Wednesday, June 22, 2011

Kicking Time...

3 bulan terakhir sebelum aku menempuh  pengalaman baru kini kandungan aku dah hampir menjangkau 7 bulan, si baby ni dah mula aktif menendang..lapar ker kenyang ker..pedas ker sejuk apa saja aku makan mesti selang 5 minit aku boleh rasakan gerakan baby ni..sakit jugak menahan setiap kali die bergerak.

Tapi perasaan aku menanti kelahiran si kecik ni, membuatkan aku lupa perasaan menahan sakit c kecik ni buat..

LOVE U .... my kecik....

Wednesday, June 8, 2011

Hehehe... terrer budak ni menyorok....

Memang terrer.... Semalam semasa check-up, dan bila Cik Puan Neena berbunga-bunga hatinya nak tau, si baby dlm perutnya masih lagi main nyorok2... Doktor kata baby sekarang dlm keadaan songsang, so susah sikit nak tahu gendernya lagi... Masih belum ade rezekilah utk tau ni.... Cuma, berkali2 doktor ade kata "mcm perempuan", "nampak mcm baby gurl, tapi tak tau lah..." tapi dia sendiri pun tak yakin... huurrmmmm...
Till we meet you again for the 7th times... hope, then we'll know....

Oscar El-Capito signing out!  

Tuesday, June 7, 2011

InsyaAllah, kejap lagi tau lah kami....

:: Boy or gurl ?::

InsyaAllah, hari ni kami taulah... itupun kalau ade rezeki utk tau... Dah berkali2 baby tu tutup dgn tangannya sampai doc pun tak dapat nak tgk gendernyer... so, harap2 harini kami tau.... And this will be our last check-up at PUSRAWI before transfer to PPUM. Finger crosss....

Oscar El-Capito signing out!  

Wednesday, May 25, 2011

Hari aku sibuk....

Aku sibuk.... sibuk di ofis... sibuk supervise kerja2 di site....Otak aku pun sibuk... sibuk fikir benda2 luar pada kerja.... sibuk fikir isteri yang preggy dan sering bekerja keras.... Family aku pun sibuk.... sibuk menguruskan hal seharian... sibuk mencari duit lebih kalau ade kesempatan... sibuk mencari masa lapang utk bersama.... 

Semua orang sibuk.....

Oscar El-Capito signing out! 

Wednesday, May 18, 2011

Bukan Mudah....

Aku cuba untuk merasa hidup senang cikit daripada keadaan aku yg kais pagi mkn pagi ni,tapi bukan mudah untuk capai SENANG bagi aku. Setelah setahun aku berhempas pulas mencari site untuk bisnes franchise Coolblog, mencari loan yang tak pernah kena approved.
Akhirnya alhamdullilah aku berjaya mendapat spot yang sesuai untuk kedaiku. Tiada kerja yang mudah dan tiada kerja perlu ambil mudah, semua aku usahakan dengan bantuan kereta suamiku.... hehehe..... kehulur-hilir, memandangkan keadaan yg tengah sarat mengandung ni aku kuatkan jugak semangat. 

Aku perlu membahagi masa dirumah masak, kemudian turun ke kedai semula, kemudian blik kerumah ..pagi pulak macam biasa aku masih bekerja ditempat lama aku....hahaha..its all about punctuality, Walaupun mak aku dah bising berkali-kali jangan active sgt mengandung ni, nmpknya apa pilihan yang aku ada? kena bekerja kuat lebih sikit sebelum semuanya aku nampak dah stabil.

Bagi sapa2 yang berminat untuk membuka franchise coolblog anda hanya perlu layari laman web www.coolblog.com.my..tu jer..Kerja-kerja jugak yang penting saya ENJOY!!!!


---------------------------------------------------





Wednesday, May 4, 2011

CoolBlog Kiosk... Opening really soon in Giant PusKom Sek7, Shah Alam...

