURO 2012,  kalau Italy berjaya sampai ke Final Euro....

So, to Amcorp Mall we go!!! dan akhirnya inilah saiz yang paling kecil ada kat Amcorp Mall... saiz 2 (klu ade saiz 1 maybe lagi cantik...). Malam ni Taisha pakai pegi LIVE bola kat screen besar...! screen besar mana... itu kita tak tau..!! Banyak tempat kat KL-Shah Alam-PJ akan bukak screen besar utk Final malam ni.... (tup-tup aku pegi Restoran Hakim Sek7 tu je kang....).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...