Sunday, May 20, 2012

Giginya 'baru' duaaaaaa......


Susah pulak nak suruh dia pose utk nganga... Tunjukkan giginya yang 'baru' dua.... Baru tumbuh 2 dibawah.... Nk suruh Taisha senyum pun susah.... suruh sengeh pun susah.... tapi buat dia nangis baru ah dia nak bukak mulut... hehehe.. 

Selamat datang wahai gigi... Selamat datang melawat buat Pari-pari gigi...


Oscar El-Capito signing out!

Monday, May 14, 2012

Anastark'sha; The Ironbaby ; Part 1

Aku beli Ironman Ach Light Reactor ni dari Mudah.my utk Projek Jacket Ironman aku.... Tapi  masih lagi belum ada masa utk aku siapkan. Semalam, aku cuba letak pada badan anak aku... Taisha tak tunjukkan tanda-tanda pelik pun... Sistem Taisha dapat menerima Ach Reactor yang baru. Bagus!!... Jadi mulai hari ini aku namakan dia - Anastark'sha; the Ironbaby Mark I!

Tapi bila Ach Reactor dah tak berfungsi dgn baik (memekak!)....  Anastark'sha pun mula nangis... 
Sekian..

Oscar El-Capito signing out!




Drama... Drama 2 minit terakhir EPL 2011/12

Refer balik pada Teori Juara EPL 

1)Man City menang lawan QPR - MU kalah lawan Sunderland = Man City Juara EPL!
2)Man City menang lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = pun Man City Juara EPL!
3)Man City seri lawan QPR - MU seri lawan Sunderland = pun Man City masih Juara EPL!
4)Man City seri lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = barulah MU jadi Juara EPL!
5)Man City kalah lawan QPR - MU seri lawan Sunderland =  MU masih boleh jadi Juara EPL!
6)Man City kalah lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = konfirm MU Juara EPL!

Senario sebenar selepas tamat game MU lawan Sunderland:


Sunday, May 13, 2012

Probability Theory: Siapa Akan Jadi Juara EPL 2011/12;

Teori Siapa Akan Jadi Juara EPL 2011/12;

English Premier Leagues 2011/12 Standing after game 37th....

Sunday 13 May 2012- Finale EPL2011/12 Fixture No.38; Man City vs QPR & MU vs Sunderland

1)Man City menang lawan QPR - MU kalah lawan Sunderland = Man City Juara EPL!
2)Man City menang lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = pun Man City Juara EPL!
3)Man City seri lawan QPR - MU seri lawan Sunderland = pun Man City masih Juara EPL!
4)Man City seri lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = barulah MU jadi Juara EPL!
5)Man City kalah lawan QPR - MU seri lawan Sunderland =  MU masih boleh jadi Juara EPL!
6)Man City kalah lawan QPR - MU menang lawan Sunderland = konfirm MU Juara EPL!

Charity Shield 97/98 antara Spurs lawan Manchester United ..... (dimana kah hamba?? tekalah)

Jarang2 ada liga yang perlukan Probability Theory untuk sesuatu perlawanan utk tentukan siapa akan jadi juara liga.... dan Game EPL mlm nilah yg akan tentukan siapa pemenang Barclay.... errr.... Tentu bias pada Man City yg ada kelebihan untuk menang lawan QPR.... Tapi aku tetap teruja nak tgk last game EPL mlm ni.... (walaupun aku xkisah sape lead dr awal musim...)

#GGMU

Oscar El-Capito signing out!

Friday, May 11, 2012

Robin Hood Throw by Dart Vader...

Seminggu selepas aku di'belasah' dalam friendly dengan bebudak LTAT.... Si Sandy ajak aku sparring bersamanya untuk persediaa ke Sukan Kraftangan, 3 minggu lagi.... Round ke2.. Baling punya baling, tiba-tiba balingan ketiga aku tepat mengenai Jackpot----> Robin Hood Shoot!.

Thursday, May 10, 2012

Alpha 550 dan Lens nya masuk bengkel....

Setelah gagal mencari kedai di Low Yat yang mampu untuk membaiki DSLR Sony Alpha 550 aku, aku mengalah juga pada Sony Service Center.... Bukan aku menidakkan Authorised Service Center, cuma sejak aku beli barang Sony, tak satu pun aku buat Warranty Online Registration. Takut mereka tak boleh repair kamera aku tanpa Online Registration.