Noy, pekerja CoolBlog pertama...
Gambar terbaru CoolBlog Kiosk isteriku yang akan dibuka dalam minggu ni... Wah!! Akhirnya impian dia nak buat business sendiri dah jadi kenyataan....dan akhirnya Oscar Empire akan membina empayer nya tersendiri... dgn adenya Lee Gang-Mo mcm aku dan Hwang Jeong-yeon mcm Nina.... Oscar Empire akan jadi sehebat Syarikat Pembinaan Manbo dan Hang-gang bersatu!!! (pengaruh drama korea GIANT....byk sangat tgk OneHD)

Syukur Alhamdulillah!!! Berusahalah isteriku!
Fighting!!

Oscar El-Capito signing out! 




---------------------------------------------------



Tuesday, May 3, 2011

Oh!! ini dia si Ameer tu!!

Wah!! Sempat jugak ko Ameer ye....

inilah si Ameer (tengah) dengan dua kawannya aku tak kenal... Dialah yg dah pulangkan wallet gedabak aku yang dah terjatuh kat Shell NKVE kelmarin... Arini baru aku perasan yang di dah posing dalam aku punyer handphone.... Apa motifnya?? Aku pun tak tahu... mungkin kenang-kenangan utk aku kot....


Tapi tak pelah... Asalkan ko dah pulangkan wallet aku dalam keadaan baik.... bermakna dalam hati ko masih ade lagi sifat-sifat mulia.... alhamdulillah... Moga tuhan beri ko rezeki yang baik...... amin....


Oscar El-Capito signing out! 



Sunday, May 1, 2011

Hampir hilang kawalan hidup....

Baru sahaja dua hari aku kembali dari kursus wajib gomen, utk mulakan rutin harian... Mula sudah hilang kawalan hidup.... Aku tak sedar kemana perginya wallet ku yang besar gedabak tu... 
Aku dan Wallet 'Fossil' gedabak ku...
Aku yang bercadang utk bawa Zakwan ke IKEA dihari dia off-day. Sampai saja di The Curve aku terus tercari-cari di mana perginya wallet fossil gergasi ku... Ah Sudah!!!... Last tempat aku singgah sebelum The Curve--> Shell NKVE... terus aku ke sana semula!!!

Keluar masuk aku dalam station minyak Shell tu, tak ada petanda yang aku akan jumpa wallet tu... 

"Cuba abg check kat toilet... Selalunya kalau org dah ambik duit semua... Mesti dia buang kat atas flush je ke....".. Kata attendan Shell.. Ah Sudah!!!

Aku ke toilet tak jumpa.... Aku ke pump yg aku isi tadi pun tak jumpa.... Cuba berjalan-jalan di tepi highway selepas Shell tu pun - tak jumpa! Aku pun hilang mood dah utk pergi IKEA, pulang dan terus ke PakLi Seksyen 7... Tapi dalam hati (instict aku yang aku percaya) katakan wallet itu aku akan aku jumpa kembali!!! Aku tak serisau mana yang sepatutnya. Hp LG Chocolate aku masih ada di dalam wallet tu dan setiap kali aku call, ia masih tetap berbunyi.

Di PakLi, aku terus call bank utk block semua card credit yang aku ada... Dan aku mula terpikir utk buat report IC hilang di balai.... Tapi hati ku masih berat... Rasa seperti aku akan tetap juga jumpa wallet aku... Tapi nak mula dari mana?... Aku terus cuba call Hp LG, masih lagi berdering... Mungkin belum ada sesiapa yang terjumpa wallet aku yg entah jatuh di mana... Harapan masih ada di situ...

Sedang aku berborak dgn Naza a.k.a Bangel ( member SEMESTA aku yang kerja MAXIS dan tgh buat promosi Broadband di PakLi)... Tiba-tiba BB aku berbunyi... No LG aku muncul di screen BB?! Aitt!!

"Hello.... Siapa ni? Saya nampak no ni asyik misscall... Saya Ameer, ni wallet  dengan henset encik ke?" "Semuanya selamat ada dengan saya..."

Kan.. Kan... Kan.... Aku dah kata... Alhamdulillah... Harapan utk dapat kembali wallet gergasi aku jadi kenyataan... !!

"Kalau abang nak ambik wallet abang harini juga, abang kene datang Serendah lah... Atas pada Rawang sikit... Boleh?.."

"Boleh...!!!!",  tak mau tunggu esok.... Malam tu aku terus drive ke Serendah utk jumpa Ameer...

Ameer cuma tunggu di simpang atas motor... Aku terus ambil wallet ku sambil hulur sedikit 'ang pau' utk ameer atas keilkhlasannya utk pulangkan wallet aku seperti keadaan asal... 

Aku pun pulang ke Shah Alam sambil memikirkan semula card2 yang telah aku cancelkan petang tadi.... Ada untung, ada ruginya kan.....


Oscar El-Capito signing out! 

Sunday, April 17, 2011

Off to "kurususkan badan" selama 12hari....


Tengahari ni, aku akan tau nasib ku bila kursus induksi umum wajibul-unnah ni bermula sebaik saja aku naik bas dari Angkasapuri..... Betul2 aku jadi 'Lone Ranger' tanpa ada info dari mana2.... Aku akan main redah je apa yang ade kat Angkasapuri nanti, dan terus seterusnya apa saja yang akan terjadi sepanjang kursus induksi tu.... Hahaha.... rasa tension pun ade. (sebab turn aku pegi sorang2... xde geng... xde org yg aku rapat). Dah nasib badan...!!

12 hari tu bukan sikit.... 2 kali hari Ahad.... 2 kali hari Isnin... 2 kali hari Selasa... 2 kali hari Rabu dan 2 kali hari Khamis... wwaaaaa... Tapi beratnya hati nak pegi walaupun segalanya dah ikut seperti yang dirancang.... ... Adakah aku akan jadi sang pengikut, atau aku akan jadi sang rebel.... Huhuhu... Sian Cik Puan Nina yang sedang preggy kene tinggalkan 12hari..... Keraskan hati keraskan badan, press support DOWN!.... kata2 ni yang akan buat aku bersemangat...!

"Berani Mati Tak Mati... Berani Kalah Tak Kalah...."
Harimau Kumbang dari Komik Raja Rimba!!

Oscar El-Capito signing out! 

Friday, April 15, 2011

The End of Kerang War

Hahaha... Terrer tak terrer try and error... akhirnya kami dah berjaya cari kedai yg serve Kerang Masak Pedas mcm di Hartamas Square tu.... Tempatnya pun lebih kurang sama macam di Hartamas Square... Banyak hawkers, banyak chinese food, dan banyak org dtg untuk tengok bola... Inilah dia Asia Cafe SS15 Subang Jaya...
 

Bila aku tengok Nina dah post pasal kerang ni kat blog kami, semalam.... aku rasa dia dah betul2 mengidamkan kerang ni... Aku pulak lagi 2 hari terpaksa tinggalkan dia utk ke Kursus Induksi Umum. So, mlm tadilah, timing paling sesuai utk aku 'try and error' apa yang ade di Asia Cafe SS15 tu.... Sebelum ni pun aku hanya lalu saja, taklah pula rasa nak menyinggah Asia Cafe ni... yang aku tau cuma ini port utk org-org Subang tgk bola...
Sampai saja aku terus round2 food court ni utk survey apa yang ada.. (lagi pun dah agak lewat, perut pun dah lapar...). Dipendekkan cerita, gerai Fried Seafood ni ade terpampang gambar kerang masak pedas siap dgn harga dan saiz hidangannya... Wollah!! inilah yang kami cari2 selama ni. Apa lagi teruslah order Medium size plus nasi putih..... itu pun dah ok.... Sampai saja kami terus ngap!!

Kerang Masak Pedas - medium saiz! WoW!!
Tak cukup dgn kerang... Salad pun kami balun medium saiz....
Habis sepinggan medium.... ditambah lagi satu pinggan saiz yang sama... Hebatkan penangan kerang masak pedas ni... Alangkah bestnya kalau gerai yg ada di Hartamas, pun pindah ke sini.... Tak perlulah lidah kami meng'compare' rasa dan saiz masakan ini.... Tapi inilah yg terpaling hampir dgn apa yg Nina nak... dan dia berpuashati.... So, misi pemburuan kerang telah berjaya..! Syabas inspektor Sahab... Syabas...!!
 
Cik Puan Nina membuat 'peace' tanda berpuashati dengan operasi pemburuan kerang yang berjaya...!!

Oscar El-Capito signing out! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...