Petang tadi aku terus pergi ke Service Counter Sony Style KLCC, untuk dapatkan bantuan.

Monday, May 7, 2012

Sain kontrak sudah.... (Tiba2 terasa mcm Safee Sali pulak..)

Semalam, NPL'12 (National Paintball League) Event 2 di Dataran Pahlawan, Melaka....

Semalam juga, aku dengan rasminya menjadi pemain Waxers.

Officially i'm Waxer's 'ATRAZ Zaytsev #75'.... 

Walaupun dah hampir setengah tahun aku bermain dengan mereka, baru semalamlah aku turunkan tandatangan pada kontrak yg dah hampir 2 bulan aku baca.... (tak la tebal mana pun...)

Saturday, May 5, 2012

Berjinak-jinak dengan Team Dart Kraftangan

Semalam, aku jadi wakil Team Dart Kraftangan untuk friendly match dengan jiran sebelah- Lembaga Tabung Angkatan Tentera.... Betul-betul sebelah opis aku ni... Walaupun masih bebal dalam permainan dart ni... Baling tak berapa tepat, mengira pun merangkak-rangkak, tapi bila diminta jadi wakil opis lawan jiran sebelah, aku tak tolak.

Thursday, April 19, 2012

......Sayu......

Hari ini aku buka Ondscene.my.... dan ini yang aku baca..... cerita bergambar tentang kemalangan Mohd Ridwan semalam.... Ngeri dan menyayat hati....

............................................


(aku print screen kan sebab berkemungkinan posting ini akan di remove...)

......................................

Speechless... petang semalam, ada aku lihat gambar Ridwan kesakitan terduduk dihadapan tubuh isterinya yang kaku terbaring di atas jalan raya... aduuhh... Sayu.... Aku tak dapat bayangkan kalau aku dalam situasinya. Kesakitan fizikal, tak dapat bergerak, tapi hatinya pasti meronta untuk serapat mungkin dengan isterinya...

...............................

Semoga roh isterinya, Norhana diletakkan dikalangan orang-orang beriman...

Al-Fatihah...


Oscar El-Capito signing out!  




picture source :  http://ondscene.my/kemalangan/isteri-maut-digilis#more-21745

Wednesday, April 18, 2012

Al-Fatihah.....


Pagi-pagi aku sudah ready utk siapkan PBT yang admin aku berikan semalam... ("klu tak siap arini, mesti alang bising punyelah")... Bila aku menyelak L.O yang ada di atas meja, terpandang aku pada ruang sain pegawai kewangan bercop Mohd Ridwan bin Misran

"Oh! Si Ridwan yg sain... bukan en Basri lagi rupernye..", kata2 yang terdetik dihatiku. Tiba-tiba,

"Assalamualaikum WBT,... dimaklumkan, isteri kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia, Mohd Ridwan bin Misran telah pulang ke rahmatullah pagi tadi, bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...... Al-Fatihah..", kedengaran suara dari PA system pejabat. Al-Fatihah terus aku sedekahkan...

Aku terpikir sejenak yang Ridwan ni orgnya muda, tenang, sentiasa senyum, lembut berbicara tapi telah diturunkan satu dugaan yang paling besar-- hilang org tersayang, lebih2 lagi org itu adalah isterinya sendiri... Mcmana dia akan hadapi hari esoknya tanpa isterinya, simpati aku....-- (Sedangkan ketika ini, aku sendiri tak tahu cerita sebenar)

dan kemudian....
"BB zue- Ade org HQ eksiden meninggal ke?"
"BB aku- Ntah, xde, yang ada, isteri Wan kewangan jelah bru meninggal"
"BB zue- Yelah tu, dia xcident dgn isteri dia, isteri dia meninggal, Wan nye ok"

Aku plak terkedu.... Lagi besar dugaan si Ridwan ni... Org2 tabah saja yang boleh lalui dugaan mcm ni...

Al-Fatihah sekali lagi...



Oscar El-Capito signing out!  

p/s: aku terus buka website Ondscene.my, tapi masih belum ada laporan tentang kejadian itu lagi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...